Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).
Strategi Perdagangan Momentum
2024-03-04 • Dikemaskini
Dalam dunia perdagangan forex di mana matlamat utamanya adalah untuk meraih keuntungan, pedagang sentiasa mencari strategi yang dapat memberikan mereka kelebihan. Kombinasi indikator Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI) telah menjadi pilihan yang semakin popular antara semua jenis teknik yang ada. Artikel ini akan membentangkan strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang berurusniaga dalam pasaran Forex.
Setup strategi
Instrumen: apa sahaja
Indikator: Relative Strength Index (RSI), Moving Average Convergence Divergence (MACD) dengan tetapan lalai.
MACD ialah osilator momentum yang terdiri daripada garisan signal dan histogram. Histogram menunjukkan perbezaan antara EMA laju dan perlahan, manakala garisan signal pula adalah garisan histogram versi terlicin. Apabila garis signal lebih rendah daripada garis histogram, trend tersebut bullish; jika tidak – ia adalah bearish. Persilangan garis memberikan signal untuk beli atau jual.
Indeks Kekuatan relatif atau Relative Strength Index (RSI) ialah osilator momentum yang menilai kelajuan dan perubahan pergerakan harga. Pengiraan RSI melibatkan perbandingan magnitud keuntungan terbaru dengan kerugian terbaru dan ini memberikan kita suatu nilai di antara 0 dan 100. Aras RSI di atas 70 biasanya menunjukkan keadaan terlebih beli, yang memberi isyarat bahawa mungkin berlaku penyongsangan atau pembetulan harga. Sebaliknya, aras RSI di bawah 30 biasanya menunjukkan keadaan terlebih jual, yang memberi isyarat kemungkinan berlakunya pergerakan harga ke arah lebih tinggi.
Rangka masa: H1 - H4
Peraturan pengurusan risiko: 2-5% sebagai margin daripada baki keseluruhan
Peraturan untuk entri long
- Kenal pasti masa apabila RSI berada di bawah aras 30, dan garis signal MACD berada di atas garisan histogram.
- Tunggu sehingga aras RSI naik lebih tinggi daripada 30 dan garis signal MACD turun ke bawah melepasi garis histogram.
- Buka posisi beli.
- Tetapkan ambilan untung (TP) pada aras rintangan atau apabila “signal jual” berlaku.
- Tetapkan renti rugi mengikut nisbah risiko-ganjaran anda (nilai disyorkan 1:3 - 1:5) atau di bawah paras terendah terbaru.
Peraturan untuk entri short
- Kenal pasti masa apabila RSI berada di atas aras 70, dan garis signal MACD berada di bawah garisan histogram.
- Tunggu sehingga aras RSI turun lebih rendah daripada 70 dan garis signal MACD naik melepasi garis histogram.
- Buka posisi jual.
- Tetapkan ambilan untung pada aras sokongan atau apabila “signal beli” berlaku.
- Tetapkan renti rugi mengikut nisbah risiko-ganjaran anda (nilai disyorkan 1:3 - 1:5) atau di atas paras tertinggi terbaru.
Penting
Seperti strategi lain, menggabungkan MACD dan RSI tidak memberi jaminan hasil 100%. Namun, sangat penting untuk pedagang mematuhi peraturan bagi menambah baik hasil mereka.
- Anda disyorkan untuk berurusniaga searah dengan trend. Untuk melakukan ini, anda mesti melanjutkan rangka masa yang lebih panjang dan menentukan arah umum trend.
- Anda disyorkan untuk menetapkan nisbah renti rugi dan ambilan untung yang lebih besar daripada 1:2. Nisbah di antara 1:3 dan 1:5 adalah yang paling sesuai.
Berdagang dengan FBS menggunakan MACD dan Osilator RSI dan jadilah seorang profesional sejati!
Serupa
Indikator DeMarker telah diasaskan dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.
Bill Williams ialah pencipta beberapa indikator pasaran yang paling popular: Osilator Awesome, Fraktal, Alligator dan Gator.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.