Bagaimana anda boleh masuk posisi dengan yakin?
Setiap kali anda klik butang "New order", anda membuka satu urusniaga perdagangan baru. Setiap dagangan boleh dicerakinkan kepada beberapa fasa seperti masuk dan keluar. Bila anda berdagang dengan berhemah, anda pastikan keputusan-keputusan untuk masuk dan keluar berdasarkan kepada beberapa syarat dan pertimbangan tertentu. Di dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang apa yang diperlukan untuk masuk dengan yakin ke pasaran.
Cara-cara mencari signal kemasukan
Anda harus bermula dengan mengimbas carta. Sesetengah pedagang fokus kepada pasangan-pasangan tertentu, yang lain lupa meneliti semua carta yang mereka sudah buka di MetaTrader satu demi satu untuk melihat jika wujud sebarang setup atau pola yang menarik. Apa pun kesnya untuk anda, sila maklum bahawa untuk setiap pasangan matawang atau aset lain anda akan perlu menyemak beberapa rangka masa (timeframe) untuk mencari dan mengesahkan idea berdagang (trade idea) yang berkaitan.
Jika anda merancang untuk mengekalkan dagangan anda selama beberapa hari, anda mungkin perlu membuka carta mingguan dan bulanan terlebih dahulu, kemudian berpindah ke rangka masa harian (daily timeframe). Jika anda mencari peluang untuk urusniaga intrahari, mulakan dengan D1 dan kemudian pindah ke H4 dan H1. Scalpers akan perlukan set rangka masa yang bermula dari H1 atau H1 dan seterusnya mereka akan beranjak ke rangka masa yang lebih kecil. Anda boleh baca lebih lanjut tentang pemilihan rangka masa yang sesuai untuk berdagang di sini.
Bila mengimbas carta, perhatikan pada trend (jujukan harga-harga tinggi yang lebih tinggi dan harga-harga rendah yang lebih rendah) terlebih dahulu: arah gerakan harga secara umum adalah penting. Analisis secara visual sahaja pun boleh dianggap sudah efisien: lebih sering anda lakukannya, lebih mudah untuk anda perasan perkara-perkara yang penting. Anda juga boleh menggunakan beberapa indikator teknikal. Urusan anda jadi lebih mudah jika anda mempunyai templat (template) MetaTrader yang menggunakan satu atau dua indikator yang ringkas. Selepas anda sudah terapkan templat ini di satu carta, anda boleh simpan (save) tetapannya dan pasang ia di carta-carta lain dengan mudah dan pantas. Idea lain yang juga bagus adalah menggunakan indikator trend bersama dengan osilator, contohnya, Purata Bergerak (Moving Average) dan MACD. Indikator-indikator ini akan membantu anda membuat penilaian pantas tentang fasa dan keadaan di pasaran (sama ada pergerakan selari dengan trend, harga sedang mengukuh, harga membuat pembetulan, mengesan kebarangkalian trend akan menyongsang).
Kemudian cuba kesan aras-aras penting sokongan dan rintangan serta pola candlestick dan pola carta. Tandakan aras-aras harga yang anda telah dapati sebagai signifikan menggunakan garisan horizontal. Fokus pada aras yang paling ketara kerana aras-aras itulah yang benar-benar penting. Perkara yang sama juga boleh dikatakan untuk pola: pola penyongsangan biasanya yang paling mudah dikesan, sebagai contoh, "pin bars" (candlestick yang tubuhnya kontot tetapi bayang/ekor/jambulnya panjang di sebelah atas/bawah) atau "double tops"/"double bottoms". Secara keseluruhannya, untuk menentukan titik kemasukan yang hebat anda perlukan kombinasi aras-aras horizontal dan petunjuk dari aksi-aksi harga. Trend dan pola akan membantu anda menentukan dengan kebarangkalian yang tinggi ke mana harga akan pergi, sementara aras-aras horizontal yang telah anda tandakan akan membantu anda pinpoint titik kemasukan di mana anda akan membuka dagangan anda.
Di dalam gambar di atas, harga membentuk sebatang candlestick yang mempunyai sumbu atas atau jambul yang panjang berdekatan dengan aras rintangan. Ini setup yang baik untuk berurusniaga. Kemasukan boleh dilakukan di sekitar bahagian bawah candlestick yang ditandakan.
Adalah penting untuk mencari keseimbangan. Bayangkan anda sudah menentukan aras sokongan, di mana kejatuhan harga dari atas ke bawah aras tersebut menandakan signal jual (sell signal). Dalam banyak kes, harga membuat penembusan aras sokongan yang palsu di mana ia seterusnya berpatah balik ke atas. Justeru itu, adalah lebih baik untuk meletakkan pesanan masuk (dalam kes ini, ia adalah sell stop) beberapa pip di bawah sokongan, tetapi tidak terlalu jauh di bawah supaya anda boleh dapat bilangan pip yang cukup untuk berakhir dengan keuntungan. Gunakan pesanan tertangguh (pending order) untuk membuka dagangan anda dengan tepat di titik yang anda mahukan.
Ingat bahawa perdagangan searah dengan trend biasanya lebih baik, tetapi ada kalanya pasaran tidak berada dalam trend. Ada beberapa pola candlestick yang akan memberikan anda kefahaman tentang pergerakan harga yang seterusnya.
Akhir sekali, jangan lupa untuk semak kalendar ekonomi: matawang yang anda telah pilih untuk didagangkan mungkin akan terkesan dengan pengumuman berita ekonomi. Jika itu benar, anda perlu melaraskan rancangan anda dengan mengambil kira kebarangkalian peningkatan kemeruwapan yang mendadak. Sesetengah pedagang yang memang secara khusus berdagang sempena berita akan menyemak kalendar ekonomi terlebih dahulu untuk mengkaji tentang matawang yang mempunyai potensi terbesar untuk bergerak dan hanya akan membuka carta matawang-matawang ini.
Bila anda letakkan pesanan di MetaTrader, semak dengan teliti dan berhati-hati semua parameter urusniaga dagangan anda: anda tidak mahu semua perancangan dan analisis anda dirosakkan oleh kecuaian yang akhirnya membuahkan "kesilapan bodoh" yang mahal.
Lain-lain perkara penting
Kemasukan yang bagus adalah penting untuk perdagangan yang membawa keuntungan, tetapi ia bukan satu-satunya perkara yang perlu diberi penekanan. Dua lagi elemen lain yang sama pentingnya adalah pengurusan risiko yang baik dan penentuan titik keluar yang baik. Pengurusan risiko yang baik bermaksud anda perlu mensasarkan
Kesimpulan
Pasaran sentiasa menawarkan para pedagang banyak peluang kemasukan. Jangan takut terlepas peluang untuk berdagang, akan sentiasa ada peluang lain. Banyakkan bersabar: jika anda lihat setup kemasukan yang baik sekarang, ambil nafas yang panjang, rehat sebentar dan imbas semula carta. Untuk kemasukan anda boleh gunakan pendekatan aksi harga yang dijelaskan di dalam artikel ini atau sistem perdagangan yang berasaskan keapda indikator, tapi pastikan anda masuk pasaran hanya setelah semua syarat yang ditetapkan untuk berdagang sudah dipuaskan. Selamat berjaya dengan urusniaga anda!
Baca lebih lanjut
- Indeks Ketakutan & Ketamakan atau Cara Mengalahkan Orang Ramai
- Cara Mengelak Inflasi: 7 Tips Lindung Nilai Melawan Inflasi
- Cara-cara untuk berjaya di pasaran minyak
- Cara-cara untuk menjadi seorang pedagang
- Cara memilih rangka masa untuk berdagang
- Bagaimana Cara Memilih Saiz Lot Dalam Forex?
- Apa yang mahu dipilih: perdagangan sepenuh masa atau sambilan pada 2023?
- Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze
- Bagaimana cara mencari dan memperdagangkan saham pertumbuhan