Saham Cip Biru (Blue Chip) dan Permodalan Kecil (Small Cap). Apakah perbezaannya?
Artikel ini menyasarkan untuk menerangkan salah satu aset kewangan yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia iaitu Saham, serta ciri-cirinya.
Di sini, kami akan memberikan penerangan tentang apa itu Saham Cip Biru dan Saham Permodalan Kecil, dengan memberikan beberapa contoh untuk kedua-duanya, dan juga mengulas tentang ciri-cirinya, kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi pedagang boleh memahami cara untuk memilih Saham dengan lebih bijak sebelum mula berurusniaga.
Saham: Apa itu saham?
Secara umum, saham ialah aset kewangan mudah alih yang memberikan hak penyertaan, perkongsian atau imbuhan kepada pelabur, yang mana pendapatannya datang daripada prestasi syarikat tertentu dalam pasaran. Secara ringkasnya, saham ini adalah pemilikan ke atas sebahagian daripada saham modal syarikat yang menerbitkannya. Jadi, mereka yang memiliki saham boleh dianggap sebagai “rakan kongsi” bagi syarikat yang menerbitkan saham tersebut. Tetapi bagaimana saham biasanya diklasifikasikan?
Klasifikasi Saham
Dari segi klasifikasi, saham secara klasiknya ditakrifkan sebagai Cip Biru (Blue Chips) dan Saham Permodalan Kecil (Small Caps). Saham Cip Biru biasanya mewakili syarikat-syarikat yang terkenal atau syarikat tradisional (seperti Microsoft, Coca-Cola, Disney, Apple, Johnson & Johnson) yang mempunyai kebolehrundingan dan kecairan yang tinggi. Saham barisan kedua, atau saham Permodalan Kecil, mewakili syarikat yang belum dikenali umum oleh masyarakat awam dan kebolehrundingannya (kecairan) jauh lebih rendah berbanding dengan syarikat yang lebih tradisional.
Mana satu yang harus dipilih?
Saham Permodalan Kecil mempunyai kemeruapan yang lebih besar (ayunan) berbanding saham barisan tertinggi (yang dipanggil Saham Cip Biru). Berdasarkan konteks ini, pedagang yang lebih konservatif cenderung memilih untuk berdagang saham Cip Biru manakala pedagang yang lebih berisiko biasanya memilih saham Permodalan Kecil lantaran kerana ayunannya. Keuntungan daripada saham pula boleh diperolehi sama ada dengan hanya membeli dan menjual aset ini di pasaran atau dengan menerima dividen, bergantung pada hasil komersial syarikat, sebahagian daripada keuntungan korporat yang diagihkan kepada pemegang saham secara berkala. Anda harus memahami bahawa dividen dibayar secara berkadaran dengan bilangan saham yang dimiliki oleh pelanggan.
- Di FBS, pelanggan boleh berdagang saham di MT5 dengan menggunakan akaun Standard dan Cent. Untuk maklumat lanjut, lihat Laman Spesifikasi kami.
- Selain itu, pedagang boleh mengakses jadual Dividen yang diumumkan oleh syarikat-syarikat di laman FBS.