Menyngkap indikator Gann

Pernahkah anda mendengar tentang salah seorang pedagang yang paling misteri dan berjaya sepanjang zaman – William Gann? Beliau terkenal dengan penggunaan geometri, astrologi dan matematik kuno untuk meramalkan pergerakan harga di pasaran kewangan. Beliau dibesarkan di dalam keluarga besar yang miskin.
Untuk mencari secebis rezeki beliau perlu berkerja di ladang, menjual curut dan suratkhabar di dalam keretapi. Dari para pengembara, beliau telah belajar tentang pelaburan, pasaran kewangan dan potensi besar yang ada padanya. Gann mula terfikir kalau masa depan boleh diramalkan. Kemudian, beliau berpindah ke New York dan mula berkerja di sebuah broker besar Wall Street, sambil menghadiri sekolah perniagaan di waktu malam. Idea yang kompulsif tentang ramalan masa hadapan sentiasa bersarang di minda beliau. Justeru beliau telah mula belajar tentang prinsip pola harga dan falsafah tentang cara-cara mengumpul kekayaan, kemudian beliau teruskan dengan mempelajari geometri, astrologi dan matematik kuno. Hasilnya beliau berjaya mencapai sasaran beliau – beliau menjadi seorang pedagang yang sangat berjaya, seorang "guru" yang berjaya mengumpul lebih 50 juta dolar dan membuka firma perbrokeran beliau sendiri. Dalam percubaan untuk merungkai rahsia kejayaan beliau, para pedagang mentelaah pelbagai penulisan beliau dan telah menemui beberapa perkakas dan teknik perdagangan yang efektif. Di dalam artikel ini kami akan ceritakan kepada anda tentang apa yang dipanggil indikator Gann (garisan, sudut, kipas) yang anda boleh temui di platform perdagangan anda.

Mengapakah indikator-indikator Gann bernilai?

Dengan bantuan mereka, seorang pedagang boleh meramalkan garisan sokongan dan rintangan.

Menyingkap garisan dan sudut Gann

Sudut Gann yang utama adalah 1x2, 1x1, dan 2x1. Kombinasi 1x2 bermaksud harga bergerak 1 unit bagi setiap 2 unit masa. Logik yang sama terpakai untuk sudut-sudut lain: angka pertama adalah untuk per unit harga, dan angka seterusnya adalah untuk per unit masa.
Berdagang dengan 1x1, garisan yang dipanggil garisan Gann (merujuk pada garisan sudut 45 darjah) bermaksud pasaran sedang seimbang (garisan Gann mewakili suatu trend jangka panjang). Jika harga menyilang garisan seimbang ini ia bermakna trend dominan akan menyongsang.

Membina garisan Gann dan sudut Gann

Pilih “Insert ⟫ Lines ⟫ Trendline by angle” pada toolbar di platform dagangan anda dan plot garisan untuk sudut 45° dari atas atau bawah.

Gann3.png

Untuk trend bullish, ia kelihatan seperti berikut, garisan 45° anda yang seimbang bertindak sebagai sokongan (selepas anda memplot garisan itu anda harus putarkannya untuk mendapat sudut yang anda mahukan – di dalam kes ini ia adalah 45°).

Gann4.png

Sebaik selepas anda sudah membina garisan “satu-kali-satu” anda yang seimbang, anda boleh tekapkan kipas Gann.
Pilih “Insert ⟫ Gann ⟫ Gann fan” dan plot kipas sejajar dengan garisan Gann yang anda telah lukiskan sebelum ini. Garisan tengah kipas harus bertindih dengan garisan Gann 45°.

Gann5.png

Untuk trend bullish, ia kelihatan seperti berikut, pancaran kipas Gann menentukan aras sokongan anda.

Gann6.png

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera