Kesan gelombang dengan strategi swing trading

Baca artikel ini di laman web FBS

Tatkala berusaha menyeimbangkan di antara strategi perdagangan harian dan scalping, pedagang mungkin akan menemukan gaya yang menarik. Judul artikel ini menyatakannya dengan jelas: hari ini kita akan bincangkan tentang perdagangan swing (swing trading). Jadi, apakah itu swing trading?

Swing trading adalah satu pendekatan yang spesifik dalam berdagang, yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal. Swing trading seperti bermain papan luncur di pantai: anda menangkap swing (ayunan) ketika harga berubah arah. Jika anda memilih gaya perdagangan ini, anda akan mengekalkan posisi anda selama beberapa hari. Oleh itu, anda harus mahir dengan prinsip utama pengurusan saiz posisi dan mekanisme swap.

Anda mungkin tertanya-tanya jika swing trading berkesan di waktu pasaran bergerak mendatar (sideways), kerana dalam situasi itu harga turun naik dalam julat tertentu. Dalam masa yang sama, "swing-catching" juga boleh dilakukan ketika harga membuat pembetulan dalam trend.

Jika swing trading kedengaran terlalu rumit untuk anda, kami ingin yakinkan anda bahawa ada strategi swing trading yang bagus yang bernama "Persilangan H4" (H4 Crossover). Peraturannya semudah namanya! Mari kita tinjau butirannya.

Pertama sekali, mari kita teliti syarat-syarat asas untuk strategi ini. Ia seperti yang berikut:

  • Rangka masa: H4
  • Indikator: SMA 89 tempoh, EMA 21 tempoh (tetapan dilaras untuk menggunakan harga penutupan), dan osilator MACD dengan tetapan standard (12, 26, 9).
  • Pasangan matawang: EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, USD/CAD, EUR/GBP, EUR/AUD, EUR/JPY, GBP/JPY, USD/JPY, GBP/CHF, USD/CHF, EUR/CHF.

Jangan lupa tentang pengurusan dana. Risiko maksimum dan sasaran keuntungan bagi setiap posisi haruslah bersamaan dengan 1-2% baki akaun. 

Langkah-langkah bagi strategi ini, seperti biasa, diberikan untuk kedua-dua senario "jual" dan "beli".

Algoritma untuk senario "beli"

  1. Pertama sekali, kita tunggu EMA 21 tempoh menyilang SMA 89 tempoh, dari bawah ke atas.
  2. Harga seharusnya naik lebih tinggi tetapi kemudian mengundur dengan MACD bergerak ke bawah.
  3. Kami masuk posisi pada di harga penutupan kandil hijau yang pertama selepas MACD kembali bergerak ke arah atas. (Notis penting: harga haruslah lebih tinggi dari EMA 21 tempoh. Jika tidak, anda mesti abaikan dan jangan masuk posisi.
  4. Renti Rugi terletak 4-10 pip di bawah aras sokongan penting sebelum ini.
  5. Ambilan Untung terletak di jarak yang sama seperti Renti Rugi.

 Di bawah, kami sediakan satu contoh bagi strategi ini di carta H4 EUR/USD.

Example 1.png

Di carta, kita boleh lihat EMA 21 tempoh (garisan kuning) menembusi SMA 89 tempoh (garisan kelabu) dari bawah ke atas pada 6 Oktober. Harga melonjak lebih tinggi, tetapi kemudian mengalami pembetulan ke bawah. Pada masa yang sama, MACD bergerak turun. Kami nantikan sehingga harga naik semula mengatasi purata bergerak dan MACD naik. Selepas itu, kami buka posisi di 1.1776 (harga penutupan candlestick bullish). Kami letakkan Renti Rugi 5 pip di bawah aras sokongan 1.1728. Aras Ambilan Untung ditetapkan jaraknya sama seperti jarak di antara pesanan "beli" dan Renti Rugi, iaitu sebanyak 48 pip. Justeru, Ambilan Untung kami terletak di: 1.1776 + 48 = 1.1824.

Algoritma untuk senario "jual"

  1. Berlawanan dengan senario "jual", kami nantikan sehingga EMA 21 tempoh menyilang SMA 89 tempoh dari atas ke bawah.
  2. Di sini, kami menjangkakan harga akan jatuh tetapi kemudian mengalami pembetulan ke atas, dengan MACD naik juga ke atas.
  3. Kami buka posisi "jual" pada harga penutupan candlestick merah pertama setelah MACD mula turun lagi. Notis penting: harganya harus lebih rendah daripada EMA 21 tempoh. Jika tidak, anda mesti abaikan dan jangan masuk posisi.
  4. Renti Rugi berada 4-10 pip di atas aras rintangan yang signifikan sebelum ini.
  5. Ambilan Untung diletakkan dengan jarak yang sama seperti Renti Rugi.

Example 2.png

Pada carta EUR/USD yang sama, kami telah melihat EMA 21 tempoh (garisan kuning) menembusi SMA 89 tempoh (garisan kelabu) dari atas ke bawah. Harga kemudian bergerak turun dan naik. MACD juga bergerak naik lebih tinggi. Kami tunggu sehingga osilator itu menyongsang dan membuka pesanan "jual" pada harga penutupan kandil merah. Renti Rugi terletak di atas aras rintangan 1.0899, manakala Ambilan Untung diletakkan di 1.0811 (1.0855 - 0.0044 = 1.0811).

Strategi ini nampaknya cukup mudah, bukan? Dengan mengikuti peraturan-peraturan mudah yang dijelaskan di atas, anda dapat menguasai swing trading dengan cukup berkesan. Kami mengesyorkan agar anda mencubanya di akaun demo terlebih dahulu untuk "backtesting" dan kemudian menerapkannya di pasaran sebenar.

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.