-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Carta Heikin-Ashi?
Apa itu indikator Heikin-Ashi?
Dalam bahasa Jepun, Heikin-Ashi diterjemahkan sebagai “bar purata atau average bar”. Formula ini mempuratakan pergerakan harga carta candlestick biasa. Memandangkan Heikin-Ashi mengambil purata pergerakan harga, jenis carta ini menunjukkan trend dan penyongsangan trend dengan lebih jelas berbanding carta candlestick standard.
Heikin-Ashi berguna untuk strategi perdagangan jangka pendek, sama ada perdagangan harian atau perdagangan swing. Ia boleh digunakan dalam mana-mana pasaran, termasuk Forex, saham, komoditi dan indeks. Jenis carta dan indikator ini membantu pedagang untuk mengesan trend supaya mereka boleh mengekalkan urusniaga yang menguntungkan. Walau bagaimanapun, sebelum menggunakannya, pedagang mesti memahami cara ia berfungsi, kerana mempuratakan harga juga ada bahayanya.
Carta candlestick biasa
Carta Heikin-Ashi
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara untuk memasang indikator Heikin-Ashi pada MetaTrader 5, bagaimana formula Heikin-Ashi berfungsi, cara mengesan penyongsangan trend dan mengesahkan momentum trend dengan menggunakan indikator ini, serta apakah kelebihan dan kekurangan menggunakan Heikin- Ashi.
Formula Heikin-Ashi
Mari kita lihat bagaimanakah carta Heikin-Ashi (HA) terbina. Terdapat empat pengiraan berasingan untuk harga buka, tutup, tinggi dan rendah bagi setiap candle Heikin-Ashi.
Harga penutupan HA ialah purata harga tinggi, rendah, buka dan tutup sebenar bagi suatu tempoh untuk aset berkenaan.
- (Tinggi + Rendah + Buka + Tutup) / 4
Harga buka suatu HA ialah purata harga buka dan tutup bagi candle Heikin-Ashi sebelumnya.
- (Harga Buka HA Sebelum + Harga Tutup HA Sebelum) / 2
Harga tinggi HA adalah harga yang tertinggi daripada tiga harga berikut:
- Harga tertinggi semasa
- Harga buka HA semasa
- Harga tutup HA semasa
Harga rendah HA adalah yang harga yang terendah daripada tiga harga berikut:
- Harga rendah semasa
- Harga buka HA semasa
- Harga tutup HA semasa
Bagaimanakah cara untuk menggunakan Indikator Heikin-Ashi pada MetaTrader 5
Berita baiknya ialah, adalah mudah untuk menggunakan Heikin-Ashi dengan MT5. Terutamanya kerana ia sudah tersedia sebagai indikator tersuai lalai (default custom indikator). Untuk menggunakannya, anda hanya perlu melakukan langkah-langkah berikut:
- pilih 'Insert' dan kemudian 'Indicators'
- pilih 'Custom' daripada senarai indikator
- pilih indikator Heikin-Ashi
Pemasangan indikator Heikin-Ashi
Seperti mana-mana carta candlestick yang lain, anda boleh menetapkan rangka masa kepada apa sahaja nilai yang anda mahu. Jika anda memilih carta harian, nilai Heikin-Ashi akan ditakrifkan untuk harga pembukaan, penutupan, tertinggi dan terendah untuk hari itu. Jika anda memilih carta 1 jam, nilai Heikin-Ashi akan ditakrifkan untuk harga pembukaan, penutupan, tertinggi dan terendah pada setiap jam.
Cara terbaik untuk memantapkan kemahiran menggunakan indikator ini adalah dengan mengambil pendekatan hands-on dan berlatih menggunakan akaun perdagangan demo.
Cara menggunakan indikator Heikin-Ashi
Walaupun Heikin-Ashi adalah salah satu daripada jenis carta, ia juga adalah indikator teknikal kerana ia mengambil tahap harga sebenar aset pendasar dan kemudian menukarkan harga tersebut berdasarkan formula Heikin-Ashi.
Nilai harga Heikin-Ashi akan berbeza daripada apa yang terdapat pada carta candlestick. Harga semasa pada carta candlestick mewakili harga transaksi atau bid terkini, manakala harga semasa pada carta Heikin-Ashi pula adalah berdasarkan pengiraan semasa harga penutupan HA. Nombor ini adakalanya berbeza.
Pedagang biasanya menggunakan Heikin-Ashi untuk melicinkan data harga, melihat pola perdagangan dan mentakrifkan trend dan penyongsangan dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, harga yang dilihat pada carta seringkali tidak boleh diperdagangkan kerana harga sebenar sesuatu aset mungkin berbeza. Jadi, saranan yang lebih baik adalah untuk memerhatikan harga sebenar dan juga indikator Heikin-Ashi bagi mendapatkan yang terbaik dari kedua-dua maklumat ini: iaitu data masa nyata, pengesahan dan analisis.
Isyarat Indikator Heikin-Ashi
Teknik Heikin-Ashi mencerminkan trend yang berlaku di pasaran melalui signal indikator. Terdapat dua aspek utama signal indikator Heikin-Ashi: kekuatan trend dan penyongsangan trend.
Kekuatan Trend
Aspek pertama ialah mengukur kekuatan trend. Untuk berjaya, seorang pedagang harus mengikuti trend bagi mendapatkan keuntungan daripadanya jika trend itu kukuh. Oleh itu, adalah penting untuk menentukan arah trend dengan betul.
Trend Bullish: Banyak candlestick biru berturut-turut tanpa bayang-bayang yang lebih rendah menunjukkan signal yang kuat untuk uptrend.
Trend Bearish: Banyak candlestick merah berturut-turut tanpa bayang-bayang di bahagian atas menunjukkan signal downtrend yang kuat.
Signal Kekuatan Trend
Pola carta: Pedagang boleh menggunakan pola carta penerusan, seperti baji (wedges), bendera (flags) dan segi tiga (triangles), dengan indikator Heikin-Ashi sama seperti pada carta candlestick biasa. Sebagai contoh, jika candle membolosi sempadan atas baji menurun pada pasaran bull, uptrend mungkin akan berterusan. Sebaliknya, jika candle jatuh melepasi garis bawah baji menaik pada pasaran bear, harga akan terus menurun.
Pola Penerusan Heikin-Ashi
Penyongsangan Trend
Signal penyongsangan trend membantu menentukan masa untuk keluar dari urusniaga yang mengikut trend sebelumnya dan untuk pedagang memasuki trend baharu. Seorang pedagang boleh mengelakkan kerugian dan mendapatkan keuntungan dengan memasuki urusniaga baharu dengan mengenal pasti signal penyongsangan.
Candlestick Doji: Candlestick dengan bar yang kecil dan bayang-bayang yang panjang. Ia sentiasa memberi signal tentang kehadiran ketidakpastian pada pasaran. Tetapi Heikin-Ashi pula memberi signal penyongsangan trend.
Candle Doji Heikin-Ashi
Pola carta: Pedagang boleh menggunakan pola carta penyongsangan, seperti baji (wedges), bendera (flags) dan kepala serta bahu (head and shoulders), dengan indikator Heikin-Ashi seperti mana yang mereka lakukan dengan carta candlestick biasa. Sebagai contoh, jika candle membolosi sempadan atas baji menurun pada pasaran bear, trend bear berkemungkinan akan berakhir. Sebaliknya, jika candle jatuh di bawah garis bawah baji menaik pada pasaran bull, harga akan menyongsang dan menurun.
Pola Penyongsangan Heikin-Ashi
Strategi Heikin-Ashi
Di bawah diberikan beberapa strategi Heikin-Ashi yang boleh pedagang gunakan untuk mendapatkan manfaat dan meningkatkan keuntungan serta margin mereka.
Kenal Pasti Candlestick Tanpa Bayang-bayang
Mengenal pasti candlestick tanpa bayang-bayang yang lebih rendah adalah signal boleh dipercayai yang menunjukkan bahawa trend bullish yang kuat sedang bermula. Strategi ini adalah salah satu strategi Heikin-Ashi YANG utama berdasarkan rekod prestasi dan kadar kejayaannya.
Lebih besar jujukan candlestick tanpa bayang-bayang, trend yang dijangkakan juga adalah semakin kukuh. Begitu juga, dengan mengenal pasti candlestick tanpa bayang-bayang atas, pedagang harus menjangkakan trend bearish menurun yang stabil akan berterusan.
Candlestick dengan Badan Kecil Menunjukkan Penjedaan atau Penyongsangan Trend
Kemunculan candle dengan badan yang kecil memberi signal kepada pedagang bahawa trend akan berhenti seketika atau menyongsang. Oleh itu, apabila pedagang menyedari keadaan ini, mereka boleh menutup posisi lama mereka atau membuka posisi baharu sebagai tindak balas kepada trend yang akan berakhir.
Walau bagaimanapun, pedagang harus berhati-hati kerana trend mungkin hanya berhenti seketika dan tidak semestinya akan menyongsang. Dalam kes tersebut, pedagang mesti mencari pengesahan tambahan sama ada penyongsangan akan berlaku atau ia hanya sekadar jeda trend.
Kenal pasti pola carta
Pola carta yang menggunakan indikator Heikin-Ashi berfungsi sama seperti pada carta candlestick biasa. Walau bagaimanapun, pola ini biasanya dianggap andal (reliable) dan jarang tersalah pada indikator Heikin-Ashi.
Oleh itu, pedagang boleh memanfaatkan trend sehingga signal penyongsangan muncul. Dengan kemunculan trend bullish, pedagang dengan posisi short boleh keluar dari posisi mereka, manakala mereka yang mempunyai posisi long harus meningkatkan dan mengukuhkan lagi posisi mereka.
Kebaikan Teknik Heikin-Ashi
Kebolehcapaian
Heikin-Ashi adalah salah satu indikator yang paling mudah diakses tanpa pemasangan dan boleh didapati di mana-mana platform dagangan.
Kebolehbacaan carta yang tinggi
Ia mudah untuk ditafsirkan kerana mana-mana pedagang boleh membaca pola candlestick. Candlestick Heikin-Ashi boleh ditafsir dengan lebih baik berbanding carta candestick tradisional. Oleh itu, trend dan pola pasaran boleh dikenal pasti dengan lebih baik.
Keandalan
Heikin-Ashi ialah indikator yang sangat andal kerana memberikan hasil yang tepat. Ia menggunakan data sejarah, yang juga boleh diandalkan.
Penapisan hingar pasaran
Indikator ini menapis hingar pasaran dan mengurangkan pembetulan kecil menjadikan signalnya lebih telus. Kesan pelicinan pula memudahkan pengecaman trend. Pasaran masa ini penuh dengan hingar-bingar; oleh itu, dengan bantuan pengurangan hingar, teknik Heikin-Ashi dapat membantu pedagang untuk merancang titik masuk dan keluar mereka dengan lebih cekap.
Keupayaan untuk digabungkan dengan indikator lain
Indikator Heikin-Ashi boleh digabungkan dengan indikator teknikal lain untuk memberikan signal yang lebih kuat pada pergerakan pasaran.
Serasi dengan pelbagai rangka masa
Teknik ini boleh digunakan pada mana-mana rangka masa iaitu sama ada per jam, harian, bulanan, dll. Walau bagaimanapun, rangka masa yang lebih besar adalah lebih andal.
Kekangan Teknik Heikin-Ashi
Jurang masa
Penggunaan harga sejarah di mana signal asas indikator Heikin-Ashi adalah berdasarkan anggapan bahawa terdapat jeda masa (time lag).
Kekurangan jurang harga
Kebanyakan pedagang menggunakan jurang harga (price gap) untuk menganalisis momentum harga, pencetus entri atau pesanan posisi renti rugi. Walaupun Heikin-Ashi tidak mempunyai jurang harga, pedagang boleh mengatasi kekangan sedemikian semasa sesi perdagangan dengan bertukar kepada carta candlestick tradisional untuk sementara.
Tiada maklumat harga yang penuh
Data Heikin-Ashi telah dipuratakan. Oleh itu, ia tidak menunjukkan harga buka dan tutup sebenar. Ia mungkin tidak berfungsi dengan baik untuk pedagang harian atau scalper dengan sekuriti yang lebih aktif.
2023-05-09 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Osilator McClellan
- Strategi Perdagangan Indikator Aroon
- Kekuatan matawang
- Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan
- Carta Renko
- Jenis-jenis carta
- Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)
- Titik Pivot
- Apakah itu indikator ZigZag?
- Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend
- Williams’ Percent Range (%R)
- Apakah itu Relative Vigor Index (Indikator RVI)?
- Momentum
- Force Index
- Apakah Itu Indikator Envelopes?
- Bulls Power dan Bears Power
- Average True Range
- Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?
- CCI (Commodity Channel Index)
- Sisihan Piawai
- Parabolic SAR
- Berdagang dengan Osilator Stokastik
- Relative Strength Index
- MACD (Moving Average Convergence/Divergence)
- Osilator
- Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan
- Jalur Bollinger
- Indikator trend
- Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal
- Sokongan dan rintangan
- Trend
- Analisis Teknikal
- Bank Pusat: polisi dan akibat
- Faktor Fundamental
- Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham
- Analisis fundamental vs teknikal