STRATEGI PERDAGANGAN FIFTH ELEMENT DAN POWER RANGER

Baca artikel ini di laman web FBS

Fifth Element

Kelebihan utama strategi Fifth Element adalah ia memberitahu anda harga masuk bila harga masuk akan tiba awal-awal lagi, jadi anda tidak perlu menghabiskan banyak masa di hadapan skrin menunggu masa yang sesuai untuk merenggut wang yang banyak.

Ramuan utama:

Rangka masa – H1, H4.

Perkakas dagangan – EMA 12, EMA 26, MACD SMA 9

Pasangan matawang – EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD. USD/CHF, USD/CAD. AUD/USD, NZD/USD.

Konsep strategi

Histogram MACD menandakan arah dan momentum pasaran. Jika histogram MACD bertukar dari negatif kepada positif, ini adalah signal peningkatan momentum. Anda harus menunggu 5 bar positif di histogram untuk sahkan momentum sebelum berdagang long di bar kelima (inilah sebabnya strategi ini dipanggil "Fifth Element", bukan bersempena dengan filem Luc Besson). Jika histogram MACD bertukar dari positif kepada negatif, ini bermaksud anda harus buka posisi short (peraturan bar kelima kekal berkuatkuasa).

10.jpg

Setup dagangan long

1. Tunggu sehingga histogram MACD bertukar dari negatif kepada positif.

Tunggu 4 bar positif muncul di histogram sebelum masuk ke pasaran secara long pada pembukaan bar kelima.

3. Anda harus letakkan renti rugi pada harga terendah terakhir di histogram.

Ada ada 2 sasaran keuntungan dengan nisbah risiko kepada ganjaran – 1:1 dan 1:2 setiap satu. Sebagai contoh risiko dagangan anda adalah 150 point, dan ganjaran adalah 300 point jika kedua-dua sasaran dicapai. Nisbah risiko kepada ganjaran adalah 1;2 yang memberikan pulangan 6% jika kita mengambil risiko 3%.

Strategi Power Ranger

Strategi ini berkesan dengan carta 1 jam dan 4 jam.

Perkakas dagangan – kami gunakan stokastik untuk strategi ini dengan tetapan berikut:

Tempoh %K = 10

Tempoh %D = 3

Slowing = 3

Price field = high/low

MA method = simple

Levels 20 dan 80

Ingat – stokastik adalah indikator yang mengukur keadaan terlebih beli dan terlebih jual di dalam pasaran.

Pasangan matawang – EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD. USD/CHF, USD/CAD. AUD/USD, NZD/USD

Konsep asas strategi ini menganggap sebuah jajaran (range) terbentuk selepas pasaran berhenti berdagang. Stokastik membantu kita mengenal pasti pembentukan jajaran ini. Kita juga harus memberikan perhatian kepada momentum pasaran untuk memberitahu kita sama ada kita harus long atau short. Jika pasaran sedang bergerak ke atas, kita boleh long di dalam jajaran. Titik masuk boleh ditemui dengan bantuan Stokastik (ia harus berada di bawah paras 20 – di wilayah terlebih jual). Jika pasaran sedang menuju ke bawah, kita harus short di dalam jajaran. Titik masuk boleh ditemui di zon terlebih beli (atas paras 80) indikator stokastik. Strategi Power Ranger mempunyai dua sasaran keuntungan – yang pertama harus di ambil di dalam jajaran. Sasaran kedua terletak diluar jajaran dari antisipasi akan berlakunya breakout.

20.jpg

Setup dagangan long:

1. Kenal pasti garisan uptrend

2. Lihat pada %K dan %D pada stokastik, perhatikan jika ia pergi ke bawah paras 20 (zon terlebih jual).

3. Cari sokongan dan rintangan bagi jajaran (range). Anda boleh masuk posisi long bila stokastik keluar meninggalkan zon terlebih jual (menyilangi paras 20)

4. Anda harus meletakkan sasaran keuntungan pertama anda pada paras 75% jajaran. Renti Rugi harus dipasang pada aras sokongan sebelum ini di sempadan bawah jajaran.

Awas! Ini tidak bermakna anda boleh long bila-bila stokastik beradi di zon terlebih jual, atau short bila-bila stokastk di zon terlebih beli. Anda harus kenal pasti momentum sebelum memasuki pasaran.

 

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.