Perdagangan Swing

Baca artikel ini di laman web FBS

Ini adalah jenis dagangan yang menggabungkan analisis teknikal dan fundamental untung menangkap pergerakan harga paling ketara dan mengelak berdagang di waktu-waktu tenang. Kebiasaannya ia adalah gaya perdagangan jangka waktu sederhana yang menuntut posisi dipegang selama beberapa hari sebelum dilepaskan, jadi anda perlu kesabaran yang cukup tinggi untuk 'menahan kesakitan' jika harga menyongsang jangkaan anda di dalam tempoh tesebut. Matlamat utama adalah untuk mengenal pasti trend jangka masa sederhana dan masuk ke dalam pasaran hanya apabila kelihatan seperti ada peluang hampir 100% untuk buat keuntungan.  

Pedagang swing menjangkakan pergerakan harga yang besar dan justeru itu memerlukan pengurusan saiz posisi yang dihisab dengan baik untuk meminimakan risiko songsangan.

Contoh pedagang

Bukan satu tugas yang mudah untuk mencari pedagang swing yang benar-benar terkenal, walaupun ada beberapa jurulatih dan pengajar yang menggemari gaya dagangan ini. Salah seorang pedagang swing yang terkenal adalah Alan Farley yang meraih pendapatan besar dari penggunaan startegi dagangan swing. Beliau adalah pengarang The Daily Swing Trade (Dagangan Swing Harian), buku yang menawarkan pelbagai taktik-taktik dan teknik-teknik untuk pedagang swing. Jika anda sudah memutuskan bahawa inilah gaya yang sesuai dengan anda, anda mungkin mahu membaca buku tersebut.

Mula berdagang

2022-03-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.