Hipotesis Pasaran Yang Efisien

Baca artikel ini di laman web FBS

Matrix

Anda tidak boleh mengalahkan sistem selagi anda bergerak di dalam sistem ini. Ini juga benar dan terpakai untuk pasaran: anda tidak boleh mengalahkan pasaran selagi anda dikekang oleh pasaran. Apakah kekangan yang dikenakan oleh pasaran terhadap kita? Harga. Tidak ada yang lain selain dari harga. Bila anda buka FBS Trader dan melihat harga mana-mana matawang atau saham, adakah anda berfikir, "eh, saya rasa sebut harga ini tidak adil, nah ini tawaran harga dari saya"? Tidak. Anda sama ada menerimanya dan melakukan urusniaga anda, atau anda tinggalkannya, menunda hajat anda sehingga ke suatu masa di mana pasaran bersetuju dengan anda. Kenapa? Kerana tidak ada soal jawab dengan pasaran. Kenapa? Kerana pasaran mengetahui segala-galanya, kerana ia sungguh besar, kerana pelabur, bank-bank, badan-badan korporat – semua yang membentuk pasaran, mereka sangat bijaksana membuat keputusan mereka dan sentiasa tahu berapa kos untuk sesuatu. 

Ya sudahlah kalau begitu. Jadi jika semalam saham Tesla berharga $900, itu adalah betul, setuju? Ya, betul. Jika ia sekarang $800, itu juga betul, setuju? Ya, betul. Dan apa sebenarnya yang terjadi kepada fasiliti-fasiliti pengeluaran, aset-aset, kereta-kereta, kapasiti pengeluaran, dan lain-lain perkara milikan Tesla di sepanjang tempoh 24 terakhir di mana sahamnya merosot sebegitu teruk sebanyak $100? Atau menggunakan contoh yang lebih bermakna, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada kapasiti dan prospek pengeluaran Tesla sehinggakan harganya melambung lebih dari 100% sejak Disember 2019? Adakah kereta Elon Musk telah mendarat di Marikh dan menjalin perhubungan dengan makhluk asing? Tidak, semuanya berpunca dari para pelabur, yang tahu segala-galanya. 

Tapi mari kita elak dari menuding jari ke orang lain dan membuat sedikit penaakulan terlebih dahulu.

Tidak ada ilmu yang tidak mengupayakan

Apakah itu Hipotesis Pasaran Yang Efisien? Ia adalah, secara asasnya, suatu trend mainstrem dalam ekonomi kewangan, yang telah wujud sejak ia muncul dan dibangunkan sekitar era 70an di Amerika Syarikat. Mengapa anda harus peduli? Kerana anda mengambil mudah sesuatu yang telah diajarkan kepada anda, seperti peribahasa berikut: pelbagaikan (diversify), dan ia akan menghindarkan anda dari risiko, ambil risiko dan anda akan menerima ganjaran yang lumayan. 

Secara praktiknya, dari sudut pandang para pelabur dan pedagang, pendapat ini mencadangkan bahawa bila anda memilih suatu aset untuk dioperasikan, fundamental tentang item ini tidak begitu penting; yang lebih utama, item ini haruslah hanya satu dari sejumlah banyak pilihan yang ada. Dalam perkataan lain, tidak perlu membaca, tidak perlu mengkaji, hanya pilih seberapa banyak instrumen perdagangan yang boleh anda lakukan, dan anda akan selamat. Selain itu, pendekatan ini menjurus kepada pengabaian analisis fundamental dan menganjak lebih kepada analisis teknikal – memandangkan semua item anda sudah tidak bernama dan mewakili seperatusan kecil dari portfolio anda. Justeru, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menangani turun naik harga bila melihat mana-mana aset.

Selain dari itu, ia meringkaskan dan "mendigitalkan" pilihan anda: sama ada anda mengelak risiko dan berdagang dengan item yang mempunyai turun naik harga yang kecil lantas memberikan keuntungan yang lebih kecil, atau anda ambil riisko dan kejar aset-aset yang magnitud turun naik harganya besar, meraih keuntungan yang lebih besar juga. Justeru, ia sama ada 0 atau 1.

Untuk anda, sebagai seorang pedagang, hipotesis ini menawarkan sesuatu seperti begini: jadi teknikal, lupakan fundamental, hanya putuskan seberapa banyak yang anda mahu raih. Pasti sekali anda akan berkata "Saya mahu sebanyak yang mungkin". Justeru anda akan bermain dengan pasangan-pasangan matawang dan saham yang paling berisiko. Dan perolehi… anda lebih tahu berapa banyak yang anda raih. Tetapi mahukah anda tahu apa yang Warren Buffet fikir tentang semua ini? Anda patut tahu.

“Saya dan Charlie”

Seandainya anda belum pernah mendengarkan tentang Warren Buffet, ini sedikit maklumat "dalaman" tentang beliau: beliau seorang pelabur, beliau berusia hampir 90 tahun, dan beliau orang ke-empat terkaya di dunia. Jadi anda harus pilih sama ada pekerjaan, usia, atau kejayaan beliau untuk memotivasikan diri anda mendengarkan pendapat beliau.

Di dalam "Essay" (1997) karangannya, beliau menjelaskan pendekatan pelaburan yang beliau amalkan bersama dengan rakan-rakan kongsinya dan CEO di Berkshire Hathaway Charlie Munger. Di antaranya, beliau menuliskan satu bab khusus tentang Teori Pasaran Yang Efisien dan menamakannya “Debunking Standard Dogma” (Menyanggah Dogma Standard). Secara umumnya, beliau katakan teori ini menjadi satu trend di kalangan ahli-ahli akademik ekonomi di era 70an. Yang mengejutkan, sambung beliau, ialah tiada siapa pun yang peduli untuk membuktikan secara rasmi perkara yang sebaliknya, walaupun terdapat banyak fakta, data statistik, dan pengalaman yang menunjukkan bahawa Teori Pasaran Yang Efision bukan sahaja tidak benar (atau sekurang-kurangnya tidak selalunya benar). Akhirnya, hujah beliau lagi, ia menjadi satu salah tanggapan terhadap pasaran yang tersebar meluas dan tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa hanya kerana ia sudah wujud untuk satu masa yang lama dan tersebar. Kesannya, ia kekal menjadi satu teori yang mentakrifkan bagaimana para pedagang mendekati pasaran.

2.jpg

Telur dan bakul

Secara ringkasnya, Warren Buffet mengesyorkan untuk sandarkan prinsip kepada kajian yang dilakukan secara menyeluruh. Ketahui fundamentalnya, pelajari bagaimana aset yang anda pilih berfungsi. Fahami semua boleh mengenai perkara yang anda ingin beli untuk memastikan anda berasa selesa dengan tahap kearifan anda mengenainya agar anda benar-benar percaya bahawa anda sedang membuat satu pelaburan yang bermakna. Bagaimana kita boleh ketahui bahawa suatu syarikat akan berjaya atau suatu matawang akan menguat di masa akan datang? Sekali lagi, kaji, baca, cerap, dan gunakan pertimbangan akal untuk mempertanyakan soalan-soalan yang wajar, seperti "Apakah yang pelanggan mahukan?", "Apakah yang membuatkan suatu ekonomi kuat?", "Apakah yang membuatkan aset iin mendapat permintaan?", dsb. Beliau mencadangkan mana-mana pedagang atau pelabur untuk memilih bilangan item yang terhad, hanya beberapa aset, yang mereka percaya akan berprestasi baik di masa akan datang, dan laburkan wang mereka padanya.  Tidak perlu pempelbagaian, tidak perlu letakkan "telur di beberapa bakul berasingan". Sebaliknya, pendekatan beliau mengesyorkan kajian fundamental dan penumpuan aset, bukannya kajian teknikal dan pempelbagaian (diversification). Sungguh berbeza sekali cara berfikir beliau. Jangan percaya cakap saya – percayalah dengan Warren Buffet.

Pertimbangan akal

Bila anda ada 10 saham, anda fikir "Jika satu merosot, saya tidak kerugian banyak; hanya 1 dari 10 yang ada". Bila anda ada 100 saham, anda fikir "Ini lebih baik; jika satu jatuh, ia hanya 1 dari 100". Itu masuk akal. Tetapi bagaimana jika semuanya jatuh, contohnya, ketika kemerosotan ekonomi? Anda mungkin akan katakan, "Saya mengikut pasaran; jika ia jatuh – saya pun jatuh juga". Baiklah kalau begitu, tetapi yang mana anda lebih gemar: selamat atau menyesal? Adakah anda cenderung untuk sebarkan agihan pelaburan anda ke seluruh ceruk pasaran dan akhirnya jatuh bersama pasaran bila waktu susah tiba? Atau adakah anda lebih gemar memiliki sebilangan aset yang tahan lasak di dalam genggaman, mampu menahan sebarang "nasib malang"? Jika yang kedua lebih logik buat anda, anda harus memilih pendekatan pertimbangan akal yang berbeza. Berbanding meletakkan semua telur anda di dalam banyak bakul berbeza, anda perlu mencari beberapa unit bakul yang boleh diandalkan dan letakkan telur anda di situ.Ini bererti, daripada menembak ke semua arah untuk berasa selamat dan akhirnya tenggelam bersama kapal bila ribut melanda, anda lebih gemar memilih dan yakin mengapa anda pilih sesuatu item dan menaruh keyakinan hanya selepas anda membuat kajian anda. Mungkin di penghujungnya nanti, item tersebut menjadi satu dari hanya beberapa yang akan masih berdiri setelah pasaran tumbang. Itu mungkin sahaja berlaku: sebagai contoh, pasaran saham telah melalui banyak perkara dalam 100 tahun terakhir ini, namun ada syarikat yang bertahan sehingga kini dan hampir tidak pernah meninggalkan garisan menaik di carta mereka. Objektif anda adalah untuk mengenalpasti syarikat-syarikat sebegini. Anda mungkin mahu mengatakan "Ah, ini pasti mengambil masa yang panjang dan itu pun masih belum tentu terjamin selamat!". Betul.  Kita bercakap tentang pasaran, tiada jaminan di pasaran. Hanya ada pilihan, opsyen, alternatif. Semuanya tampak betul, anda hanya perlu pilih satu yang lebih baik untuk anda.

Anda pasti sukakan filem

Hypotesis Pasaran Yang Efisien mencadangkan agar anda mengenepikan fundamental. Sebaliknya, ia mendesak anda untuk mengagih-agihkan pelaburan anda ke seberapa banyak aset yang mungkin dan pertimbangkan magnitud turun naik setiap aset sebagai satu-satunya faktor yang relevan, yang mana ini akhirnya akan menyumbang kepada keuntungan anda.

Warren Buffet pula sebaliknya, mencadangkan anda mengabaikan analisis teknikal mentah-mentah. Beliau mencadangkan kepada anda agar memegang hanya sebilangan kecil aset, yang anda percaya mempunyai fundamental yang kukuh (yang anda sudah kaji) untuk ia dapat berdiri teguh dan terus berkembang.

Perbezaan di antara kedua-duanya ibarat perbezaan antara seorang penembak tepat dan seorang askar biasa, seperti yang dijelaskan oleh Tom Berenger di dalam “Sniper” (1993): "Idea mereka tentang pertempuran kombat adalah menghancurkan seluruh kampung dengan jutaan peluru. Kita pula menunggu berhari-hari untuk satu tembakan".Mungkin anda sudah faham: anda percaya dengan taklid buta bahawa statistik akan mengatasi kerugian anda, atau anda kaji sesuatu dengan mendalam dan hanya selepa situ anda pertaruhkan wang anda setelah yakin anda telah memahaminya sebaik mungkin. Penghujungnya, semuanya tentang mempercayai diri anda sendiri.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.