-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Cara-cara membuat ujian backtest strategi perdagangan
Bila anda menemui suatu strategi perdagangan yang menarik (atau anda merekanya sendiri), anda perlu memeriksa jika ia berkesan di masa lalu sebelum anda mempertaruhkan wang anda dengannya. Proses memeriksa strategi dengan data silam ini dipanggil backtesting .
Bila anda backtest strategi anda, pastikan anda mencerap prestasinya bagi tempoh yang cukup panjang dan sewaktu situasi pasaran yang pelbagai (trend, menjajar).
Ada 2 jenis backtest: manual dan automatik. Backtest automatik dilakukan dengan bantuan program, contohnya Expert Advisor (EA) yang membuka dan menutup dagangan untuk anda bila beberapa syarat teknikal dipenuhi. Untuk membina EA, anda perlu tahu bahasa dan sintaks bahasa pengaturcaraan MQL4. Kesannya, dalam kebanyakan kes, ujian manual adalah penyelesaian yang lebih mudah dan andal.
Ikuti langkah-langkah yang mudah.
Langkah 1. Buka carta suatu pasangan matawang yang anda mahu gunakan dengan strategi anda dalam backtest. Adalah lebih baik untuk analisa satu pasangan pada satu-satu masa. Jika perlu, anda boleh backtest dengan pasangan lain kemudian. Pasang indikator-indikator dan perkakas yang dperlukan ke carta tersebut. Tatal carta ke masa silam.
Langkah 2. Periksa carta satu demi satu candlestick untuk mencari setup yang sejajar dengan strategi yang sedang diuji.
Langkah 3. Selepas mencari setup perdagangan berdasarkan strategi anda, catatkan butiran dagangan yang boleh dilakukan di masa silam. Anda harus catatkan tarikh, titik masuk, renti rugi, dan lain-lain maklumat yang anda rasakan perlu.
Langkah 4. Ulang proses ini sehingga anda temui setup perdagangan lain yang berpotensi dan kemudian kembali ke Langkah 3.
Bila anda sudah tuliskan semua dagangan berpotensi (kami cadangkan anda gunakan Microsoft Excel), adalah lebih mudah untuk anda tentukan kadar kemenangan dan keberuntungan strategi ini.
Jika anda dapati prestasi strategi anda tidak memuaskan dalam backtest ini, pertimbangkan untuk mengubah pembolehubah satu demi satu berdasarkan cerapan dan pemerhatian anda sehinggalah anda menemui strategi yang menguntungkan.
Backtest secara manual suatu strategi perdagangan memerlukan masa dan disiplin. Namun jika ia dilakukan dengan betul ia akan memberikan anda anggaran yang baik kadar keberuntungan dan kejayaan strategi tersebut. Ingat, anda lakukan backtest untuk manfaat anda sendiri. Lagi pula, backtest manual memberikan anda kefahaman yang lebih baik tentang pasaran dan membolehkan anda berlatuh menentukan aras masuk dan keluar.
Penting untuk difahami bahawa pasaran boleh berubah. Jadi strategi yang dianggap berjaya dengan keputusan backtest tidak semestinya memeruskan kadar kemenjadiannya di masa hadapan. Inilah sebabnya mengapa setiap strategi harus digandingkan dengan pengurusan risiko yang munasabah.
2023-02-16 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Fibonacci Fan
- Perluasan Fibonacci
- Cara Menggunakan Pengunduran Fibonacci
- Pola-pola candlestick penyongsangan
- Pola-pola candlestick penerusan
- Bagaimanakah cara menangani hingar pasaran?
- Osilator Gator
- Market Facilitation Index
- Osilator Awesome
- Julat (Ranges)
- Alligator
- Teori Bill Williams
- Fraktal
- Pola Carta
- Menyngkap indikator Gann
- Bagaimanakah caranya membina strategi perdagangan anda sendiri?
- Pola-pola Candlestick
- Perdagangan Trend
- Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)
- Perdagangan Swing
- Perdagangan Posisi (Position Trading)
- Perdagangan Harian (Day Trading)
- Scalping
- Apakah itu perkakas Fibonacci?
- Psikologi
- Cara mengenal pasti penyongsangan pasaran
- Candlestick Jepun
- Trend