ROBOT FX… SIAPAKAH MEREKA? PENIPU ATAU PEMBANTU PEDAGANG?

Baca artikel ini di laman web FBS

Mungkin setiap pedagang mahu bersandar dan lihat akaun mereka berkembang tanpa perlu mengangkat jari pun. Itulah yang robot perdagangan Forex mampu lakukan untuk anda jika ia ditala/dipilih dengan betul.

Robot perdagangan forex adalah sistem perdagangan khas yang diasaskan kepada suatu set signal perdagangan yang membantu menentukan masa untuk memasuki perdagangan secara automatik tanpa campur tangan manusia. Ia tersedia kepada semua pedagang Forex dan boleh dibeli dengan mudah di internet.

robot-2027195_640.png

Hebat bunyinya, saya percaya semua orang mahu seseorang yang membuat taruhan dagangan yang menguntungkan untuk amaun wang yang kecil. Tetapi jika ia begitu mudah, setiap pedagang pasti boleh menjadi seorang jutawan. Dan realitinya ia bukan begitu, seperti yang anda sendiri boleh lihat.

Di dalam artikel ini kami akan memberitahu anda kelebihan dan kekurangan sistem perdagangan Forex terautomasi (ringkasnya, robot FX) supaya anda boleh memutuskan sendiri jika anda perlu membelinya atau tidak.

Robot forex dicipta untuk menyingkirkan unsur psikologi dalam perdagangan yang mana seperti yang anda sedia maklum adalah memudaratkan untuk perdagangan anda. Mereka membuka dagangan pada waktu yang betul tanpa teragak-agak. Mereka berkebolehan untuk mengimbas banyak carta secara serentak dalam cara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia secara fizikal. Robot boleh mencadangkan dagangan yang paling menguntungkan walaupun di dalam pasaran yang tidak stabil di mana arah trend adalah kabur – tidak jelas. Saya rasa inilah semua kelebihan mereka.

Apakah kekurangannya?

Masalah utama dengan robot, dalam kebanyakan kes, bukanlah pada robot itu sendiri tetapi pada saudagar yang menjualnya. Para saudagar di internet menjanjikan kepada para pelanggan dagangan yang untung-untung belaka namun secara praktis produk mereka tidak lebih dari penipuan yang direka untuk mengeringkan akaun pedagang, bukan menyuburkannya. Jadi jika anda benar-benar memutuskan untuk membeli robot FX anda perlu membaca dengan teliti testimoni online dari sumber yang muktabar dan tinjau ulasan-ulasan yang relevan.

Katakan anda sudah membeli sebuah robot FX yang benar-benar bagus. Adakah itu bermakna anda boleh bersantai dan melihat wang mengalir sendiri ke dalam akaun anda? Alangkah bagus kalau itu benar. Ingat bahawa perisian perdagangan, walaupun ia mengimbas jutaan carta berbeza dalam beberapa saat, tidak boleh dibandingkan dengan kepintaran manusia. Robot adalah kemajuan teknikal yang harus digandingkan dengan pemerhatian dan kajian seorang pedagang. Sistem automasi Forex diprogram untuk keadaan pasaran tertentu, ia tidak boleh mengecam kedudukan posisi sebutharga dan indikator teknikal. Seperti yang anda sudah tahu tindak tanduk pasaran sangat dinamik, ia berubah setiap masa; ia mempunyai bilangan keragaman naik, turun dan mendatar yang tidak terhingga. Justeru, di sini ada satu nasihat yang baik untuk anda. Anda boleh beli robot ini untuk mempertingkat prestasi dagangan, tetapi jangan terlalu yakin dengan mesin. Gunakan peluang yang ada padanya untuk memperbaiki dagangan "manusia" anda.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.