Apakah itu segitiga?

Baca artikel ini di laman web FBS

Triangle (segitiga) adalah pola pembetulan lima gelombang (ditandakan sebagai A-B-C-D-E), yang dibahagikan kepada lima jenis. Pola ini terbentuk pada posisi sebelum gelombang terakhir dalam satu impuls atau pembetulan. Sebagai contoh, segitiga mungkin terbentuk dalam gelombang empat semasa impuls atau gelombang B dalam satu zigzag.

Pola ini juga berlaku dalam gelombang X terakhir dalam double/triple zigzag atau pola tiga.

  • Gelombang dua dalam impuls tidak boleh berbentuk segi tiga.
  • Gelombang A, B dan C biasanya muncul sebagai zigzag, double zigzag, triple zigzag (jarang berlaku), double dan triple threes.
  • Gelombang D dan E masing-masing boleh berbentuk segitiga.

Klasifikasi segitiga

Dalam gambarajah seterusnya, anda dapat melihat semua jenis segitiga (Horizontal, Barrier, Expanding, Running dan Skewed). Mari kita merungkainya satu per satu.

Horizontal Triangle

Pola ini juga dikenali sebagai segitiga yang menguncup. Seperti yang anda boleh duga daripada nama pola ini, garisannya ditujukan kepada satu sama lain. Setiap gelombang segitiga ini adalah lebih pendek daripada yang sebelumnya, yang bermaksud gelombang (b) tidak melepasi titik permulaan gelombang (a), gelombang (c) tidak melepasi titik permulaan gelombang (b) dan sebagainya. Pada carta berikutnya, anda boleh melihat satu segitiga dalam kedudukan gelombang keempat, oleh demikian kemerosotan lima gelombang berlaku sejurus selepas pola ini.

Barrier Triangle

Satu-satunya perbezaan daripada segitiga menguncup ialah garisan B-D atau A-C-E adalah mendatar. Garisan yang lagi satu bergerak mendatar, jadi Barrier Triangle adalah variasi pola menguncup. Anda boleh menemui contoh pola ini pada carta di bawah.

Expanding Triangle

Segitiga ini adalah yang paling rumit sekali. Adalah mustahil untuk meramal pola ini dari permulaan, jadi kita hanya boleh menentukannya selepas pengakhiran gelombang E. Kedua-dua garisan pola ini menuju ke arah bertentangan.

Running Triangle

Ada kalanya gelombang B dalam suatu segitiga lebih panjang daripada gelombang A, tetapi semua gelombang yang lain adalah lebih kecil daripada yang sebelumnya. Carta berikutnya menunjukkan contoh Running Triangle dalam posisi gelombang keempat. Seperti yang anda boleh lihat, gelombang ((e)) bagi pola ini tidak mencapai bahagian atas segitiga. Ini sering terjadi, oleh itu kita harus sentiasa mempertimbangkan struktur gelombang E untuk meramal penghujungnya.

Skewed Triangle

Jika trend yang sangat kuat berlaku, kita mungkin dapat mengesan Skewed Triangle, gelombang D adalah lebih panjang daripada gelombang B. Ia merupakan satu-satunya jenis segitiga dengan arah yang menuju ke trend utama. Pola ini jarang berlaku dan kita patut menandakannya sebagai senario terakhir yang mungkin. Carta seterusnya mewakili Skewed Triangle, yang mendorong harga menaik lebih tinggi ke dalam gelombang kelima.

Contoh-contoh lain: Penghujung gelombang E

Gelombang E berkemungkinan menembusi garisan A-C suatu segitiga. Jika ini berlaku, adalah penting untuk menunggu sehingga harga kembali dalam julat pola ini. Seperti yang ditunjukkan pada carta di bawah, pasangan itu menguji bahagian bawah segitiga tetapi pullback berikutnya membawa kepada permulaan gelombang kelima.

Gelombang kelima yang amat besar

Dari masa ke masa, pasaran boleh bergerak dengan laju sebaik sahaja selepas kemunculan segitiga. Carta berikutnya menggambarkan situasi ini. Penghujung gelombang ((iv)) sebagai segi tiga berakhir sebagai rali besar dalam gelombang ((v)). Setakat yang kita tahu, apabila segitiga terbentuk sebelum gelombang terakhir dalam impuls, kita harus menjangkakan satu pembetulan selepas rali tersebut. Perhatikan juga segitiga kecil yang terbentuk dalam gelombang (iv) dan ((iii)).

Dua segitiga

Jika sambungan kepada gelombang ketiga berlaku, terdapat kemungkinan untuk melihat dua segitiga yang berturut-turut, yang boleh terbentuk dalam posisi gelombang keempat dengan keamatan yang berbeza. Anda boleh melihat contoh situasi ini pada carta yang terakhir. Gelombang 4 daripada (3) terbentuk sebagai segituga, tetapi sejurus selepas gelombang 5 daripada (3), satu lagi segitiga terbentuk di pasaran dalam gelombang (4).

Kesimpulan

Terdapat beberapa bentuk segitiga yang berbeza. Pola ini adalah pembetulan terakhir dalam struktur impuls atau pembetulan. Kita boleh menentukan kemunculan segitiga hanya apabila strukturnya terbentuk sepenuhnya.

Mula berdagang

2023-07-26 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.