Tingkatkan keuntungan di waktu kemeruwapan tinggi

Baca artikel ini di laman web FBS

Seperkara yang bagus tentang kemeruwapan adalah anda boleh membuat banyak wang daripadanya. Harga bergerak dengan kuat, jadi keuntungan anda juga boleh meningkat dengan signifikan. Namun tiada apa yang percuma di dunia ini. Keuntungan yang tinggi sentiasa datang bersama risiko yang tinggi juga.

Kami telah mengumpulkan tip-tip paling penting yang akan membantu anda mengelak dari terjurumus ke dalam perangkap.Kami telah memutuskan untuk membahagikan tutorial kami kepada dua bahagian: perkara-perkara yang anda harus lakukan dan yang anda harus elakkan. Mari kita mulakan dengan perkara-perkara yang anda harus lakukan bila pasaran sangat meruwap.

Lebarkan jurang ambilan untung/renti rugi

Ada pelbagai jenis kemeruwapan. Jadi, strategi perdagangan anda harus pelbagai juga.

Bayangkan anda mahu berdagang untuk jangka masa yang lebih panjang. Dalam tempoh ini, harga mungkin naik dan turun beberapa kali. Jika anda tetapkan ambilan untung/renti rugi, kebarangkaliannya tinggi harga yang bergerak pantas akan mengenainya terlalu awal lalu membataskan anda dari mendapat keuntungan yang lebih besar. Kesannya, adalah lebih logik untuk anda lebarkan jarak pesanan ambilan untung serta renti rugi agar kekal berada di dalam pasaran lebih lama.

Perhatian: Sewaktu kemeruwapan tinggi, anda akan dapat melihat keuntungan anda pada suatu posisi buka meningkat dan menyusut dengan tajam. Adalah penting untuk anda tidak panik, pilih sasaran dengan bijaksana dan tunggu sehingga harga mencecahnya.

Memotong kerugian

Di dalam perenggan sebelum ini, kami telah menjelaskan kepada anda bahawa untuk bertahan dalam suasana kemeruwapan yang tinggi anda perlu lebarkan jarak renti rugi. Namun, matlamat perdagangan anda mungkin berbeza.

Bayangkan harga telah bergerak aktif, tetapi anda tidak pasti dengan pergerakan seterusnya. Mungkin ia akan menurun dan kemudian meningkat semula, mungkin ia akan menurun dan tidak akan naik kembali. Justeru, anda tidak mahu bermain risiko tetapi dalam masa yang sama anda tidak mahu terlepas peluang berdagang yang baik. Jika anda mahu menangkap suatu swing harga tertentu, letakkan renti rugi berdekatan dengan harga. Jika pasaran tidak pergi ke arah yang anda sangkakan, ia tidak akan memberikan terlalu banyak kesan. Jika Jika ia benar-benar seperti telahan anda, bertuahlah anda, anda akan dapat menangkap pergerakan itu dan mendapat lebih kerana kemeruwapan yang lebih tinggi.

Dapatkah anda lihat sekarang perbezaan senario antara renti rugi yang lebar dan yang sempit? Strategi anda menentukan tindakan anda!

Berdagang ketika penembusan (Inggeris: breakout)

Aras rintangan dan sokongan adalah kunci untuk para pedagang. Pedagang menggunakannya untuk menentukan titik masuk, pembalikan dan keluar. Di waktu kemeruwapan tinggi, aras-aras ini menjadi lebih penting lagi kerana penembusannya boleh menyebabkan kelangsungan pergerakan harga yang sangat besar.

Pasaran sedang dalam panik tetapi anda harus tenang. Anda boleh mengikuti penembusan bila pedagang lain sedang panik. Ini adalah satu taruhan yang berisiko: sewaktu pasaran sedang kacau-bilau, suatu penembusan itu mungkin sahaja palsu dan harga mungkin berpatah balik. Namun, jika penembusan itu tulen, anda akan mendapat keuntungan yang besar. Mengambil kira bahawa anda sedang membuat taruhan yang berisiko dan bercita-cita besar, anda boleh memasang ambilan untung yang lebih besar. Renti rugi harus kecil. Sebaik sahaja pasaran bergerak mengikut telahan anda, anda boleh gerakkan renti rugi anda ke titik pulang modal dan kemudian biarkan ia mengekori di belakang harga.

Pelbagaikan portfolio

Kunci kepada perdagangan yang menguntungkan adalah pemelbagaian. Anda tidak akan pernah mampu untuk pasti tentang suatu harga. Justeru, adalah berbaloi untuk mempelbagaikan pelaburan anda. Jika anda kerugian di satu dagangan, kebarangkaliannya tinggi anda akan untung di dagangan yang lain.

Di waktu kemeruwapan tinggi, petua ini sangat berkesan di waktu ketidaktentuan juga meningkat. Sangat tidak mungkin sekali semua pasangan akan meruwap serentak. Jadi melaburlah pada pasangan yang tidak terkorelasi. Seandainya anda mengalami kerugian akibat kemeruwapan yang tinggi, anda boleh merawat luka itu dengan keuntungan dari pasangan lain.

volatility.jpg

Mari kita lihat pula pada perkara-perkara yang anda tidak patut lakukan.

Hapuskan apa yang tidak diperlukan.

Indikator teknikal banyak membantu para pedagang. Ia boleh menentukan aras-aras kunci/utama, menentukan arah pergerakan di masa depan suatu harga, memberikan petunjuk trend, dsb. Namun, ia bagus ketika perdagangan berjalan lancar. Di waktu kemeruwapan tinggi, ia boleh memperdaya anda. Bila pasaran terkejut dengan suatu peristiwa dan gerakan besar menyusul, tiada indikator yang boleh meramalkannya atau bertindak balas terhadap kejutan tersebut dengan cukup pantas. Kesannya, adalah lebih baik untuk anda lapangkan carta anda dari indikator-indikator.

Satu indikator yang boleh membantu anda meramal pepaku (spike) kemeruwapan adalah Jalur Bollinger. Idea di sebalik indikator ini sangat mudah. Bila anda nampak 3 garisan indikator menguncup dan menyempit, ia adalah signal akan berlakunya lonjakan pada harga.

Ada satu perkara lagi yang perlu ditambah di sini. Ia adalah "luaskan pandangan". Jangan pernah pedulikan tentang rangka masa kecil (small timeframe) ketika berdagang di kemeruwapan tinggi. Di waktu kemeruwapan tinggi, pasaran terlalu aktif. Arah gerakan di rangka masa kecil boleh berubah beberapa kali dalam tempoh yang singkat. Kesannya, anda akan keliru, dan risiko kerugian akan meningkat dengan signifikan. Pertimbangkan rangka masa yang lebih besar. Gambaran keadaan pasaran akan lebih jelas dan anda akan memahami situasinya dengan lebih baik.

Jangan tergesa-gesa

Di waktu kemeruwapan tinggi, para pedagang sangat mudah panik dan mula melakukan perkara gila. Jangan begitu. Panik hanya akan memburukkan keadaan.Ingat peraturan pokok kita: anda tidak mampu mengubah arah pergerakan harga.

Jika anda lihat harga bergerak naik/turun dengan sangat pantas, jangan cuba hendak mencari pucuk dan akar. Anda tidak akan mampu menentukannya secara tepat. Apa yang anda harus lakukan adalah memasang renti rugi dan ambilan untung dengan bijaksana. Kesannya, anda akan mampu meningkatkan keuntungan anda, tetapi walaupun dagangan anda tidak berjaya, anda mampu memotong kerugian anda.

Kesimpulannya, bolehlah kita katakan bahawa berdagang di waktu kemeruwapan tinggi adalah suatu yang menarik. Ia adalah kunci kepada keuntungan besar; namun ia membawa risiko yang besar juga. Itulah sebabnya mengapa hanya para pedagang mahir sahaja yang mampu bertahan dengan jayanya. Jika anda mahu berdagang sewaktu kemeruwapan tinggi, anda harus pertingkatkan kemahiran anda dahulu. Bacalah buku panduan kami untuk menjadi seorang pedagang yang profesional! 

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.