Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Semuanya yang anda perlu tahu tentang "retracement"
2023-01-25 • Dikemaskini
Artikel ini akan memperkenalkan salah satu konsep pasaran yang paling sakti – pengunduran ("retracement") – dan menunjukkan cara menggunakan potensinya secara maksimum. Pengunduran adalah pergerakan harga melawan trend yang sudah termaktub, yang hanya sementara. Mengapakah ia sangat penting untuk para pedagang? Aras pengunduran sangat ideal untuk menentukan tempat di mana anda boleh memasuki pasaran dengan selamat dan membuat pesanan Renti Rugi untuk meminimumkan risiko yang mungkin ada. Bunyinya seperti amat berguna sekali, benar? Mari kita cari tahu bersama-sama!
Kelebihan-kelebihan pengunduran
Kita akan mulakan dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya, dan kemudian beralih kepada kekurangannya. Kelebihan yang paling ketara ialah betapa pedagang biasanya mendapat peluang yang lebih tinggi untuk meramalkan pergerakan harga seterusnya jika beliau lihat ada signal pasaran yang kuat pada aras-aras tertentu lantaran dari terjadinya pengunduran. Harga cenderung untuk kembali ke aras "purata" atau "min". Oleh itu, apabila mata anda perasan ada terjadinya pengunduran atau putaran, carilah titik masuk. Di senario lain, ia membolehkan pedagang meletakkan Renti Rugi dengan lebih baik, yang berupaya membantu mengelakkan kerugian yang lebih besar dan dalam masa yang sama tidak terpukul oleh kemeruapan yang muncul secara tiba-tiba. Sememangnya ia sangat menjengkelkan, bila ramalan anda tepat di peringkat awal, tetapi dengan meletakkan Stop Loss di tempat yang salah tiba-tiba anda terpelanting keluar dari pasaran. Di samping itu, menggunakan pengunduran membolehkan anda menentukan nisbah risiko/ganjaran yang lebih baik. Secara amnya, jika pedagang meletakkan sasaran sebanyak 200 pip, mereka biasanya akan meletakkan renti rugi sejauh 100 pip. Walau bagaimanapun, jika anda tahu aras pengunduran yang tepat, anda boleh tentukan jarak Renti Rugi yang lebih dekat. Sebagai contoh, aras-aras yang disebutkan sebelum ini mungkin berubah menjadi sasaran 250 pip dengan renti rugi hanya sejauh 50 pip.
Kekurangan pengunduran
Anda harus sedar dan awas dengan beberapa kekurangannya. Bagaimana pun, dalam kes ini, sisi positifnya jauh lebih banyak dari yang negatif. Pertama sekali, anda boleh terlepas beberapa urusniaga yang bagus kerana anda menunggu pengunduran terjadi. Ia tidak begitu teruk kerana anda tidak ada rugi apa-apa pun. Kedua, anda akan mempunyai lebih sedikit peluang untuk membuka urusniaga kerana harga tidak mengundur terlalu banyak kali. Akhirnya, berdagang dengan pengunduran memerlukan kesabaran, tapi walaupun anda bukan seorang yang penyabar, ia adalah cara yang baik untuk mengembangkan sifat mulia ini, dan ia penting untuk setiap pedagang.
Contoh-contoh pengunduran
Hanya pengunduran sahaja
Pengunduran ke satu-satu aras penting mewujudkan situasi yang optimum untuk memasuki pasaran. Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat bagaimana harga telah ditarik kembali ke suatu aras penting setelah naik lebih tinggi buat seketika. Tidak ada isyarat pasaran yang jelas bahawa harganya akan turun, jadi kadang-kala aras ini satu-satunya petunjuk yang ada untuk pedagang, oleh sebab itu penting untuk tidak terlepas pandang.
Kombo bersama signal harga
Senario terbaik adalah apabila harga turun ke suatu aras pengunduran dan kemudian membentuk pin bar atau candlestick berpola hammer (yang ekornya panjang dan badannya kecil). Kombinasi beberapa pengunduran ke suatu aras penting dan signal bar pin menghasilkan keadaan terbaik untuk masuk ke pasaran.
*Jika tubuh pin bar berada di bahagian atas candlestick – ia isyarat bullish, dan petanda suatu penyongsangan ke atas jika di saat itu ada downtrend.
Jika tubuh pin bar berada di bahagian bawah candlestick – ia isyarat bearish, dan petanda suatu penyongsangan ke bawah jika di saat itu ada uptrend.
Bila pengunduran berpadu tenaga dengan signal harga yang lain, ia membolehkan pedagang menangkap gerakan yang betul dengan kebarangkalian yang lebih tinggi.
Purata bergerak sebagai pengunduran
Aras pengunduran tidak semestinya harus berbentuk aras horizontal, ia boleh sahaja berbentuk purata bergerak (moving average). Seperti yang telah dinyatakan di atas, harga cenderung untuk kembali ke aras “min” atau “purata”. Itulah sebabnya mengapa, sekiranya harga mengundur ke suatu purata bergerak, anda harus tunggu untuk ia berikan signal, dan itu barulah masa yang betul untuk masuk ke pasaran.
Aras pengunduran Fibonacci 50%
Berdasarkan statistik, kebanyakan masanya harga cenderung untuk mengundur 50% dari gerakan besar/utamanya. Justeru, adalah satu strategi yang elok untuk tunggu ia mengundur kembali ke aras 50% Fibo kerana selepas aras itu disentuh biasanya harga kembali bergerak dalam arah asalnya.
*Untuk memasukkan aras Fibonacci ke carta anda di MetaTrader, anda perlu klik butang “Insert” di menu dan kemudian pilih “Fibonacci”.
Masuk posisi dengan satu candlestick signal
Mungkin ini suatu yang mengejutkan untuk anda, tetapi ketahuilah bahawa anda boleh gunakan cuma satu sahaja candlestick untuk melukiskan aras pengunduran, dan ia memang berfungsi. Apabila anda lihat ada pola candlestick pin bar atau hammer yang berbayang panjang di carta, anda boleh mempertimbangkan untuk memasuki pasaran pada aras yang terletak di tengah-tengah tubuh bar/hammer, dan letakkan juga Renti Rugi di harga terendah candlestick tersebut dan kemudian letakkan Ambilan Untung pertama di harga tertinggi, dan seterusnya Ambilan Untung kedua serta ketiga – di suatu tempat yang lebih jauh, dengan jarak yang sama besar.
*Untuk mengukur titik tengah tubuh dan jarak, adna boleh gunakan alat yang anda sudah kenali – pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement), dan kemudian hanya ubah sahaja beberapa aras menjadi 0.5, 1.0, 1.5 dsb.
Bagus! Kami telah membincangkan kes-kes yang paling signifikan untuk pengunduran. Sekarang tiba masa untuk berlatih! Pergi ke MetaTrader dan uji kemahiran baru anda!
Serupa
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.