Dana indeks terbaik untuk pelaburan bagi bulan Ogos

Baca artikel ini di laman web FBS

Dana indeks salah satu instrumen yang paling digemari oleh para pedagang kerana ia menawarkan cara yang mudah, berisiko rendah, dan sudah siap dipelbagaikan (already diversified) untuk melabur di pasaran saham. Artikel ini akan membantu anda memilih dana indeks yang terbaik untuk pelaburan anda.

Apa itu dana indeks?

Indeks saham adalah suatu penanda aras, yang mengukur prestasi beberapa saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang terkenal merangkumi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa-bursa saham di Amerika Syarikat. Indeks S&P 500 dilihat secara meluas sebagai tolok ukur utama untuk saham-saham AS. Ada terdapat banyak indeks saham yang lain juga.

Kemerosotan pasaran lantaran dari wabak coronavirus mendorong semua indeks saham ke paras yang terendah dalam sejarah, tetapi beberapa dari indeks tersebut bukan sahaja berjaya kembali ke tahap pra-pandemik tetapi malah melebihi paras tersebut! Contohnya, indeks S&P 500 yang masyhur itu telah melepasi paras pra-pandemi sebanyak 23% dan berkemungkinan besar tidak berhenti dari terus naik lebih tinggi lagi.

Sekiranya anda berminat untuk memperdagangkan mana-mana saham tunggal tertentu, mungkin anda akan dapati artikel kami mengenai saham-saham berprestasi terbaik berguna untuk anda.

Dana indeks terbaik untuk dibeli pada Ogos 2021

US100 (NASDAQ 100)

US500 (S&P 500)

DE30 (DAX 30)

JP225 (Nikkei 225)

EUR50 (Eurostoxx 50)  

HK50 (Hang Seng)

Mengapa dagangkan dana indeks?

Indeks saham adalah portfolio yang sudah dipelbagaikan dengan baik (well diversified). Pempelbagaian adalah salah satu rukun yang utama perdagangan saham. Ia merujuk tentang strategi di mana pedagang cuba untuk memiliki pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Oleh itu, indeks lebih tahan terhadap kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding situasi di mana pedagang hanya bergantung pada saham individu, dan dengan itu indeks boleh dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

внутренняя GM-3369 best index funds.jpg

Bagaimana cara melabur dengan dana indeks?

  1. Pilih dana indeks atau dana yang ingin anda dagangkan. Sekiranya anda seorang pemula baru, di peringkat awal adalah lebih baik untuk memilih indeks pasaran yang terkenal dan meluas skopnya. Pertimbangkan sektor (contohnya, Nasdaq 100 adalah indeks teknologi) dan geografi (Nikkei 225 - indeks utama saham Jepun) indeks berkenaan
  2. Perhatikan bahawa indeks saham mempunyai nama pendek: S&P 500 - US 500, Nasdaq 100 - US 100, Nikkei 225 - JP225, dsb. Anda boleh menemuinya dalam senarai lengkap indeks FBS.
  3. Muat turun aplikasi FBS Trader ke telefon bimbit anda agar anda boleh memeriksa carta pada setiap masa dan MetaTrader 5 di komputer peribadi anda untuk analisis teknikal yang lebih rumit.
  4. Buka pesanan beli atau jual, bergantung pada ramalan anda. Yang bagusnya untuk pedagang FBS, mereka boleh berdagang saham secara dua hala iaitu dengan urusniaga jual dan beli. Oleh itu, para pedagang berpeluang meraih keuntungan tidak kira apa yang sedang berlaku! Sekiranya anda yakin harganya berpotensi naik, buka pesanan beli. Sebaliknya, jika anda fikir harganya cenderung turun, buka pesanan jual.
  5. Pantau perdagangan anda!

Tip untuk pemula baru

Bagi pedagang yang baru sahaja bermula, indeks pasaran yang lebih meluas cakupannya seringkali pilihan yang lebih baik kerana berdagang dengan hanya saham-saham tunggal risiko mungkin terlalu besar. Sebaik sahaja anda sudah menguasai ilmu-ilmu yang asas, anda boleh turut memilih saham-saham tunggal ini kerana ia lazimnya memberikan pulangan yang lebih tinggi.

BERDAGANG SEKARANG

Artikel ini ditulis oleh penganalisis kewangan bebas kami dan ia adalah pendapat peribadi beliau.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.