-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Double Zigzag
Seperti yang anda boleh teka berdasarkan namanya, pola ini mengandungi dua zigzag dan pembetulan di antaranya. Ini adalah pola pembetulan kompleks pertama yang akan kita lihat dengan teliti.
Peraturan utama bagi perdagangan Double Zigzag
- Double Zigzag terbahagi kepada tiga gelombang dan ditandakan sebagai W, X dan Y.
- Biasanya gelombang W dan Y berbentuk zigzag.
- Gelombang X boleh berbentuk apa-apa pola pembetulan.
- Gelombang X biasanya lebih kecil berbanding gelombang W.
- Gelombang Y biasanya lebih panjang berbanding gelombang X.
- Dalam kebanyakan kes, Double Zigzag adalah pembetulan mendalam yang berkaitan dengan pergerakan harga sebelumnya.
Untuk mengenal pasti double zigzag dalam masa nyata bukanlah suatu yang mudah. Biasanya, pola ini terbentuk apabila zigzag pertama jauh lebih kecil berbanding pembetulan yang dijangkakan, jadi selepas penembusan, zigzag kedua akan tiba. Dalam kata lain, jika zigzag pertama itu sendiri tidak mencukupi untuk menjadi pembetulan, zigzag kedua akan berlangsung.
Tempoh gelombang X
Biasanya, seperti yang ditunjukkan pada carta di bawah, gelombang X adalah lebih panjang berbanding pembetulan pada gelombang W dan Y. Jika pola terbentuk dalam bentuk ini, ia lebih mudah untuk dilabelkan. Ingat, kita boleh katakan bahawa satu pola atau pola lain terbentuk hanya apabila keseluruhan struktur telah berakhir. Sehingga itu terjadi, kita mestilah berwaspada.
Namun, kadang-kadang gelombang X double zigzag boleh jadi agak kecil. Dalam kes ini, kita boleh mengira bahagian ini pada carta sebagai suatu zigzag tunggal dengan gelombang lanjutan A atau C (bergantung pada hubungan gelombang kerana gelombang ketiga tidak boleh menjadi gelombang terpendek).
Dan, jika kita mempunyai suatu kiraan dengan gelombang terpanjang C (contoh ini terdapat pada bahagian kanan carta di bawah), kita juga perlu mempertimbangkan sekali senario di mana ada impuls sedang terbentuk (dalam kes ini gelombang C ternyata adalah gelombang ketiga). Jadi, adalah lebih selamat untuk mempunyai double zigzag dengan gelombang X yang panjang (lihat carta di atas), manakala kiraan gelombang dengan gelombang X yang kecil juga juga boleh mempunyai beberapa alternatif.
Contoh sebenar
Mari kita lihat pada carta di bawah. Terdapat double zigzag menurun dengan segi tiga dalam gelombang ((x)) (kita akan mengkaji pola ini dalam artikel seterusnya). Gelombang (a) dan (c) untuk gelombang ((w)) dan ((y)) adalah impuls (kadang-kadang kita juga boleh melihat pepenjuru pendahulu dan pepenjuru penamat juga). Impuls dalam gelombang (i) mengesahkan berakhirnya double zigzag.
Carta seterusnya menunjukkan double zigzag dengan gelombang lanjutan ((X)), jadi adalah mudah untuk mengira dua zigzag dalam gelombang motif ((W)) dan ((Y)), yang mana kedua-duanya mempunyai gelombang yang lebih panjang (A). Dan, ambil perhatian bahawa pepenjuru penamat dalam gelombang (C) bagi gelombang ((Y)) menyerlahkan pengakhiran keseluruhan pola.
Dua lagi contoh double zigzag ditunjukkan di bawah. Terdapat pola menurun dengan impuls dalam semua gelombang motif. Selain itu, terdapat satu lagi double zigzag dalam gelombang (x) dengan gabungan pepenjuru yang agak jarang berlaku. Pepenjuru penamat dalam gelombang ((C)) bagi (w) ialah gelombang akhir zigzag pertama. Gelombang yang kedua dimulakan oleh gelombang ((A)) bagi (y) sebagai pepenjuru pendahulu.
Triple zigzag: rupa dan peraturan utama perdagangan
Pola dengan tiga zigzag berturut-turut dipanggil triple zigzag. Pertama sekali, peraturan utama untuk pola ini adalah seperti berikut:
- Triple Zigzag terbahagi kepada lima gelombang dan ditandakan sebagai W, X, Y, XX, dan Z.
- Biasanya gelombang W, Y dan Z berbentuk zigzag.
- Gelombang X boleh menjadi apa-apa pola pembetulan kecuali segi tiga.
- Gelombang XX boleh berbentuk apa-apa pola pembetulan.
- Gelombang X biasanya lebih kecil berbanding gelombang W.
- Gelombang Y biasanya lebih panjang berbanding gelombang X.
- Gelombang XX biasanya lebih kecil berbanding gelombang Y.
- Gelombang Z biasanya lebih panjang berbanding gelombang XX.
- Dalam kebanyakan kes, Triple Zigzag adalah pembetulan mendalam yang berkaitan dengan pergerakan harga sebelumnya.
Seperti yang anda boleh lihat, perbezaan utama dengan Double zigzag ialah Triple Zigzag terdiri daripada lima gelombang serta impuls dan pepenjuru. Walau bagaimanapun, Triple Zigzag adalah gelombang pembetulan manakala impuls dan pepenjuru adalah motif.
Sejujurnya, pola ini sangat jarang ditemui. Tambahan pula, ia jarang berlaku. Dalam kes ini, kita perlu mengelakkan daripada menggunakan pola ini dalam pengiraan gelombang masa-nyata kerana dalam kebanyakan kes, lambat laun kita akan tersilap. Jika anda fikir terdapat Triple Zigzag, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menyemak sama ada terdapat kiraan gelombang lain yang mungkin. Selalunya, terdapat kiraan gelombang yang lebih mudah.
Contoh sebenar
Agak sukar untuk mencari contoh, tetapi ini ada satu contoh yang terdapat pada carta yang seterusnya. Semua gelombang motif di sini ialah zigzag. Gelombang X pertama ialah zigzag dan yang kedua ialah double zigzag. Anda perlu ingat bahawa gelombang pembetulan kedua triple zigzag boleh ditandakan sebagai X atau XX.
2023-07-25 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Struktur Sebuah Robot Perdagangan
- Membina Robot Perdagangan Tanpa Pengaturcaraan
- Bagaimana Cara Menggunakan Robot Perdagangan di MetaTrader 5?
- Perdagangan algoritma: apakah ia?
- Garis panduan Alternasi
- Apakah itu segitiga?
- Pola Double Three dan Triple Three
- Pola ZigZag dan Flat dalam Perdagangan
- Pemangkasan dalam Teori Elliott Wave
- Ichimoku
- Pola Pepenjuru Penamat
- Bagaimana cara berdagang dengan senggang (gaps)
- Pola Leading Diagonal
- Pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)
- Pola Three Drives
- Shark
- Butterfly
- Crab
- Bat (Kelawar)
- Gartley
- ABCD
- Pola Harmonik
- Gelombang motif dan pembetulan. Darjah gelombang
- Pengenalan kepada Teori Elliott Wave
- Cara-cara berdagang dengan breakout
- Berdagang sempena berita Forex
- Bagaimana caranya memasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit)?
- Pengurusan risiko
- Bagaimanakah caranya memasang pesanan Renti Rugi (Stop Loss)?
- Indikator Teknikal: Memperdagangkan Capahan (Divergence)