Cara mengenal pasti penyongsangan pasaran

Trend adalah sifat penting suatu pasaran, jadi setiap pedagang perlu memahami trend dengan sangat baik. Tiada trend yang akan berlangsung selamanya: sentiasa akan tiba satu waktu di mana trend yang sedang anda "tunggang" akan menyongsang dan trend baru bermula.

Analisis teknikal boleh memberitahu kepada pedagang sama ada suatu trend menghampiri masa untuk berubah arah atau mengesahkan bahawa penyongsang trend memang sudah pun bermula.

Pedagang perlu tahu tentang penyongsangan yang bakal berlaku awal-awal lagi atas dua sebab. Pertama, jika seorang pedagang sudah pun mempunyai posisi di suatu trend, beliau pasti mahu keluar sebelum penyongsangan berlaku. Kedua, penyongsangan adalah masa di mana suatu trend baru muncul. Jika anda membaca pasaran dengan betul dan mengesannya pada masa yang betul, anda akan mendapat peluang untuk masuk berdagang awal dan untung lebih banyak.

Kebarangkalian penyongsangan banyak bergantung kepada kekuatan trend semasa: jika trend itu lemah, penyongsangan lebih cenderung untuk berlaku. Ada beberapa cara untuk menganggar seberapa kuat suatu trend itu. Kami boleh cadangkan dua taktik: analisis visual dan indikator teknikal. 

Analisis visual untuk penyongsangan yang mungkin akan berlaku

Lihat pada harga-harga tinggi dan rendah suatu trend. Jika pembetulan (correction) pendek-pendek, dan pengukuhan harga (consolidation) terbentuk dalam julat yang kecil, trend adalah kuat. Dalam trend bullish yang kuat, harga sangat menghormati aras sokongan yang pertama sekali terbentuk di harga-harga tinggi silam:

r strong.png

Bagi uptrend yang perlahan, harga boleh jatuh di bawah harga tertinggi sebelumnya (sokongan awal) tetapi ia kekal di atas harga terendah sebelumnya. 

r2.png

Uptrend yang lemah boleh dikenal pasti dengan kehadiran harga tinggi yang lebih rendah. Dalam situasi ini, pedagang takut pola "Head and Shoulders" terbentuk dan kemungkinan pasaran akan menyongsang ke bawah.

r4.png

Selain itu, bila harga mula melawat semula garisan sokongan dengan terlalu kerap, ia satu petunjuk uptrend semakin lemah.

Seperti yang anda boleh lihat dari penjelasan di atas, adalah perlu untuk membezakan antara sokongan #1 (harga tinggi sebelum sewaktu suatu uptrend) dan sokongan #2 (harga rendah sewaktu suatu uptrend). Penyongsangan berlaku bila harga menembusi sokongan #2. Dua situasi ditandakan pada gambar di bawah. Dalam kes pertama, harga berjaya kekal berada di atas sokongan kedua. Dalam kes kedua, ia pergi ke bawah sokongan kedua dan mengesahkan berlakunya penyongsangan.  

Screenshot_25.png

Sila maklum bahawa adalah penting untuk sahkan bahawa harga memang benar menembusi ke bawah sokongan atau ke atas rintangan untuk mengisytiharkan penyongsangan. Lihat dengan teliti pada candlestick Jepun: candlestick penembusan harus tutup di bawah aras sokongan atau di atas rintangan. Situasi yang ideal adalah bila mana aras yang ditembusi diuji semula, tetapi harga tidak kembali ke atas/bawah. Pengesahan penembusan juga boleh datang dari indikator teknikal dan volum.

Indikator-indikator yang boleh membantu anda mengenal pasti penyongsangan

Ada beberapa indikator teknikal yang boleh membantu mengenal pasti penyongsangan.

Pertama sekali, Purata Bergerak (Moving Averages) pelbagai tempoh boleh memberikan aras sokongan/rintangan di mana pedagang akan melihat persilangan yang memberikan signal bahawa trend berubah. Indikator Ichimoku juga mempunyai set garisan yang menandakan pasaran berubah dari bullish ke bearish, dan sebaliknya.

Kedua, ADX adalah indikator utama kekuatan trend. Garisan utama indikator ini meningkat bila trend semakin kuat. Magnitud ADX berubah-ubah antara 0 dan 100. Jika indikator ini lebih dari 25, trend berkenaan kuat dan distingtif. Saat di mana ADX meningkat melampaui 25, ia boleh digunakan sebagai pengesahan suatu breakout (penembusan) dan penyongsangan trend. Arah penyongsangan boleh ditunjukkan oleh dua garisan lain indikator ini.

r5.png

Anda juga boleh memantau trend ADX itu sendiri. Jika indiaktor ini membentuk satu jujukan puncak yang lebih tinggi, trend adalah kuat dan kebarangkalian penyongsangan adalah rendah.

Anda juga boleh menggunakan indikator volum untuk menganggar kekuatan trend dan mengesahkan peyongsangan. Jika suatu harga tinggi yang lebih rendah terbentuk di suatu uptrend dan volum juga lebih rendah, ia petunjuk yang kuat untuk penyongsangan ke bawah.

Penyongsangan atau pembetulan?

Masalah utama di sini adalah bagaimana penyongsangan sering bermula sebagai pembetulan (corrections). Kesannya, seringkali sukar untuk membezakan antara dua kejadian tersebut. Di dalam jadual di bawah, kami telah himpunkan maklumat yang membantu anda melakukan hal yang tersebut. 

tyei (2).jpg

Sila maklum bahawa pembetulan (corrections) adalah untuk jangka masa pendek (secara relatif). Sifatnya teknikal: pembetulan terjadi bila aset terlebih dibeli atau terlebih dijual kerana pemain-pemain pasaran mengambil untung selepas satu gerakan yang searah dengan trend. Perkakas Fibonacci mungkin berguna untuk mengukur kedalaman suatu pembetulan. Bila pengunduran harga berada dalam jualt Fibo 38.5%, trend semasa agak kuat dan tiada petunjuk penyongsangan.

Penyongsangan pula, mewakili perubahan arah aksi harga dan seringkali disebabkan oleh faktor-faktor fundamental. Sifat utama penyongsangan adalah betapa harga bergerak melepasi aras sokongan/rintangan suatu trend. Jika pasaran bergerak melepasi aras pengunduran Fibonacci 50% (Fibonacci retracement level), ini mungkin satu penyongsangan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, untuk meningkatkan ketepatan unjuran anda, kami mencadangkan anda untuk menggunakan beberapa kaedah analisis untuk menentusahkan penyongsangan dengan betul. Ingat bahawa kaedah-kaedah yang disebtukan tidak menjamin kejayaan 100%, jadi adalah perlu untuk mematuhi peraturan pengurusan risiko bila berdagang dengan penyongsangan.  

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera