Pendekatan perdagangan Forex yang betul

Pendekatan perdagangan Forex yang betul

2024-06-06 • Dikemaskini

Suntikan realiti

Yang menjadi masalah dengan perdagangan Forex adalah betapa pasarannya amat besar melampaui imaginasi (lebih dari $5 trillion didagangkan sehari). Pada masa yang sama, tidak banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan aktiviti pedagang-pedagang individu dan statistik komprehensif bagi kumpulan subjek yang sama. 

Antara sebab-sebabnya barangkali adalah betapa kecilnya sumbangan individu dalam pusing ganti harian Forex secara total sehinggakan ia diabaikan. Justeru, dari sisi pandang global, tidak munasabah untuk mengkaji tindak tanduk para pedagang. Tambahan pula, seseorang pedagang individu, sebagai pengguna akhir servis perbrokeran Forex, adalah bahagian paling lemah dalam rantaian transaksi. Pasaran secara keseluruhannya amat besar, bank-bank dan pemain institusi adalah besar, para pelabur strategik juga besar. Begitu juga dengan broker-broker. Dan para pedagang? Majoriti dari mereka meninggalkan pasaran selepas beberapa bulan mencuba untuk meraih sebanyak yang mungkin dari pelaburan sejumlah $100. Lantaran itu, walaupun ada satu billion pedagang yang aktif pada waktu ini, nilai wang mereka jika digabungkan sekali pun boleh disisihkan begitu sahaja oleh pasaran tanpa meninggalkan apa-apa kesan jelas. Peringkat magnitudnya jauh berbeza.    

Peratusan selamat

Hampir setiap pedagang baru di Forex mahu terus berdagang. Dalam masa yang sama, masalah motivasi pedagang adalah sebab utama mengapa kebanyakan dari mereka meninggalkan pasaran tanpa hasil yang memuaskan. Bila kami kata "kebanyakan pedagang", kami merujuk kepada 97% pedagang. Nilai peratusan yang tepat berubah-ubah (angka ini hanyalah anggaran kasar, di atas sebab-sebab yang sudah dijelaskan di atas), namun apa yang hendak di sampaikan adalah seperti berikut: dari setiap 100 orang pedagang baru, hanya beberapa yang akan mampu bertahan di dalam pasaran cukup lama untuk melihat dana mereka akhirnya berkembang.

Berikut adalah satu cerapan yang menarik. Bayangkan anda sedang bersiap-siap untuk satu lompatan payung terjun. Jurulatih anda memberitahu anda: "Ada hanya 3% kebarangkalian payung terjun anda akan terbuka". Adakah anda akan teruskan terjunan? Mungkin tidak. Mungkin kerana ngeri dengan statistik yang menakutkan, anda ingin cuba menyelidik sebab-sebab di sebalik kadar kegagalan yang seburuk itu. Namun di pasaran Forex, mungkin kerana perasaannya tidak seperti ketika mahu terjun dari kapal terbang, orang-orang tidak berfikir seperti itu. Mereka fikir, "Okay, saya tidak tahu apa yang 97% pedagang itu lakukan, tetapi saya pasti akan tergolong dalam kumpulan 3% yang berjaya". Akhirnya, mereka pun angkat kaki dengan perasaan yang terdesak, menyalahkan broker kerana melakukan komplot konspirasi jahat dan pasaran kerana tidak berperasaan. Realitinya, sikap pedagang memang sudah menjadi masalah sejak dari awal lagi (namun tanpa menafikan bahawa ada banyak penipuan/scam di dalam ekosistem Forex, tapi itu topik lain untuk hari lain).

Motivasi

Apa kajian yang ada yang telah dilakukan untuk memahami motivasi para pedagang Forex menunjukkan bahawa dalam kebanyakan kes, para pedagang datang ke pasaran Forex merancang untuk membuat banyak wang dengan modal yang amat sedikit. Dalam perkataan lain, rata-rata pedagang mahu melaburkan $1 di Forex setelah mempelajari amat sedikit sekali tentang bagaimana ia berfungsi, dengan harapan leveraj 1:1000 akan menukarkannya menjadi $1000 secara hampir automatik. 

Jika mereka kata "Leveraj 1:1000 memungkinkan saya laburkan $1, menukarkannya menjadi $1000, dan meraih $300 dalam satu urusniaga", adakah ia boleh dilakukan? Ya, secara teknikal dan metodologinya. Namun ada pra-syarat untuk itu, dan ada risiko yang terkait. Leveraj yang besar membolehkan anda masuk ke pasaran dengan jumlah wang yang besar, tetapi bila pasaran melawan anda balik ia akan melawan dengan kekuatan yang sama. Jika anda boleh buat $1000 dari $1, pasaran boleh padam keuntungan anda dalam beberapa saat jika anda tidak mengikut beberapa peraturan pengurusan risiko. 

Pengajaran: menilai duit harus melihat kedua-dua sisinya, jangan abaikan risiko yang terkait dengan peluang yang tampak lumayan.

24.01.20--1.jpg

Beberapa petua yang bagus

Pertama, anda tidak datang ke Forex untuk selesaikan masalah kewangan anda. Jika situasi hidup anda membawa anda ke kemuflisan dan hutang, Forex bukan pilihan terbaik untuk keluar dari masalah itu. Malahan, ia boleh memburukkan lagi keadaan, jadi lebih baik anda selesaikan masalah ini dahulu dan kemudian datang ke Forex untuk memaksimumkan kejayaan anda dan pelbagaikan aset anda.

Kedua, anda tidak harus datang ke Forex untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama. Jika pendapatan peribadi anda membolehkan anda menyalurkan sebahagian darinya ke Forex, itu satu keputusan yang baik. Anda tidak harus mensisihkan wang dari keperluan asasi anda. Anda boleh ketepikan wang yang biasanya disalurkan ke perkara yang anda tidak benar-benar perlukan. Justeru, persoalan pokoknya di sini adalah anda sendiri perlu mentafahus gaya hidup anda dengan sejujur-jujurnya, supaya anda boleh menganggar bagaimana anda boleh menyusun semula agihan wang anda. Jangan ganggu keperluan asas anda, ambil dari lebihan. Dalam kes ini, anda harus berasa puas wang anda berkerja untuk anda di Forex berbanding dari dihabiskan kepada perkara yang anda tidak perlukan.

Ketiga, anda harus ikuti strategi pengelakan risiko. Anda harus pilih kekonsistenan berbanding mencuba nasib, sesuatu yang boleh dikawal berbanding sesuatu yang bermodalkan nekad. Anda boleh lihat perdagangan Forex dengan cara yang sama pelajar cemerlang melihat persediaan bagi peperiksaan: tidak ada ruang untuk berharap kepada nasib, hanya belajar dan berlatih. Itu terpakai kepada nisbah antara wang Forex anda dan wang anda yang selebihnya. Memeperuntukkan sebahagian dari pendapatan peribadi dalam jumlah yang munasabah kepada perdagangan Forex adalah selamat. Itu tidak merisikokan kelenaan tidur malam anda dan dalam masa yang sama menjadikan pelaburan cukup signifikan untuk menghasilkan keuntungan yang nyata. 

Keempat, buang ego anda. Sikap "Saya yang paling pintar". Anda harus buang kecenderungan untuk percaya orang-orang yang menyiarkan gambar-gambar mereka dengan kereta mewah sambil menggenggam tunai di setiap tangan. Ada hanya ada satu jalan iaitu belajar, mencuba, dan belajar dari kesilapan. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa sedia menerima bahawa anda akan melakukan kesilapan dan ianya tidak harus dilihat sebagai masalah. Anda perlukan maklum balas ini untuk membuang apa yang tidak efisien dan meneruskan apa yang memberikan kebarangkalian besar untuk kejayaan. 

Persediaan dan masa

Jadi jika anda tidak harus terbuai dengan harapan manis bahawa anda boleh tawan Forex dari hari pertama. Meraih keuntungna memerlukan persediaan, dan persediaan pula memakan masa. Sebaliknya pula, anda tidak harus rasa terdesak kerana masih belum dapat melihat jutaan dollar yang dimahukan dan lantaran itu mengatakan "Forex ini penipuan besar". Semuanya akan baik-baik sahaja jika anda berusaha dengan cukup, dalam arah yang betul. Bersabarlah dan jangan hakimi diri anda dengan terlalu keras.

Ada satu konsep yang penting difahami: anda tidak perlu melawan pasaran. Malah, satu-satunya cara untuk beroleh keuntungan adalah dengan mencari cara terbaik mentafsir dan memahami pasaran, supaya anda boleh mengikutnya dan membuat wang darinya. Itulah sebabnya mengapa orang berkata bahawa peraturan tunjang untuk mana-mana pedagang Forex adalah "trend is your friend". Itu bererti anda hanya perlu meramal pergerakan pasaran dengan betul dalam majoriti urusniaga anda. 

Walau apa pun, FBS sentiasa ada untuk membantu anda. Sila tinjau buku panduan dan tips untuk pedagang yang kami sediakan – ia akan membantu anda dengan hal-hal teknikal yang anda perlukan untuk berdagang di pasaran Forex. Seksyen berita akan pastikan anda sentiasa mengetahui yang terkini, analitik pula akan memberikan anda idea untuk diterapkan, dan webinar akan memberikan anda perspektif yang meluas tentang aktviti di pasaran.

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera