Membuat duit dengan dividen

Baca artikel ini di laman web FBS

Memiliki saham atau stok sebuah syarikat awam bermaksud menjadi pemegang sahamnya. Oleh itu, anda berhak mendapat sebahagian daripada keuntungan syarikat yang berkadaran dengan saiz pemilikan anda, sama seperti di dalam situasi bila mana anda salah seorang rakan kongsi dalam sesebuah perniagaan. Itulah yang mungkin menjadikan saham lebih menarik berbanding aset-aset dari jenis yang lain: anda boleh menerima pendapatan tambahan melalui dividen, selain dari peningkatan nilai dan menutup urusniaga yang sudah mencatat keuntungan.

Bagaimana ia berfungsi

Peningkatan nilai

Apabila anda memperdagangkan sebarang aset, anda membeli pada suatu harga dan menjual pada harga yang lebih tinggi lagi. Perbezaan di antara dua harga tersebut adalah keuntungan anda. Begitulah juga dengan saham, dan keuntungan anda dalam kes ini akan disebut sebagai peningkatan nilai – kerana anda berjaya memperoleh keuntungan dari nilai saham yang lebih tinggi. Itulah yang menjadikan perdagangan saham serupa dengan aset-aset lain.

Pendapatan dividen

Sementara itu, semasa anda mengekalkan pegangan saham, anda berhak mendapatkan keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan sepanjang tempoh suku tahun yang terkini. Sekiranya anda memiliki saham tersebut pada hari pembayaran dividen – anda akan menerimanya. Jadi, ia adalah pendapatan tambahan selain dari keuntungan dalam bentuk peningkatan nilai dan peluang perdagangan yang menguntungkan yang telah kami sebutkan sebelum ini. Itulah kelebihan perdagangan saham berbanding, sebagai contoh, matawang.

Cara mendapatkan dividen

Pertama sekali, berhati-hati

Tidak semua saham membayar dividen. Anda mesti tahu saham mana yang membayar dividen – Kalendar Dividen ada menunjukkan perkara ini.

Seberapa kerap

Biasanya, dividen adalah pembayaran setiap suku tahun. Ini bermakna anda menerima bahagian anda dari keuntungan syarikat setiap tiga bulan.

Bila tarikh yang spesifik

Bagaimana untuk mengetahui hari dividen dibayar? Sekali lagi, seksyen Kalendar Ekonomi - Dividen akan membantu anda.

Berapa jumlah yang tepat

Setiap syarikat memutuskannya berdasarkan polisi pembayaran dividen mereka masing-masing. Secara amnya, jika 30-40% dari pendapatan bersih syarikat diagihkan di kalangan pemegang saham, ia dianggap sebagai nisbah pembayaran yang standard (amaun dividen yang bakal diagihkan berbanding total keuntungan bersih syarikat).

Selang dividen

Terdapat jeda masa antara tarikh pengumuman dividen dan tarikh pembayaran dividen. Setelah jumlah dividen diumumkan, pasaran bertindak balas terhadapnya, sama seperti ia bertindak balas dengan perkara-perkara lain: jika angka sebenar lebih tinggi dari jangkaan, nilai saham akan meningkat; jika gagal memenuhi jangkaan, nilainya akan jatuh. Hubungan ini membolehkan strategi perdagangan saham yang tertentu diaplikasikan.

Strategi perdagangan dividen saham umum: beli dan simpan

Ini satu pendekatan perdagangan posisi (position trading) yang mudah. Beli saham dengan prospek pertumbuhan yang sihat dan simpannya selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Akhirnya, anda berpotensi melihat nilainya meningkat dan semasa anda menyimpan (mengekalkan pegangan), dividen akan masuk ke akaun anda setiap tiga bulan. Anda disyorkan agar membeli pada harga yang rendah untuk memastikan kenaikan nilai semaksimum yang mungkin setiap kali anda memilih untuk menjual saham tersebut.

Strategi perdagangan dividen saham buy-the-gap

Oleh kerana strategi ini melibatkan tarikh yang spesifik, berikut adalah beberapa syarat.

Tarikh pengumuman dividen

Ini adalah masa di mana syarikat mengumumkan jumlah dividen yang akan datang – setelah menerima maklumat ini, saham nilai mungkin naik atau menyusut bergantung pada sama ada pasaran berpuas hati atau tidak dengan dividen yang diumumkan. Biasanya, semasa pengumuman, tarikh rekod turut ditetapkan.

Tarikh rekod

Pada asasnya, ini adalah hari "cut-off": jika anda orang yang terakhir memegang saham ini pada hari yang disebutkan ini, anda akan menerima dividen yang sewajarnya. Sekiranya anda mendapatkan saham ini selepas tarikh rekod, anda tidak berhak mendapat pembayaran dividen yang akan datang. Sebaliknya, anda akan menyertai agihan yang seterusnya. Sekarang, agar pemilik saham terakhir mendapat dividen yang perlu dibayar pada tarikh rekod, jumlah dividen ditolak dari nilai saham satu hari bekerja sebelum hari rekod – itulah yang dipanggil tarikh tanpa dividen (ex-dividend date).

Tarikh Tanpa Dividen

Oleh itu, satu hari bekerja sebelum tarikh rekod, nilai saham akan ditolak amaun dividen - inilah yang dipanggil sebagai selang dividen, dan pada ketika itulah anda boleh mempertimbangkan untuk membeli saham pada nilai yang lebih rendah.

Contoh

6 Mei menyaksikan saham Prizer dibuka dengan penurunan mendadak ke aras sokongan $38.40 yang membuat harga melambung naik pada hujung bulan April. Oleh kerana dividen ditolak dari nilai saham pada 6 Mei, saham turun dari paras tinggi baru $41 kepada harga sokongan $38.40 – itu adalah jurang dividen. Pedagang yang bijak akan berada di sana untuk mengambil kesempatan dan akhirnya akan menyaksikan nilai saham meningkat ke $40.40. Begitulah cara anda berdagang dengan jurang dividen (buy-the-gap).

krgrg.png

Satu hal yang terakhir

Dalam senarai S&P 500, ada beberapa syarikat yang secara konsisten membayar dan meningkatkan dividen asasnya setiap tahun. Ini bererti, selama bertahun-tahun dan berdekad-dekad, pemegang saham mereka menikmati pendapatan dividen yang lebih tinggi selain dari peningkatan nilai sahamnya. Berikut adalah sebahagian dari syarikat-syarikat tersebut yang boleh anda dagangkan di FBS: 3M, Coca-Cola, Johnson & Johnson, Procter & Gamble, PepsiCo, McDonald's, Walmart, AT&T.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.