Bagaimana caranya memasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit)?

Bagaimana caranya memasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit)?

Ada dua pesanan khas yang boleh digunakan untuk menutup sesebuah dagangan: pesanan Ambilan Untung (TP, Take Profit) dan Renti Rugi (SL, Stop Loss). Pesanan-pesanan ini membuatkan hasil perdagangan lebih mudah dijangka dan menguntungkan. Kami telah menceritakan kepada anda tentang SL di artikel sebelum ini. Jika anda terlepas artikel tersebut, adna boleh baca ia di sini
Di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan apakah itu Ambilan Untung dan bagaimana hendak memasang pesanan jenis ini untuk merangkul keuntungan maksimum. 
Sama seperti Renti Rugi, pesanan Renti Rugi adalah pesanan keluar dagangan. Namun, tidak seperti SL yang menghadkan kerugian pedagang pada satu-satu dagangan, TP menandakan suatu aras harga yang mana dagangan yang menguntungkan akan ditutup secara automatik. Dalam lain perkataan, TP adalah sasaran keuntungan. Anda perlu letakkan TP pada aras harga yang anda jangka akan dicapai. Jika anda beli, TP akan berada di atas harga semasa. Jika anda menjual, ia akan berada di bawahnya. 
Anda mungkin mempunyai idea dagangan yang cemerlang, tetapi jika anda memilih aras TP dengan tidak baik, anda tidak akan mendapat sebanyak keuntungan yang boleh didapatkan.
Setiap pedagang harus tahu bagaimana hendak memasang Ambilan Untung. Ada beberapa strategi untuk melakukannya. 

I.  Sokongan dan rintangan

Jika anda lihat pada carta, anda akan perasan bahawa biasanya harga bergelut untuk menembusi sokongan atau rintangan. Seringkali selepas kepayahan itu, harga akan berpatah balik dan bergerak dalam arah bertentangan. Jadi, aras rintangan dan sokongan akan membantu menetapkan TP yang bagus. Kerana itulah strategi ini adalah yang paling popular di kalangan para pedagang. 
  • Rintangan
Mari lihat pada carta. 

USDJPYH4.png

1.      Rintangan. 
2.     Aras kemasukan sebelum uptrend. 
3.      Aras ambilan untung. 
Pertama sekali, cari satu aras rintangan. Kemudian berasaskan kepada aras ini, anda akan boleh memasang satu pesanan Ambilan Untung. Seperti yang anda boelh lihat, kami meletakkan aras TP beberapa pip di bawah rintangan. Kami sangat mengesyorkan anda untuk meletakkan TP lebih rendah sedikit dari aras rintangan, kerana kebarangkalian harga akan mengena aras ini dan pesanan anda akan ditutup dengan untung adalah lebih tinggi dengan cara sebegini.  
  • Sokongan

GBPUSDDaily.png

1.     Sokongan.
2.     Aras kemasukan sebelum downtrend.
3.      Aras ambilan untung. 
Jika anda nampak sebuah trend menurun, kesan aras sokongan. Bertentangan dengan situasi rintangan, TP harus beberapa pip di atas sokongan. 
Nota: Aras sokongan dan rintangan boleh digariskan bukan hanya dengan garisan horizontal yang menandakan harga tertinggi atau terendah, tetapi dengan garisan trend dan terusan, serta titik pivot dan aras Fibonacci juga. 

II. Aras julat harian

Satu lagi cara untuk mengenal pasti aras yang baik untuk Ambilan Untung adalah dengan menggunakan aras julat harian. Indikator "Average True Range" (ATR) akan membantu anda dalam hal ini. 
ATR mengukur kemeruwapan yang dialami sesuatu pasangan matawang sewaktu suatu tempoh masa. Ia memberikan purata pergerakan ini dan menunjukkan angkanya di dalam pips seberapa banyak pasangan itu dijangka akan bergerak. 
Ia akan menjadi lebih jelas jika anda lihat pada carta. 

NZDUSDDaily.png

1.     Aras ATR.
2.      Kemasukan untuk posisi membeli.
3.      TP yang sama dengan aras ATR. 
Cacri nilai indikator ATR pada waktu anda masuk dagangan. Kemudian tambah nilai ini kepada harga kemasukan dan anda akan mendapat aras untuk pemasangan TP anda. 
Namun beringat bahawa ada banyak faktor yang boleh memberi kesan kepada harga sepanjang suatu hari. ATR menunjukkan pergerakan silam, tetapi yang sebenar boleh berbeza.  

III. Pola carta

Ada banyak pola carta yang menyarankan aras sasaran spesifik yang boleh digunakan sebagai tempat untuk TP. 
Mari kita kaji contoh pola "Double Top".

AUDNZDH4.png

1.     Kemasukan untuk posisi menjual (penembusan ke bawah garis leher).
2.     Saiz pola – jarak di antara 1 (garis leher) dan 2 (puncak-puncak).
3.     TP yang sepadan dengan saiz pola.  
Banyak pola carata mempunyai sasaran yang diunjurkan dari aras kemasukan dalam arah dagangan (ke bawah bila anda JUAL, dan ke atas bila anda BELI). Sasaran seringkali sama dengan saiz pola, jadi aras 3 adalah di mana seseorang pedagang itu akan meletakkan TP. Ini adalah benar untuk Tripple Top/Bottom, Head and Shoulders, Rectangular, dsb.  

Nisbah risiko/ganjaran

Bila anda memasang Ambilan Untung, anda harus mempertimbangkan sekali nisbah Risiko/Ganjaran. Ini mengukur berapa banyak keuntungan seorang pedagang jangkakan sebagai balasan dari risko kerugian yang terbatas. secara amnya, nisbah terbaik adalah 1:3, jadi keuntungan harus 3 kali lebih besar dari kerugian. Sebagai contoh, jika Renti Rugi bersamaan dengan 50 pips, Ambilan Untung harus 150 pips. 
Dalam sesetengah kes, nisbah Risiko/Ganjaran lain juga boleh digunakan. Sebagai contoh, jika anda berdagang berdasarkan penembusan sesuatu aras, anda boleh gunakan nisbah 1:5 kerana kebarangkalian penembusan palsu adalah tinggi dan anda mungkin mahu melindungi diri anda dengan lebih baik. 

Sedikit nasihat untuk para pedagang

Seringkali, walaupun seorang pedagang itu telah memasang pesanan Ambilan Untung yang baik, dia masih lagi rugi. Mengapa ini boleh berlaku? Kerana adalah sangat penting untuk anda mematuhi strategi anda dan jangan melakukan kesilapan lain yang menjurus kepada kerugian. 
a.       Bersabar dan jangan gerakkan TP lebih rapat kepada titik masuk di pertengahan jalan sewaktu perdagangan.
b.      Jangan tutup suatu posisi terlalu awal, sehinggakan anda tidak membolehkan Ambilan Untung diaktifkan. 
c.      Berhati-hati menganalisa sesuatu pasaran. Miliki satu algoritma penganalisaan pasaran.
d.      Jangan buat unjuran anda berdasarkan kepada carta jangka pendek, ia boleh membawa kepada keputusan yagn salah. Biasanya suatu trend atau pembalikan jangka pendek tidak memberikan kesan kepada hala tuju umum suatu pasangan. Para pedagang biasanya menggunakan H4 dan carta harian untuk analisis.
e. Jangan meneka aras Ambilan Untung, jika tidak anda akan kerugian. Sandarkan unjuran anda hanya pada analisis teknikal dan fundamental. 
Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa ianya sangat penting untuk memasang pesanan Ambilan Untung. Ia membantu menghapuskan kesan emosi yang meranapkan pada dagangan anda kerana anda perlu merancang TP anda pada waktu kemasukan. Salah satu daripada strategi TP yang paling popular adalah untuk menggunakan aras sokongan/rintangan sebagai sasaran keuntungan. Namun ingat juga, anda akan mendapat keuntungan hanya dengan mematuhi strategi anda dan menyandarkan unjuran anda pada analisis pasaran yang tepat.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera