Pola Pepenjuru Penamat

Dalam artikel sebelumnya, anda telah diperkenalkan dengan pepenjuru pendahulu, yang bertindak sebagai permulaan impuls atau zigzag. Hari ini kita akan mengkaji satu pola, yang berfungsi sebagai batu asas bagi impuls (gelombang 5) atau zigzag (gelombang C). Oleh itu, mari kita ketahui lebih lanjut tentang pola pepenjuru penamat.

Peraturan-peraturan utama bagi pepenjuru penamat

  • Pola ini terbahagi kepada lima gelombang.
  • Gelombang 2 tidak pernah tamat di luar titik permulaan gelombang 1.
  • Gelombang 3 sentiasa menembusi titik akhir gelombang 1.
  • Gelombang 4 biasanya tembus melepasi titik akhir gelombang 1.
  • Gelombang 5 dalam kes-kes majoriti mutlak menembusi titik penamat gelombang 3.
  • Gelombang 3 tidak boleh menjadi yang paling pendek.
  • Gelombang 2 tidak boleh berbentuk segi tiga atau struktur triple three.
  • Gelombang 1, 3 dan 5 berbentuk seperti zigzag.

 Pola Pepenjuru Penamat

Seperti yang anda lihat, perbezaan utamanya berbanding pepenjuru pendahulu ialah motif gelombang pepenjuru penamat hanya boleh berbentuk zigzag. Walau bagaimanapun, kadangkala kita mungkin berhadapan dengan beberapa struktur yang hodoh, tetapi secara amnya pepenjuru penamat terdiri daripada zigzag. Ia juga kadangkala mungkin mempunyai zigzag berganda dalam posisi gelombang motif pepenjuru penamat, tetapi kita akan kembali kepada topik ini seketika nanti apabila kita meneliti semua pola pembetulan.

Jenis-jenis model

Terdapat dua variasi pepenjuru penamat: menguncup (contracting) dan mengembang (expanding). Selalunya, gelombang pertama pepenjuru penamat yang bersentuhan ialah yang terpanjang, tetapi pola mengembang biasanya mempunyai gelombang pertama yang terpendek (dalam kedua-dua kes, gelombang yang ketiga tidak boleh menjadi yang terpendek). Selain itu, dalam pengiraan gelombang dalam masa nyata, pepenjuru penamat yang dikembangkan dianggap lebih berisiko daripada yang menguncup.

Contoh

Terdapat pepenjuru penamat yang menguncup dalam posisi gelombang kelima pada carta di bawah. Seperti yang anda lihat, gelombang (i) adalah yang paling panjang dan semua gelombang motif adalah zigzag. Pullback dari pepenjuru bawah membawa kepada pembentukan impuls bullish dalam gelombang (i).

Pepenjuru penamat yang menguncup dalam posisi gelombang kelima

Walau bagaimanapun, kadangkala gelombang ketiga pepenjuru penamat yang menguncup boleh menjadi yang paling panjang. Secara jujurnya, ini melanggar peraturan dalam buku ‘Elliott Wave Principle: A Key to Market Behavior’, tetapi kes ini berlaku agak kerap di pasaran. Oleh itu, kita harus tahu perkara yang boleh kita hadapi.

Carta seterusnya menunjukkan pepenjuru penamat yang menguncup dalam gelombang 5, tetapi gelombang ketiga pola tesebut lebih panjang daripada gelombang pertama dan lebih kecil daripada gelombang kelima. Jadi, terdapat pepenjuru yang menguncup dengan gelombang ketiga terpanjang.

Pepenjuru penamat menguncup dalam gelombang 5

Terdapat satu lagi perkara yang perlu kita ketahui tentang pepenjuru penamat. Kadang-kadang harga tidak boleh mencapai garisan dari gelombang satu dan tiga seperti yang ditunjukkan pada contoh di bawah. Gelombang pertama pola ini adalah yang terpanjang (ingat, gelombang ketiga tidak boleh menjadi yang terpendek). Oleh kerana pola ini terbentuk dalam posisi gelombang kelima pada gelombang ketiga yang lebih besar, maka ia mempunyai pembetulan ke bawah (gelombang ((iv))) dan satu lagi impuls bullish (gelombang ((v))).

Carta FX Euro melawan Franc Switzerland

Pola penguncupan dengan gelombang ketiga terpanjang juga suatu yang mungkin, tetapi garisan dari gelombang satu dan tiga kekal tidak disentuh oleh gelombang lima (semak carta seterusnya).

Pola menguncup dengan gelombang ketiga terpanjang

Dan di sinilah terdapat pepenjuru penamat yang mengembang pada carta di bawah. Seperti yang anda lihat, gelombang pertama adalah yang terpanjang. Selain itu, gelombang kelima belum mencapai bahagian atas pola tersebut. Ini adalah perkara biasa untuk jenis pepenjuru penamat yang ini.

Pepenjuru penamat pada carta

Terdapat satu lagi contoh pepenjuru yang mengembang. Gelombang kelima di sini juga belum sampai ke garis bawah pola tersebut, tetapi lihat gelombang (iii), yang terbentuk seperti zigzag berganda. Akan ada satu lagi artikel tentang pembentukan pembetulan ini, tetapi buat masa ini ingatlah bahawa kadangkala gelombang motif pepenjuru penamat mungkin bukan hanya sekadar zigzag.

Contoh pepenjuru mengembang

Kesimpulan

Pepenjuru penamat ialah penamat bagi impuls atau zigzag. Pola ini terdiri daripada zigzag atau pembentukan pembetulan yang lebih kompleks. Tempoh pembetulan selepas pepenjuru bergantung pada posisi pola dalam kiraan gelombang keseluruhan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera