Trend

Trend boleh jadi bullish (trend menaik) atau bearish (trend menurun). Bila harga sesuatu pasangan matawang berada di aras lebih tinggi dari puncak harga tertinggi sebelumnya, harga maksimum yang lebih tinggi (puncak tertinggi baru) telah pun terbentuk. Bila harga jatuh lebih rendah dari harga minimum sebelum ini, aras terendah lebih rendah (lurah terendah baru) terbentuk. Puncak lebih tinggi, dan lurah lebih tinggi bermaksud trend adalah menaik. Puncak lebih rendah, dan lurah lebih rendah bermaksud trend sedang menurun.

Trend definition 

Bagaimana cara melukis garisan trend dengan betul?

Garisan trend adalah salah satu perkakas teknikal analisis paling popular. Jangan abaikan perkakas ini kerana lebih gemarkan perkakas yang lebih rumit, kerana garisan trend sangat bermanfaat untuk dagangan anda.

Kelebihan utama garisan trend adalah kerana ia memberikan gambaran yang lebih jelas. Untuk berjaya dalam perdagangan, anda harus boleh mencari maklumat berguna pada carta, asingkannya dari maklumat hingar yang tak berguna, dan membuat unjuran masa depan daripadanya. Analisa garisan trend akan membantu dalam pencarian pembentukan pola lain, dan seterusnya, dalam membuat keputusan perdagangan yang betul.

Anda boleh saja lukiskan banyak garisan trend di atas satu carta, tetapi jika terlalu banyak nanti ia akan mengelirukan anda sendiri. Matlamatnya adalah memilih garisan yang paling ketara dan lukiskannya. Jika suatu garisan trend itu ketara, maka ramailah pedagang lain, termasuk spekulator besar yang perasan kewujudannya. Kesannya, kebarangkaliannya bahawa garisan yang sebegitu mampu menampung pergerakan sesuatu matawang, adalah lebih tinggi.

Sebuah garisan trend mempunyai 2 ciri-ciri:

  1. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 pertemuan dengan harga.
  2. Condong (garisan tidak horizontal).

Lebih kerap harga menyentuh garisan trend, lebih kukuh trend tersebut. Beri perhatian kepada sudut kecondongan garisan trend. Jika ia kurang dari 30 darjah, trend tersebut terlalu curam dan tidak stabil. Trend yang sudutnya melebihi 45 darjah adalah lebih baik. Di dalam lain perkataan, titik kedua yang dilintasi oleh garisan yang kita lukis, haruslah 20-30 bar lebih jauh dari titik pertama.

Garisan trend boleh digunakan di mana-mana rangka masa (timeframe), tetapi adalah lebih baik kalau tempoh carta tersebut lebih besar dari M15.

Terusan Trend (Trend channels)

Ada masa-masanya anda boleh klon suatu garisan trend dan mengalihnya supaya garisan yang diklon itu selari dengan dengan garisan yang pertama, menyebabkan trend tersebut dikepung dari sisi yang bertentangan di mana satu garisan merambat menerusi titik-titik puncak dan yang satu lagi melintasi titik-titik lurah bagi pasangan matawang itu. Ini namanya terusan trend.

Perhatikan bahawa garisan utama sewaktu trend menaik adalahj garisan yang menyambungkan lurah-lurah (garisan sokongan), sementara bagi trend menurun fokus adalah kepada garisan yang menyambungkan antara titik-titik puncah harga (garisan rintangan). Terusan membantu pedagang memastikan kedudukan dan arah tuju mereka di dalam trend.

Logik di sebalik perdagangan trend

Sewaktu trend sedang mendaki atau menurun, adalah disyorkan supaya membuka posisi sama arah dengan trend. Para pedagang mempunyai satu pepatah, "A trend is your friend". Dalam lain perkataan, jika pasangan sudah mencapai garis sokongan sewaktu trend menaik, kebarangkaliannya ia akan melantun ke atas semua dan meluru menuju garis rintangan, jadi sokongan garisan trend adalah tempat yang baik untuk membuka posisi bullish. Membeli sewaktu trend menaik dan menjual ketika trend menurun dipanggil perdagangan trend.

Matlamatnya adalah untuk memasuki trend di peringkat awal supaya mendapat keuntungan maksimum dari perdagangan trend.

Pelan tindakan

  1. Tentukan trend dengan bantuan aksi harga dan petunjuk-petunjuk teknikal
  2. Rancang titik masuk — membeli ketika harga melantun di garis sokongan kurang risikonya berbanding membeli sewaktu garis rintangan dibolosi.
  3. Hadkan kerugian — contohnya, letakkan stop di bawah lurah yang lebih tinggi sebelumnya.
  4. Tentukan sasaran — Ambilan Untung (Tp) harus mengatasi Renti Rugi (Sl).

trend trading

Ingat bahawa berdagang melawan trend lebih berisiko dan memerlukan kemahiran profesional dan pengalaman Forex yang luas.

Bagaimana kita tahu garisan trend sudah bobos?

Jika harga pasangan matawang turun ke bawah garisan sokongan sewaktu trend menaik, adalah lebih baik jika pembolosan ini disahkan oleh salah satu dari syarat-syarat ini:

  1. Jika harga tutup 1% di bawah garisan sokongan trend yang pecah.
  2. Volum — andai ada datanya - di atas purata.
  3. Kandil-kandil berikut tutup di bawah garisan.
  4. Setelah bolos ke bawah, ada kenaikan menuju semula ke garisan yang bobos dalam carta intrahari, dan garisan itu memainkan peranan sebagai garisan sokongan dengan jayanya. Kenaikan sebegini memberikan signal jual yang lebih kuat jika ia terbentuk dalam tempoh masa yang mana volum adalah kurang dari purata
  5. Jarak penembusan ke bawah lebih besar dari purata bacaan ATR. Indikator ATR mengukur kemeruwapan di sepanjang beberapa kandil terakhir.

Pengurusan risiko di perdagangan trend

  • Perdagangan trend adalah perdagangan berdasarkan kepercayaan bahawa harga akan terus bergerak dalam suatu arah. Jika kepercayaan itu sasar, tidak ada gunanya lagi berpegang kepada sesuatu dagangan itu, jadi para pedagang biasanya memasang Renti Rugi (Stop Loss) yang rapat (kecil).
  • Anda boleh pindahkan Renti Rugi ke titik pulang modal dengan pantas.
  • Anda boleh membesarkan skala (scale in, di peringkat awal trend) atau mengecilkan skala (scale out, di peringkat kemudian trend).
  • Nisbah risiko/ganjaran harus bermula dari 1:2

Tip-tip penting untuk perdagangan trend

  1. Lukis garisan-garisan trend.
  2. Analisa trend pada beberapa rangka masa (timeframes).
  3. Pantau situasi terlebih jual/beli di pasaran.
  4. Jangan terburu-buru masuk posisi. Tunggu sehingga waktu kemasukan yang baik tiba (rujuk seksyen "Pelan tindakan" di atas).

- Cuba cari pola dan corak – carta, candlestick.

- Jangan ubah pesanan Ambilan Untung (Tp, Take Profit) anda.

- Gunakan Trailing Stop bersandarkan kepada sejarah lampau carta

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera