Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
Kandil doji adalah jarang dilihat, tetapi jika anda berjaya memanfaatkannya, ia boleh menjadi waktu terbaik untuk melakukan urusniaga. Artikel ini akan membincangkan apakah itu kandil Doji. Anda juga akan mempelajari strategi Doji yang boleh memberikan keuntungan.
Apakah itu candlestick Doji?
Candlestick Doji, atau Doji star, adalah dikategorikan oleh disebabkan bentuk "silang" nya. Ia berlaku apabila satu pasangan Forex atau apa jua instrumen perdagangan itu dibuka dan ditutup pada paras yang sama, menjadikan satu badan kandil yang kecil atau hampir tidak kelihatan dan juga ia mempunyai panjang sumbu atas dan bawah yang sama.
Pola candlestick Doji dapat dilihat apabila harga buka dan tutup pasaran adalah hampir sama. Ini berlaku kerana apabila pasaran dibuka dan pedagang bull menolak harga ke atas, manakala pedagang bear menolak harga yang lebih tinggi dan harga kemudian menurun. Ia juga boleh berlaku apabila pedagang bearish cuba untuk mendapatkan harga yang paling rendah, manakala pedagang bull menahannya dan menolak harga ke naik ke atas. Pergerakan naik dan turun ini, yang berlaku di antara harga buka dan tutup, membentuk sumbu. Hasilnya, badan kandil akan mendatar, atau lebih mudah disebut, candlestick tersebut tidak mempunyai badan.
Kebiasaanya, Doji menunjukkan pasaran yang tiada keputusan, tetapi ia juga boleh menjadi petunjuk bahawa momentum trend terkini semakin perlahan.
Jenis-jenis pola Candlestick Doji
Common Doji, atau Doji star
Ini adalah jenis pola candlestick Doji yang paling banyak dijumpai. Apabila pembelian dan penjualan adalah hampir sama, pola ini terbentuk. Arah trend seterusnya adalah tidak jelas sepertimana yang ditunjukkan oleh pola Doji ini. Doji yang paling mudah dijumpai adalah satu candlestick tinggal yang tidak memberikan banyak petunjuk sekiranya ia bersendirian. Bagi memahami apakah maksud candlestick ini, para pedagang akan melihat kepada aksi harga sebelumnya.
Long-legged Doji
Long-legged Doji mempunyai garisan vertikal atas dan bawah yang lebih panjang. Ini menunjukkan bahawa pada tempoh kandil tersebut, harga bergerak ke atas dan bawah dengan mendadak, tetapi ditutup pada paras yang hampir sama dengan harga ia dibuka. Ia menunjukkan ketidakpastian antara pembeli dan penjual dan ia lebih dramatik daripada doji biasa.
Gravestone Doji
Gravestone Doji adalah bertentangan dengan Dragonfly Doji. Ia muncul apabila aksi harga dibuka dan ditutup di bahagian bawah julat perdagangan. Selepas pembukaan kandil, pembeli berjaya menolak harga lebih tinggi, tetapi menghampiri penutupan kandil, mereka tidak dapat mengekalkan monentum bullish tersebut. Pada bahagian atas pergerakan menaik, ia merupakan petunjuk bearish.
Dragonfly Doji
Dragonfly doji boleh muncul samada di bahagian atas trend menaik atau bahagian bawah trend menurun dan ia menandakan kemungkinan perubahan arah. Tiada garisan di atas bar horizontal, yang mana ia membentuk "T" dan ia menunjukkan harga belum menaik melebihi harga pembukaan. Sumbu bawah yang sangat panjang untuk Doji ini yang berada pada bahagian bawah satu pergerakan bearish merupakan satu petunjuk yang sangat bullish.
Kelebihan menggunakan candlestick Doji dalam analisis teknikal.
Doji star membuktikan ia tidak ternilai kerana ia memberi pedagang Forex detik "jeda dan refleksi”. Sekiranya pasaran bergerak lebih tinggi apabila pola Doji terbentuk, ia merupakan petunjuk bahawa momentum pembelian telah perlahan atau momentum penjualan sedang bermula. Para pedagang akan melihat ia sebagai petunjuk untuk keluar daripada dagangan long yang terkini.
Namun, formasi kandil ini perlu diberi perhatian bersama-sama indikator teknikal atau strategi keluar spesifik anda. Pedagang perlu keluar daripada dagangan sekiranya mereka yakin bahawa indikator ataupun strategi keluar mereka telah mengesahkan apa yang ditunjukkan oleh Doji tersebut.
Harus diingat, pasaran boleh teragak-agak untuk satu jangka masa yang pendek dan kemudian akan meneruskan pergerakan mengikut arah trend. Justeru, anda perlu melakukan analisis yang terperinci sebelum menutup posisi anda.
Bagaimana untuk berdagang dengan candlestick Doji
Satu Doji kebiasaanya menunjukkan petunjuk yang baik untuk ketidatentuan, namun, dua Doji yang berturut-turut akan menunjukkan petunjuk yang lebih jelas dan sering menghasilkan breakout yang kuat. Strategi Double Doji akan menggunakan arah pergerakan yang kuat yang akan menyongsang selepas tempoh ketidaktentuan. Para pedagang boleh menunggu sehingga pasaran menuju ke atas atau bawah sejurus selepas Double Doji.
Pada carta BTCUSD di bawah, titik masuk adalah di bawah low Double Doji dan Renti Rugi adalah di atas high dua Doji tersebut. Sasaran adalah di paras sokongan terdekat.
Kesimpulan
Pola candlestick seperti Doji ini boleh memberikan banyak maklumat sekiranya para pedagang ingin lebih memahami pasaran. Namun, kandil Doji berfungsi paling baik apabila digunakan bersama-sama perkakas teknikal lain dan juga trend.
Secara umumnya, lebih kompleks dan canggih strategi perdagangan Doji anda, lebih besar kemungkinan anda membuat keputusan perdagangan yang tepat. Cuma pastikan anda menguji perkara yang anda lakukan jika anda tidak mahu berada dalam situasi di mana kerugian berlaku pada baki akaun anda.
Baca lebih lanjut
- Cara-cara berdagang sebelum berita
- Bagaimana cara berdagang dengan harga di paras tertinggi dan terendah sepanjang zaman?
- Bagaimanakah Cara Berdagang Pola Carta Diamond
- Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?
- Bagaimana cara berdagang saham di FBS?
- Bagaimana Cara Berdagang Dengan Pullback Pada Trend?
- Bagaimana cara berdagang dengan indikator Rate of Change?
- Belajar cara-cara berdagang: garis panduan untuk newbies