Cara Mengelak Inflasi: 7 Tips Lindung Nilai Melawan Inflasi

Baca artikel ini di laman web FBS

Inflasi tidak muncul dengan tak tentu punca. Sentiasa ada sebabnya mengapa ia berlaku. Tambahan lagi, ia sering berlaku kerana kesilapan dan bias manusia. Apa yang boleh kita lakukan ialah mempersiapkan diri dan menghadapi risiko dan akibat inflasi. Kursus ringkas ini akan menyentuh sebab-sebab disebalik inflasi dan cara untuk melindungi diri daripadanya.

Apakah itu Inflasi?

Inflasi mengukur kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di dalam sesebuah ekonomi. Apabila inflasi berlaku, ia membawa kepada kenaikan harga keperluan seperti makanan. Selalunya, inflasi tidak membantu ekonomi dan hanya memburukkan situasi bagi orang ramai. Tetapi dari mana ia datang?

Ada pelbagai faktor yang boleh mendorong kenaikan harga atau inflasi di dalam sesebuah ekonomi. Lazimnya, inflasi terhasil daripada peningkatan kos pengeluaran atau peningkatan permintaan untuk produk dan perkhidmatan. Selain itu, salah satu tanda inflasi mungkin kenaikan harga komoditi seperti minyak dan logam. Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan menafikan korelasi ini. TInjau artikel kami tentang kaitan antara minyak dan harga untuk meningkatkan pemahaman anda tentang minyak.

Salah satu pendorong inflasi yang paling ketara ialah apa yang dipanggil "Black Swans". Ia adalah peristiwa yang tidak mungkin dapat diduga sama sekali yang mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap ekonomi. Antara contoh-contohnya adalah perperangan, bencana alam atau wabak, seperti yang telah bermula pada 2020. Black Swans mengganggu rantaian bekalan, mengurangkan bilangan barangan di rak dan meningkatkan harga. Selepas bermulanya Covid-19, Rizab Persekutuan AS telah mencetak lebih daripada 8 trilion dolar dalam masa kurang daripada dua tahun. Itu meletakkan dunia di ambang krisis ekonomi, dan ia mungkin akan bermula dalam masa kurang dari setahun.

1.jpg

Sumber: Bloomberg

Inflasi mengurangkan kuasa beli matawang justeru dari kenaikan harga. Reaksi yang boleh diramalkan terhadap penurunan kuasa beli ialah pengguna berebut untuk membeli sekarang dan bukannya kemudian. Wang tunai akan susut nilainya begitu sahaja, jadi lebih baik anda berhenti membeli-belah dan menyimpan barang yang mungkin tidak akan kehilangan nilai. Bagi orang ramai, ini bermakna membeli lebih banyak pada masa sekarang supaya mereka boleh membeli lebih sedikit kemudian. Dan untuk perniagaan, ini bermakna membuat lebih banyak pelaburan yang akan bernilai lebih tinggi pada masa hadapan. Mari belajar bagaimana untuk mengelakkan inflasi dengan setiap cara yang mungkin.

Bagaimana Cara Untuk Melindungi Nilai Melawan Inflasi?

Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh memanfaatkan kenaikan harga. Kami akan membentangkannya satu persatu.

Bon Jangka Pendek

Instrumen-instrumen ini mempunyai banyak persamaan dengan sekuriti pasaran wang, jadi mari kita uruskan mereka terlebih dahulu. Sekuriti pasaran wang terdiri daripada pelaburan tunai, sekuriti hutang jangka pendek (Perbendaharaan AS), dan sekuriti setara tunai. Pelabur menganggap mereka sebagai kumpulan aset yang paling selamat dengan kecairan yang tinggi dan kemeruapan yang rendah. Agar lebih jelas, kami tambahkan satu lagi penjelasan di sini. Bon ialah sekuriti yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk membiayai projek dan aktiviti mereka. Bon mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding saham tetapi memberikan keuntungan yang lebih rendah.

Bagaimana pula dengan bon jangka pendek? Biasanya ia diterbitkan oleh kerajaan atau syarikat. Bon jangka pendek memberikan hasil yang sedikit berbanding bon jangka panjang. Walau bagaimanapun, bon jangka panjang cenderung tidak efektif apabila inflasi yang tinggi muncul kerana kenaikan harga mengurangkan nilai pembayaran. Sebagai contoh, anda mempunyai bon jangka panjang, dan ia menjana $100 setiap tahun untuk anda. Tetapi dengan kadar inflasi 10%, kemampuan membeli anda berkurangan 10% setiap tahun dan anda tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. Bon jangka pendek lebih tahan terhadap inflasi kerana ia tamat tempoh lebih cepat. Namun, kami tidak mengesyorkan anda melindung nilai terhadap inflasi dengan bon kerana ia sering memberikan pulangan tahunan negatif di waktu inflasi sedang tinggi.

Saham — Insurans Jangka Panjang Melawan Inflasi

Item seterusnya di dalam senarai kami ialah saham (stok, ekuiti). Walaupun pasaran bon mungkin tampak mengelirukan, pasaran saham cukup kuat untuk menyelamatkan anda daripada inflasi. Dari segi sejarah, saham mengatasi inflasi dalam tempoh yang panjang (10 tahun dan lebih).

2022-04-26_15-31-15.png

Seperti yang anda boleh lihat, ekuiti AS (pasaran saham) memberikan jumlah pulangan yang terbesar dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Kami bersetuju dengan anggaran di atas; secara statistik, saham menunjukkan prestasi yang baik dan jika anda ingin melindungi wang anda daripada inflasi, melaburlah dalam saham. Kami mencadangkan agar anda mencari syarikat yang sentiasa digemari oleh pasaran, seperti syarikat runcit dan pengekstrak komoditi serta bank. Dengan FBS, anda boleh melabur dalam Alcoa (ALCOA), 3M (MMM), McDonald's (MCDONALDS), JPMorgan (JPM) dan banyak lagi. Semak kesemuanya di halaman Perdagangan Saham.

Emas Semasa Inflasi Jangka Panjang

Emas adalah aset perlindungan, yang bermaksud orang ramai mempercayai emas. Motif di sebalik kepercayaan ini boleh difahami: terdapat sejumlah emas yang terhad di dunia ini dan jumlah wang yang tidak terhad. Dan inilah sebab di sebalik pertumbuhan berterusan emas. Ia adalah ukuran inflasi. Susut nilai wang bermakna anda boleh membeli lebih sedikit dengan jumlah yang sama. Dan sekarang buat rujukan silang dengan emas, yang amaunnya tidak meningkat dengan begitu pantas.

5cdb99cc280d9ce477f5bc6de093b86d.png

Biasanya, harga emas meningkat seiring dengan inflasi, jadi ia salah satu aset terbaik untuk anda dalam tempoh kenaikan harga. Walau bagaimanapun, perhatikan bahawa emas tidak meningkat serentak dengan harga. Terdapat selang masa antara mereka, jadi emas adalah lindung nilai inflasi yang cekap untuk tempoh yang panjang.

"TIPS" — Treasury Inflation-Protected Securities (Sekuriti Dilindungi Inflasi Perbendaharaan)

Sekuriti dilindungi inflasi perbendaharaan (TIPS) ialah sejenis sekuriti Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh kerajaan AS. TIPS diindeks kepada inflasi untuk melindungi pelabur daripada kemerosotan kuasa beli wang mereka. Secara asasnya, ia adalah bon (obligasi) yang meningkat dengan inflasi, dan pembayaran bon berubah-ubah sejajar perubahan nilai (awal) prinsipal bon.

Anda mendapat bayaran TIPS dua kali setahun dan boleh membelinya daripada bank. Selain itu, anda boleh memilih antara memegang TIPS anda sehingga ia matang (tutup) atau menjualnya lebih awal — AS mengeluarkan TIPS dengan pelbagai jangka hayat, dari 5 hingga 30 tahun. Mari kita lihat pulangan sekuriti yang dilindungi dari inflasi.

{0B3423F1-221D-4E48-B39F-CC9A5527CA95}.png.jpg

TIPS juga turut terjejas akibat kenaikan harga: carta telah jatuh selama hampir setahun. Kami tidak akan mengesyorkan anda untuk mendapatkan perlindungan inflasi menerusi aset ini.

Komoditi

Kami telah menyentuh tentang emas di dalam artikel ini, jadi mari fokus pada komoditi yang berbeza namun penting – minyak. Kenaikan harga minyak biasanya merendahkan jangkaan kadar pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan jangkaan inflasi dalam jangka masa pendek. Meredam prospek pertumbuhan ekonomi, dan seterusnya, mengurangkan jangkaan pendapatan syarikat, mengakibatkan harga saham melembap. Tetapi itu secara teori.

Tiada bukti yang jelas bahawa kenaikan harga adalah faktor kenaikan harga minyak. Dalam artikel kami "Minyak boleh mencapai $100; apakah maksudnya untuk pasaran dan inflasi?" kami telah mengulas tentang tema ini, pastikan anda membacanya.

Minyak bertindak balas terhadap nisbah bekalan dan permintaan, kebimbangan logistik, dan kadar pertumbuhan ekonomi. Ia mampu menjadi pilihan yang baik jika anda ingin melindungi wang anda tetapi hanya apabila ekonomi sihat walafiat. Kenaikan harga itu sendiri tidak meningkatkan harga XBRUSD atau XTIUSD. Sebaliknya, tahap penggunaan barangan yang semakin meningkat meningkatkan harga minyak. Adalah bijak untuk melabur dalam minyak apabila suatu fasa kemelesetan ekonomi tamat.

Matawang kripto

Matawang kripto agak meruap, dan korelasinya dengan pelbagai aset sering berubah. Namun, sesetengah kripto boleh berfungsi sebagai lindung nilai inflasi, tetapi anda perlu bijak memilih. Kripto yang terlindung dari inflasi yang terbaik adalah kripto yang mempunyai inflasi yang boleh dikawal. Sebagai contoh, Bitcoin mempunyai inflasi tahunan sebanyak 1.25%, yang akan berkurangan dari semasa ke semasa. Ethereum mempunyai inflasi yang kurang terkawal kerana fitrah kripto ini. Walau bagaimanapun, Ethereum adalah aset deflasi pada kebanyakan masa, bermakna bekalan syiling ini sentiasa akan berkurangan.

Pasaran mata wang kripto masih agak muda dan belum menyaksikan krisis ekonomi yang besar. Tahun ini akan menunjukkan kepada kita apakah peluang-peluang yang ditawarkan oleh kripto.

Pinjaman Berleveraj

Pinjaman berleveraj ialah sejenis pinjaman yang diberikan kepada syarikat atau individu yang sudah mempunyai hutang yang banyak. Ia seperti leveraj broker Forex tetapi di dalam kehidupan sebenar. Lebih ramai pelabur memindahkan dana mereka ke pasaran pinjaman berleveraj di tengah-tengah kenaikan kadar faedah. Selepas $27.8 bilion mengalir keluar dari pasaran saham pada tahun 2020, $13.1 bilion memasuki pasaran pinjaman berleveraj semula pada suku pertama 2021.

Pinjaman berleveraj boleh memberi anda perlindungan terhadap inflasi kerana ia berkorelasi negatif dengan Perbendaharaan 5 dan 10 tahun. Jadi ia dilihat lebih murah apabila pasaran sudah mengambil kira kemelesetan ke dalam harga aset. Anda boleh mengambil pinjaman berleveraj semasa ia murah dan melaburkan wang tersebut di mana-mana aset perlindungan yang paling anda sukai (contohnya, emas). Sila berfikir dua kali sebelum memasuki dunia pinjaman berleveraj kerana ia adalah instrumen berisiko.

Soalan UTAMA Tentang Aset Yang Berprestasi Terbaik Semasa Inflasi

Adakah Emas Lindung Nilai Yang Baik Untuk Melawan Inflasi?

Emas cenderung meningkat apabila dolar jatuh. USD melemah di tengah-tengah inflasi yang tinggi. Oleh itu, emas boleh dijadikan lindung nilai melawan kenaikan harga.

Adakah Saham Melindungi Nilai Dari Inflasi?

Saham lebih meruap berbanding emas, dan sesetengah sektor (cth., saham teknologi) terkesan dengan inflasi. Sebaliknya, bank dan sektor runcit bertenaga dan mungkin melonjak bersama dengan harga.

Adakah Bitcoin Suatu Kaedah Lindung Nilai Melawan Inflasi?

Pasaran matawang kripto masih agak muda dan belum menyaksikan krisis ekonomi yang besar. Walau bagaimanapun, Bitcoin adalah kripto dengan inflasi yang boleh dikawal. Oleh itu, ia tidak terdedah kepada peningkatan bekalan yang pesat dan boleh digunakan sebagai lindung nilai melawan inflasi

Apa Berlaku kepada Tunai Semasa Inflasi?

Secara amnya, wang tunai menjadi semakin murah semasa inflasi. Puncanya ialah fitrah inflasi yang datang dari pelbagai faktor termasuk pencetakan wang yang tidak terkawal.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.