Menyngkap indikator Gann
Baca artikel ini di laman web FBS
Pernahkah anda mendengar tentang salah seorang pedagang yang paling misteri dan berjaya sepanjang zaman – William Gann? Beliau terkenal dengan penggunaan geometri, astrologi dan matematik kuno untuk meramalkan pergerakan harga di pasaran kewangan. Beliau dibesarkan di dalam keluarga besar yang miskin. |
Untuk mencari secebis rezeki beliau perlu berkerja di ladang, menjual curut dan suratkhabar di dalam keretapi. Dari para pengembara, beliau telah belajar tentang pelaburan, pasaran kewangan dan potensi besar yang ada padanya. Gann mula terfikir kalau masa depan boleh diramalkan. Kemudian, beliau berpindah ke New York dan mula berkerja di sebuah broker besar Wall Street, sambil menghadiri sekolah perniagaan di waktu malam. Idea yang kompulsif tentang ramalan masa hadapan sentiasa bersarang di minda beliau. Justeru beliau telah mula belajar tentang prinsip pola harga dan falsafah tentang cara-cara mengumpul kekayaan, kemudian beliau teruskan dengan mempelajari geometri, astrologi dan matematik kuno. Hasilnya beliau berjaya mencapai sasaran beliau – beliau menjadi seorang pedagang yang sangat berjaya, seorang "guru" yang berjaya mengumpul lebih 50 juta dolar dan membuka firma perbrokeran beliau sendiri. Dalam percubaan untuk merungkai rahsia kejayaan beliau, para pedagang mentelaah pelbagai penulisan beliau dan telah menemui beberapa perkakas dan teknik perdagangan yang efektif. Di dalam artikel ini kami akan ceritakan kepada anda tentang apa yang dipanggil indikator Gann (garisan, sudut, kipas) yang anda boleh temui di platform perdagangan anda. |
Mengapakah indikator-indikator Gann bernilai?
Dengan bantuan mereka, seorang pedagang boleh meramalkan garisan sokongan dan rintangan. |
Menyingkap garisan dan sudut Gann
Sudut Gann yang utama adalah 1x2, 1x1, dan 2x1. Kombinasi 1x2 bermaksud harga bergerak 1 unit bagi setiap 2 unit masa. Logik yang sama terpakai untuk sudut-sudut lain: angka pertama adalah untuk per unit harga, dan angka seterusnya adalah untuk per unit masa. |
Berdagang dengan 1x1, garisan yang dipanggil garisan Gann (merujuk pada garisan sudut 45 darjah) bermaksud pasaran sedang seimbang (garisan Gann mewakili suatu trend jangka panjang). Jika harga menyilang garisan seimbang ini ia bermakna trend dominan akan menyongsang. |
Membina garisan Gann dan sudut Gann
Pilih “Insert ⟫ Lines ⟫ Trendline by angle” pada toolbar di platform dagangan anda dan plot garisan untuk sudut 45° dari atas atau bawah. |
Untuk trend bullish, ia kelihatan seperti berikut, garisan 45° anda yang seimbang bertindak sebagai sokongan (selepas anda memplot garisan itu anda harus putarkannya untuk mendapat sudut yang anda mahukan – di dalam kes ini ia adalah 45°). |
Sebaik selepas anda sudah membina garisan “satu-kali-satu” anda yang seimbang, anda boleh tekapkan kipas Gann. |
Pilih “Insert ⟫ Gann ⟫ Gann fan” dan plot kipas sejajar dengan garisan Gann yang anda telah lukiskan sebelum ini. Garisan tengah kipas harus bertindih dengan garisan Gann 45°. |
Untuk trend bullish, ia kelihatan seperti berikut, pancaran kipas Gann menentukan aras sokongan anda. |
Mula berdagang
2022-03-08 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Fibonacci Fan
- Perluasan Fibonacci
- Cara Menggunakan Pengunduran Fibonacci
- Pola-pola candlestick penyongsangan
- Pola-pola candlestick penerusan
- Bagaimanakah cara menangani hingar pasaran?
- Cara-cara membuat ujian backtest strategi perdagangan
- Osilator Gator
- Market Facilitation Index
- Osilator Awesome
- Julat (Ranges)
- Alligator
- Teori Bill Williams
- Fraktal
- Pola Carta
- Bagaimanakah caranya membina strategi perdagangan anda sendiri?
- Pola-pola Candlestick
- Perdagangan Trend
- Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)
- Perdagangan Swing
- Perdagangan Posisi (Position Trading)
- Perdagangan Harian (Day Trading)
- Scalping
- Apakah itu perkakas Fibonacci?
- Psikologi
- Cara mengenal pasti penyongsangan pasaran
- Candlestick Jepun
- Trend