Apakah itu indikator ZigZag?
ZigZag ialah salah satu indikator teknikal tertua yang diperkenalkan kepada perdagangan matawang dari pasaran saham. Ia membolehkan pedagang menggambarkan struktur pasaran.
Apakah Itu Indikator ZigZag?
Indikator ZigZag ialah satu cara untuk mengukur pergerakan harga tanpa hingar-bingar pasaran. Cara ia berfungsi ialah melalui pengiraan jarak antara swing (paras tertinggi dan paras terendah) harga. Kemudian, indikator ini akan mengira pullback (penarikan balik). Pergerakan harga dianggap telah berakhir jika pullback adalah lebih besar daripada jumlah yang diduga.
Indikator ZigZag membantu pedagang menyingkirkan pergerakan harga yang kecil secara automatik. Ia juga boleh digunakan untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang struktur pasaran.
Bagaimana Cara Untuk Mengira Indikator ZigZag
Kita akan mulakan dengan formula yang lebih rumit untuk pedagang tahap lanjutan, kemudian kita akan teliti versi yang lebih ringkas pula.
Formula ini amat berguna jika anda perlu melaras tetapan indikator ZigZag anda. Jika anda berminat untuk memahami bagaimana indikator ZigZag berfungsi, lihat beberapa tips daripada kami.
- Pilih satu titik permulaan (swing tinggi atau swing rendah).
- Pilih % pergerakan harga.
- Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik permulaan => % pergerakan harga.
- Lukis garisan trend dari titik permulaan ke titik baharu itu.
- Kenal pasti swing tinggi atau swing rendah berikutnya yang berbeza daripada titik baharu => % pergerakan harga.
- Lukis garisan trend.
- Ulang dengan swing tinggi atau swing rendah yang terkini.
"=>" bermaksud "bersamaan atau lebih daripada" (cth., X => 5 bermakna "X bersamaan atau lebih daripada 5).
Untuk memasang indikator ZigZag, anda perlu memuat turunnya daripada laman web MQL5 dan ikuti tutorial kami tentang bagaimana cara memasang indikator kustom dalam MetaTrader.
Bagaimana indikator Zig Zag berfungsi?
Tujuan utama ZigZag ialah untuk menapis pergerakan harga yang kecil dan mengelirukan untuk memberi tumpuan pada swing dan trend yang penting. Zig Zag menentukan paras tertinggi (highs) dan paras terendah (lows) harga yang paling signifikan dan menghubungkannya dengan garisan lurus yang mengabaikan perubahan kecil.
ZigZag tidak meramal harga masa depan; ia hanya membantu menjelaskan pergerakan pasaran yang lalu. Walaupun demikian, ramalan tertentu boleh terhasil apabila ia digabungkan dengan pola harga dan indikator lain.
Cara menggunakan indikator ZigZag dalam MetaTrader 4
Untuk menambah indikator ZigZag pada carta, klik “Insert”, pilih “Indicators”, dan kemudian “Custom”. Selepas itu anda akan dapat memilih “ZigZag”. Indikator ini mempunyai 3 parameter. Ia adalah "Depth", "Deviation" dan "Backstep".
Depth (kedalaman) ialah bilangan minimum candlestick yang tidak akan dianggap sebagai top/bottom jika top/bottom telah pun ditemui menggunakan "Deviation".
Deviation (pelencongan) ialah jarak minimum (secara %) antara paras tertinggi dan paras terendah 2 candlestick yang berturutan yang akan mencetus indikator untuk membentuk top atau bottom tempatan.
Backstep ialah bilangan minimum candlestick antara paras tinggi atau rendah tempatan.
Di bawah ini anda boleh melihat parameter lalai untuk ZigZag dalam MetaTrader 4. Anda boleh melaraskan angka-angka ini untuk meninggikan/mengurangkan tahap kepekaan indikator terhadap perubahan harga. Sekiranya anda mengurangkan nilai parameter, bilangan paras tertinggi dan paras terendah tempatan akan bertambah. Akibatnya, tiada lagi garisan ZigZag pada carta.
Kelebihan dan kekurangan indikator ZigZag
Adalah penting untuk menggunakan kelebihan ciri-ciri ZigZag untuk mengurangkan impak kekurangan indikator ini terhadap perdagangan anda.
Kelebihan utama ZigZag ialah:
- Ia menunjukkan pergerakan harga yang paling ketara dan menyingkirkan hingar pasaran.
- Ia berkesan digunakan pada pelbagai rangka masa.
- Ia menghasilkan keputusan yang bagus apabila digunakan bersama dengan indikator teknikal yang lain.
Kelemahan ZigZag ialah:
- Ia akan menandakan paras harga tertinggi atau terendah yang terkini secara lamban (time lag).
- Segmen terakhir indikator ini (yang melibatkan harga semasa) mungkin perlu dirajah semula.
Bagaimana Cara Menggunakan ZigZag Dalam Perdagangan
ZigZag menandakan paras tertinggi dan paras terendah pada carta. Ia akan membantu anda mengesan tahap sokongan dan rintangan.
ZigZag juga memudahkan pengecaman trend. Puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan jurang yang lebih tinggi (higher lows) menandakan uptrend, manakala puncak yang lebih rendah (lower lows) dan jurang yang lebih rendah (lower lows) adalah tipikal untuk downtrend. Jika anda menggunakan strategi yang mengikut trend, ZigZag tidak akan memberikan anda signal kemasukan, tetapi ia boleh membantu anda menentukan signal yang anda harus cari – hendak beli ketika uptrend atau jual ketika downtrend. Ia juga akan membantu anda mencari paras bagi Renti Rugi.
Selain itu, ZigZag boleh membantu mengenal pasti pola carta. Pertama, ia membolehkan pengesanan pola 1-2-3 yang menandakan perubahan dalam arah pergerakan pasaran. Tambahan pula, ia membantu mengesan “Head and Shoulders”, “Double Tops”, “Flags”, dsb.
ZigZag Bersama Alatan Dan Indikator Lain
Indikator ZigZag sering digunakan bersama alatan lain (Bollinger Bands, Fractals, Fibonacci, dan Elliott Waves) untuk mengesan swing harga. Contohnya, gabungan ZigZag dan Fibonacci adalah alatan yang cekap untuk mencari penghujung pembetulan yang berlaku dalam trend utama. Pembetulan biasanya berakhir pada 38.2%, 50%, atau 61.8%. Untuk membuat analisa yang lebih jitu, anda boleh menggunakan osilator untuk pengesahan.
Elakkan Kesilapan Ini Semasa Menggunakan Indikator ZigZag
Salah tafsir hingar pasaran
Salah satu fungsi utama indikator ZigZag ialah untuk menapis hingar pasaran. Walau bagaimanapun, satu kesilapan biasa ialah pentafsiran setiap pergerakan sebagai trend yang signifikan. Adalah penting untuk menetapkan parameter anda dengan betul. Ini memastikan naik turun harga yang kecil tidak melencongkan strategi perdagangan anda.
Terlalu bergantung pada ZigZag sahaja
Walaupun ZigZag merupakan alat yang ampuh untuk mengenal pasti trend harga dan pola pasaran, ia tidak patut digunakan secara berasingan. Reka bentuknya bertujuan untuk digunakan bersama indikator teknikal yang lain seperti fraktal, Bollinger Bands, Fibonacci, Elliott Waves.
Indikator ini boleh mengalami susut masa semasa mengenal pasti paras tertinggi atau terendah yang terkini dalam pasaran, dan segment terakhir yang melibatkan harga semasa mungkin dirajah semula. Oleh itu, mana-mana isyarat yang terhasil patut disahkan dengan indikator lain.
Mengabaikan arah trend
ZigZag membantu menggambarkan struktur pasaran dengan menghubungkan paras tertinggi dan terendah yang signifikan. Tetapi ada kalanya pedagang terlepas pandang arah trend keseluruhan dan sebaliknya memberi tumpuan pada paras tetinggi dan paras terendah individu. Ingat bahawa arah trend keseluruhan, sama ada uptrend atau downtrend, adalah penting untuk kejayaan perdagangan. ZigZag harus digunakan sebagai alat untuk mengesahkan arah trend dan bukan untuk meramalkannya.
Kesimpulan
Pendek kata, indikator ZigZag ialah alat yang berguna untuk menapis naik turun harga yang kecil dan menyerlahkan trend pasaran yang signifikan. Jangan terlalu bergantung pada indikator ini atau mengabaikan arah trend keseluruhan. Dengan penggunaan yang betul, indikator ZigZag boleh memperhaluskan strategi perdagangan praktikal dengan menyediakan gambaran yang jelas tentang struktur pasaran.
Mula berdagang2023-06-19 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Osilator McClellan
- Strategi Perdagangan Indikator Aroon
- Kekuatan matawang
- Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan
- Carta Renko
- Jenis-jenis carta
- Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Carta Heikin-Ashi?
- Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)
- Titik Pivot
- Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend
- Williams’ Percent Range (%R)
- Apakah itu Relative Vigor Index (Indikator RVI)?
- Momentum
- Force Index
- Apakah Itu Indikator Envelopes?
- Bulls Power dan Bears Power
- Average True Range
- Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?
- CCI (Commodity Channel Index)
- Sisihan Piawai
- Parabolic SAR
- Berdagang dengan Osilator Stokastik
- Relative Strength Index
- MACD (Moving Average Convergence/Divergence)
- Osilator
- Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan
- Jalur Bollinger
- Indikator trend
- Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal
- Sokongan dan rintangan
- Trend
- Analisis Teknikal
- Bank Pusat: polisi dan akibat
- Faktor Fundamental
- Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham
- Analisis fundamental vs teknikal