8 ciri-ciri pedagang yang berjaya

8 ciri-ciri pedagang yang berjaya

2024-06-06 • Dikemaskini

Ramai pedagang yang menganggap strategi yang menguntungkan pasti akan menjadikan mereka berjaya. Namun, mereka lupa bahawa komponen utama perdagangan adalah manusia itu sendiri. Mengapa ramai orang yang menggunakan strategi yang sama berakhir dengan hasil yang berbeza-beza? Segalanya bergantung kepada kelakuan dan sikap mereka. Kami telah mengumpulkan ciri-ciri para pedagang berjaya yang paling penting.
 
Yakin diri. 
Strategi anda mungkin sangat menguntungkan. Namun jika anda tidak pasti dengan tindakan anda, akan pasti akan kecundang. Patuh strategi anda walau apa pun terjadi. Jangan ubah sasaran bila dagangan tampak tidak menguntungkan. Jika anda yakin dengan sistem anda, tiada apa yang boleh menggoyahkan anda. Ingatlah, keyakinan itu datang dari latihan yang berterusan.
 
Tenang. 
Pergerakan pasaran tidak boleh diramalkan dengan ketepatan 100%. Anda harus bersedia untuk sebarang senario. Jika tidak, panik akan mendorong anda kepada keputusan yang salah. Setiap pedagang yang berjaya tahu apa yang perlu dilakukan jika pasaran melawan mereka. Sentiasa awas dengan semua gerakan harga yang mungkin dan hadapinya dengan tenang.
 
Ia mungkin tampak bodoh, tetapi ramai pedagang terutamanya yang novis, terlupa dengan peraturan mudah ini:  Jadilah diri anda sendiri! Be yourself!  
Perdagangan mencerminkan personaliti pedagang itu sendiri. Setiap pedagang mempunyai sasaran perdagangan beliau sendiri. Ini mempengaruhi tingkah laku beliau dalam pasaran ketika mengejar sasaran ini. Jika anda mengikuti strategi perdagangan seseorang tanpa memahaminya, anda akan kecundang. Fokus kepada matlamat peribadi, putuskan berapa banyak risiko anda mampu ambil dan teruskan belajar.
 
Sebuah nasihat sebagai tambahan kepada pernyataan di atas:  Berdirilah di atas kaki sendiri .
Media banyak mempengaruhi pendapat dan keputusan kita. Namun, ketika berdagang anda harus belajar mempersetankan bunyi-bunyi hingar ini dan tegap dengan penaakulan anda sendiri. Untuk mengelak dari pengaruh luaran, bina pengalaman sendiri: lihat bagaimana pasaran bertindak balas terhadap pengumuman berita dan peristiwa-peristiwa serta jejaki pola-pola teknikal yang mana yang benar-benar berkesan. Pemerhatian--pemerhatian ini akan memberikan anda kemampuan untuk menganalisa pasaran dan membuat keputusan anda sendiri.

trader.png

Ringkas. 
Jangan kelirukan antara kemandirian dan ego. Masalah ini biasanya ada pada para pemula novis. Selepas satu dagangan yang menguntungkan, mereka jadi yakin bahawa mereka sudah menjadi Masta dan pintar berdagang. Namun, persepsi sebegini akan menjerumus kepada kerugian. Anda perlu sedar bahawa anda tidak mampu mengubah arah pasaran. Jika anda lihat pergerakan harga bukan dalam arah yang sepatutnya, dan trend baru disahkan dengan bukti-bukti kukuh, jangan ragu-ragu untuk mengubah idea perdagangan anda, jangan dibiar rugi membesar dan berpanjangan.
 
Sentiasa ingin tahu. 
Para pedagang berjaya sentiasa mempertingkatkan kemahiran mereka: mereka tidak pernah berhenti belajar. Cara termudah untuk memperbaiki kemahiran berdagang anda adalah dengan menganalisa dagangan-dagangan lalu anda. Lebih baik lagi, baca lebih banyak buku-buku yang ditulis oleh para pedagang berjaya dan belajar cara-cara baru analisis teknikal.
 
Tepat.
Seperti yang telah kami katakan di nasihat sebelum ini, anda boleh pertingkatkan kemahiran anda dengan menganalisa dagangan-dagangan anda di masa lalu. Untuk melakukan itu, buat catatan. Tuliskan tindakan-tindakan anda, keuntungan dan kerugian. Ia akan membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama di masa hadapan.
 
Optimis.
Hanya dengan sikap yang optimis, anda boleh menjadi seorang pedagang yang berjaya. Dagangan tidak mungkin berjaya tanpa kerugian. Jika anda bertindak tidak munasabah akibat keuntungan yang negatif, ia akan mendatangkan rasa tidak selamat dengan dagangan-dagangan anda. Ambil kerugian anda hanya sebagai pengajaran dan sempadan, tetapi jangan sampai anda terlalu fokus kepadanya.

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera