Bagaimanakah Cara Berdagang Pola Carta Diamond

Baca artikel ini di laman web FBS

Apakah itu pola carta berlian?

Pola carta berlian (diamond chart pattern) adalah pola analisis teknikal yang biasa digunakan untuk mengesan penyongsangan trend. Ia pola yang agak jarang muncul. Ia berlaku apabila harga mula merata selepas suatu uptrend atau downtrend yang stabil, yang meninggalkan formasi berbentuk berlian pada carta.

Di dalam artikel ini, anda akan menemui jawapan kepada soalan-soalan berikut:

  • Apakah itu pola carta berlian?
  • Bilakah ia terbentuk?
  • Apakah perbezaan antara pola carta berlian yang bullish dan yang bearish?
  • Bagaimana anda boleh menerapkan carta berlian ke dalam strategi perdagangan anda?

Pola carta berlian dalam perdagangan

Formasi berlian adalah pola carta yang klasik. Walau bagaimanapun, ia tidak muncul sekerap bendera (flags), head and shoulder, atau pola segi empat tepat (rectangle). Pedagang jarang mendapat peluang untuk berdagang dengan pola carta berlian atau diamond ini. Walau bagaimanapun, pedagang teknikal tetap harus membiasakan diri dengan pola ini kerana ia memberikan peluang perdagangan yang baik jika ia dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

Pola berlian paling kerap terbentuk setelah trend berada di fasa lanjutan (extended trend phase). Sewaktu pasaran sedang bullish, pola ini dirujuk sebagai "diamond top" atau "pola berlian bearish" apabila harga berpatah balik dan memulakan pergerakan ke bawah selepas pola ini. Begitu juga sebaliknya, pola ini dirujuk sebagai "diamond bottom" atau "pola berlian bullish" disebabkan oleh signal bullish yang diberi apabila pola berlian terbentuk di pasaran yang bearish.

Pola carta berlian begitu jarang berlaku kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk terbentuk. Pertama, ia harus membentuk garisan sokongan dan rintangan, mencapah (diverging) dengan sudut yang agak kuat berbanding garisan mendatar, kemudian menumpu (converging) semula dalam satu struktur. Hasilnya ialah bentuk berlian. Begitulah bagaimana ia mendapat namanya.

Carta di bawah menunjukkan pola carta berlian GBPUSD dari 7 Jun 2019.

gbpusd june 2019.png

Realitinya, pola ini tidaklah sekemas dan sekreatif seperti yang terlihat di dalam rajah. Tetapi jika pola ini mematuhi logik kedua-dua harga tinggi dan rendah dan mempunyai bentuk seakan-akan rombus, ia pola berlian.

Pola berlian bearish

Variasi bearish pola berlian, juga dikenali sebagai "diamond top", telah disebutkan di dalam bahagian sebelum ini. Pedagang boleh melihat pola ini sebagai satu siri swing harga "naik dan turun" yang menyerupai struktur pola head and shoulders.

Secara khusus, bahu kiri dan kepala akan bergabung untuk membentuk garisan trend, manakala kepala dan bahu kanan akan membentuk garisan trend kedua. Ia melengkapkan garisan trend untuk bahagian atas formasi berlian bearish. Kemudian, untuk bahagian bawah, kita akan menyambung swing rendah di dalam palung, menjadi bentuk V.

2.png

Ilustrasi di atas menunjukkan kepada kita pola berlian bearish sekali lagi. Carta ini menunjukkan signal kemasukan penembusan (breakout entry) untuk berdagang dengan struktur berlian dan aras sasaran untuk pola ini. Signal untuk masuk posisi short akan dicetuskan oleh penembusan dan ditutup di bawah garisan kanan-bawah yang condong ke atas.

Sesetengah pedagang lebih gemar menantikan hanya penembusan turun melepasi garisan ini tanpa mempedulikan jika candlestick tutup di bawahnya atau tidak.. Ini juga satu calon untuk titik masuk; walau bagaimanapun, sila maklum bahawa ia akan menghasilkan lebih banyak signal palsu berbanding menunggu penembusan dan memastikan candlestick ditutup.

Harga sasaran untuk struktur ini dikira menggunakan kaedah pergerakan yang diukur (measured movement). Secara khusus, kita ingin mengukur jarak dari puncak ke palung dalam struktur dan kemudian mengunjurkan jarak itu dari titik penembusan (breakout point). Ia akan memberikan aras di mana kita boleh menjangkakan penembusan tadi akan mula merosot atau mungkin berpatah balik. Justeru, ia calon aras Ambilan Untung dan titik keluar yang sangat baik.

Pola berlian bullish

Sekarang mari kita lihat lawan bagi berlian bearish, iaitu berlian bullish. Pola berlian bullish, yang juga dipanggil sebagai diamond bottom, berlaku selepas trend menurun. Kita biasanya melihat harga yang besar bergerak ke bawah dan kemudian fasa pengukuhan yang melakar ayunan-ayunan ke atas dan ke bawah pada bahagian bawah berlian.

Dalam kes ini, ia menyerupai pola head and shoulders terbalik. Kita akan menyambungkan puncak dan palung di dalam struktur dengan cara yang sama seperti yang diterangkan sebelum ini. Setelah kita melukiskan empat garisan trend di sekeliling struktur dan mengesahkan bahawa keempat-empat garisan secara kasarnya mempunyai saiz yang sama, kita boleh mengesahkan struktur itu sebagai pola berlian menaik.

Group 2.png

Melihat kepada ilustrasi diamond bottom di atas, kita boleh melihat bahawa pergerakan harga ke bawah mendahului pembentukan formasi. Jujukan menaik dalam struktur berlian digariskan oleh dua garisan trend atas yang condong ke bawah dan dua garisan trend bawah yang condong ke atas.

Peneumbusan dan seterusnya penutupan di atas garisan kanan-atas dengan kecerunan ke bawah mencetuskan signal untuk membuka posisi long. Sekali lagi, kaedah yang lebih afdal adalah untuk menunggu penembusan dan penutupan sebenar berbanding sekadar penembusan di atas garisan trend ini untuk mengelakkan signal palsu dan kemungkinan pelegaran harga di sekitar kawasan ini.

Mengira sasaran harga di sebelah atas boleh dilakukan dengan mengukur titik inggi dan rendah di dalam struktur tertutup. Sebaik selepas kita mengira jarak ini dan memplotkannya pada carta, kita akan menambahkan jarak yang sama dari titik penembusan ke atas yang diunjurkan sebelum ini untuk mendapatkan aras sasaran pilihan kita. Setelah harga mencapai aras ini, kita harus mempertimbangkan untuk menutup keseluruhan posisi, atau sekurang-kurangnya sebahagian besar darinya, dan mungkin membiarkan sebahagian yang lebih kecil terus aktif jika perlu.

Apakah itu pola penerusan berlian?

Sungguhpun pola carta berlian dianggap secara meluas sebagai satu pola penyongsangan, ia boleh mengejutkan pedagang. Tidak semua pola berlian mengubah arah trend, jadi adalah penting untuk beringat bahawa pola penerusan berlian juga wujud.

Pola penerusan berlian berlaku apabila harga menembus keluar daripada tempoh pengukuhan dalam arah yang sama dengan trend utama. Seperti dalam pola berlian penyongsangan, harga mewujudkan puncak tinggi dan rendah tetapi kemudian mengecilkan julatnya dan, selepas beberapa ketika, kembali memasuki landasan dalam arah yang sama dengan trend utama.

Diamond continuation pattern.png

Pola penerusan berlian juga mengambil banyak masa untuk berkembang dan membentuk, jadi anda mempunyai masa yang cukup untuk menggunakan kaedah dan alat lain untuk melihat sama ada wujud kebarangkalian untuk penyongsangan trend atau jika harga akan meneruskan pergerakan ke arah yang sama.

Kelemahan pola berlian

Malangnya, tiada pola yang boleh meramalkan pergerakan harga pasaran dengan ketepatan 100%. Pola carta berlian tidak semestinya meramalkan penyongsangan trend. Kadang-kadang, harga boleh menembusi rintangan dan sokongan tetapi terus bergerak dalam arah yang sama seperti sebelum ini. Oleh itu, adalah penting untuk menunggu pengesahan penyongsangan atau menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai momentum.

Sebagai contoh, salah satu alat yang sering digunakan dalam kes sedemikian ialah osilator harga. Ia boleh menunjukkan sama ada aset telah terlebih jual atau terlebih beli. Cara lain adalah dengan menggunakan indikator purata bergerak dan Relative Strength Index. Menggunakan alat-alat ini pada carta dengan pola carta berlian boleh membantu anda memahami arah pergerakan harga dengan lebih jelas dan melihat potensi penembusan aras sokongan atau rintangan.

Bagaimana cara untuk mengaut keuntungan daripada pola berlian

Apabila anda sudah bersedia untuk menggunakan pola berlian untuk manfaat anda, anda mungkin akan mula tertanya-tanya bagaimana anda boleh menggunakannya. Perkara pertama yang anda perlu ingat ialah pergerakan minimum harga yang anda boleh jangkakan daripada pola ini adalah sama dengan saiz formasi. Jadi untuk mengetahui bila anda boleh menutup posisi anda dan Ambilan Untung, anda perlu:

  1. mengukur jarak antara tinggi mutlak dan rendah mutlak pola;
  2. plotkan garisan dengan panjang yang sama di tepi pola yang mengunjur ke bawah (selepas diamond top) atau ke atas (selepas diamond bottom);
  3. tandakan penghujung garisan; ini adalah titik di mana sasaran minimum akan berada.

Sebaik sahaja harga melepasi paras ini, anda boleh tutup urusniaga anda. Anda juga boleh menunggu sedikit kerana garisan ini mungkin bukan penghujung pergerakan harga, dan gunakan kaedah lain (seperti purata bergerak berwajaran volum, Inggeris: volume-weighted moving average) untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang titik keluar.

gbpusd minimum target.png

Strategi perdagangan pola berlian

Mari kita fokus kepada merangka strategi perdagangan dengan pola berlian. Kita telah melihat bahawa pembentukan teknikal berlian berlaku dalam konteks trend menaik dan trend menurun. Apabila aksi harga yang bullish mendahului pola berlian, ia dipanggil diamond top dengan prospek yang bearish. Apabila pola berlian mendahului pergerakan harga yang bearish, ia dipanggil diamond bottom, yang mempunyai konotasi bullish.

Kami sedar bahawa pola berlian tidak berleluasa di pasaran. Oleh itu, kami tidak mahu menambah terlalu banyak pembolehubah kepada strategi ini. Kami akan cuba memastikan ia semudah yang mungkin menggunakan pendekatan aksi harga tulen dalam strategi perdagangan berlian ini.

Berikut ialah peraturan untuk berdagang dengan pola carta diamond top:

  • Uptrend yang jelas mesti berada di tempat sebelum pembentukan diamond top.
  • Pembentukan diamond top harus ditakrifkan dengan jelas dengan empat garisan trend yang bersambung dan panjangnya lebih kurang sama antara satu sama lain.
  • Masukkan pesanan jual di pasaran setelah berlaku penembusan dan tutup di bawah garisan trend yang condong ke atas berhampiran zon di mana pola lengkap terbentuk.
  • Adalah lebih baik untuk meletakkan Renti Rugi pada swing tinggi terkini sebelum titik breakout.
  • Aras sasaran akan dikira berdasarkan pengiraan pergerakan yang diukur (measured movement). Kita akan mengukur jarak antara tinggi tertinggi (highest high) dan rendah terendah (lowest low) dalam struktur ini dan mengunjurkannya ke bawah dari titik penembusan. Aras unjuran ini akan bertindak sebagai titik keluar yang untung.
  • Urusniaga ini akan mempunyai komponen time-stop tambahan. Secara spesifiknya, jika selepas melepasi 50 lilin, harga masih belum mencetuskan sama ada Renti Rugi atau tiba di aras sasaran, kita segera keluar daripada urusniaga ini.

usdcad top diamond.png

Peraturan perdagangan untuk pola diamond bottom adalah sama namun terbalik:

  • Mesti ada trend menurun yang jelas sebelum bahagian bawah berlian terbentuk.
  • Pembentukan bahagian bawah berlian harus ditakrifkan dengan jelas oleh empat garisan trend yang bersambung dan agak rapat antara satu sama lain.
  • Masukkan pesanan beli di pasaran selepas penembusan dan tutup di atas garisan trend menurun berhampiran kawasan di mana formasi pola lengkap terbentuk.
  • Adalah lebih afdal untuk meletakkan Renti Rugi pada swing rendah terkini sebelum titik penembusan.
  • Aras sasaran akan dikira berdasarkan pengiraan pergerakan yang diukur (measured movement). Kita akan mengukur jarak antara tinggi tertinggi (highest high) dan rendah terendah (lowest low) dalam struktur ini dan mengunjurkannya ke atas dari titik penembusan. Aras unjuran ini akan bertindak sebagai titik keluar yang untung.
  • Perdagangan akan mempunyai komponen time-stop tambahan. Secara spesifiknya, jika selepas melepasi 50 lilin, harga masih belum mencetuskan sama ada Renti Rugi atau tiba di aras sasaran, kita segera keluar daripada urusniaga ini.

usdcad bottom diamond.png

Bagaimana cara untuk menggunakan pola carta berlian dalam perdagangan Forex

Pola carta berlian adalah alat yang sangat baik untuk perdagangan Forex. Selain itu, ia juga mudah untuk digunakan dalam strategi perdagangan Forex anda. Apabila anda melihat pola berlian pada carta anda, ini yang anda perlu lakukan.

  1. Cari titik masuk ke pasaran. Pola berlian boleh meramalkan penyongsangan bullish dan bearish. Jika anda melihat berlian bearish, jual pada aras di bawah pola. Dan jika anda melihat berlian bullish, beli apabila harga berada di atasnya.
  2. Letakkan Renti Rugi anda. Pesanan henti rugi membantu anda menguruskan risiko dan keluar daripada urusniaga anda secara automatik apabila harga bergerak ke tempat yang anda tidak mahu ia pergi. Ini berguna untuk pola carta berlian kerana ia adakalanya memberikan signal palsu. Jadi untuk berlian bearish, letakkan Renti Rugi di atas pola. Bagi berlian bullish, Renti Rugi hendaklah diletakkan di bawah pola.
  3. Tetapkan sasaran keuntungan. Seperti yang telah kami sebutkan, menetapkan sasaran keuntungan adalah agak mudah. Anda perlu memplotkan garisan yang sama dengan ketinggian berlian di pinggir pola. Ini akan menjadi sasaran harga minimum di mana anda boleh keluar daripada posisi. 

Berlian vs pola head and shoulders

Pedagang sering terkeliru antara pola berlian dengan pola head and shoulders kerana bentuknya yang seakan-akan serupa. Tetapi terdapat perbezaan khusus yang boleh memberitahu anda pola mana yang sedang anda hadapi.

  • Pola head and shoulders mempunyai struktur yang tepat dan terdiri daripada satu garisan dasar dengan tiga puncak. Puncak tengah adalah puncak yang tertinggi, manakala dua puncak di luar hampir sama ketinggiannya. Sebaliknya, pola berlian boleh mempunyai beberapa puncak dan palung dan mempunyai struktur yang kurang tertaktif berbanding pola head and shoulders.
  • Bahagian bawah pola head and shoulders menyentuh garisan yang sama yang dipanggil garisan leher. Jika harga memecahkan garis leher, ini menunjukkan penyongsangan trend, dan ia masa yang sesuai untuk pedagang memasuki posisi. Bagi pola carta berlian, rendah atau tinggi pola tidak berada dalam satu garisan yang sama, jadi melukis garis leher melintasi semua titik ini adalah mustahil.

Pola berlian: pro dan kontra

Seperti semua pola lain, pola carta berlian mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kelebihannya termasuklah seperti yang berikut:

  • berpotensi untuk terbentuk pada sebarang rangka masa;
  • keupayaan untuk digunakan dalam kedua-dua strategi bullish dan bearish;
  • keserasian dengan strategi perdagangan penyongsangan.

Kelemahan pola carta berlian ialah:

  • kesukaran untuk dikenal pasti dan ditafsir;
  • jarang berlaku;
  • tidak efisien di rangka masa yang lebih pendek;
  • berpotensi menghasilkan signal palsu.

Jadi walaupun anda fikir anda telah menemui berlian dalam carta anda, jangan tergesa-gesa untuk membuat keputusan. Cuba alat analisis teknikal lain untuk memastikan bahawa penyongsangan akan berlaku, dan hanya selepas itu baharulah putuskan sama ada anda mahu bertindak atau tidak.

Adakah pola berlian berkesan dalam kripto?

Pola carta berlian adalah yang paling biasa dalam pasaran Forex tetapi juga boleh terpakai kepada aset-aset dari kelas lain. Ini termasuklah carta kripto. Walau bagaimanapun, kripto berbeza daripada aset-aset yang lain. Jadi sebelum menggunakan pola berlian di carta kripto, pastikan anda memahami bagaimana perdagangan kripto berfungsi – mengetahui apa yang betul di pasaran kripto boleh menguntungkan atau meranapkan perdagangan anda.

Kesimpulan

Pola penyongsangan berlian dilihat di semua pasaran kewangan, termasuk pasaran saham, pasaran Forex, pasaran matawang kripto, dan pasaran hadapan. Pola berlian tidak selazim seperti pola carta klasik yang lain. Walau bagaimanapun, penting untuk anda fajami pola ini dan mengenalinya kerana ia boleh memberikan peluang perdagangan yang sangat baik apabila ia muncul.

Diamond top yang muncul selepas kenaikan harga di pasaran secara amnya memberikan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk berurusniaga berbanding pola diamond bottom selepas penurunan harga di pasaran. Anda perlu melakukan ujian anda untuk melihat sama ada trend ini sepadan dengan pasaran yang sedang anda dagangkan.

SOALAN LAZIM

Bolehkah saya berdagang dengan pola berlian di mana-mana rangka masa?

Pola carta berlian boleh muncul di mana-mana jangka masa, jadi secara teknikalnya anda boleh berdagang dalam mana-mana rangka masa yang anda mahu. Tetapi ia paling tepat dan andal apabila ia muncul di rangka masa yang lebih panjang kerana berlian di rangka masa yang lebih pendek lebih cenderung untuk memberikan signal palsu dalam rangka masa yang lebih pendek.

Mana satu yang lebih tepat: diamond top atau diamond bottom?

Walaupun diamond top muncul lebih kerap berbanding diamond bottom, kedua-duanya tidaklah lebih tepat berbanding yang satu lagi. Kedua-dua pola digunakan untuk melihat potensi penyongsangan trend.

Adakah formasi berlian boleh diandalkan sebagai indikator penyongsangan?

Ya, pola carta berlian dianggap sebagai indikator penyongsangan yang boleh diandalkan. Walau bagaimanapun, tiada indikator atau alat yang 100% tepat, jadi menggunakan indikator dan kaedah lain adalah penting untuk memastikan pergerakan harga akan berpatah balik.

Berapa kerap pola berlian berfungsi dengan betul?

Pola carta berlian adalah antara indikator penyongsangan yang paling andal. Walau bagaimanapun, ia tidak mudah dikesan, jadi pedagang jarang mendapat peluang untuk menggunakannya.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.