STRATEGI MOMENTUM FOREX

Baca artikel ini di laman web FBS
Indikator momentum diklasifikasikan sebagai sebuah osilator. Ia direka untuk mengenal pasti kekuatan pergerakan harga; ia membantu para pedagang untuk menilai setakat mana harga akan naik dan turun bagi suatu tempoh, serta dijadikan syarat penentu sama ada posisi akan dibuka. Indikator momentum menampilkan satu lingkungan tunggal yang berayun di antara sempadan atas dan bawah tetingkap tambahan.
Sebarang lencongan ekstrim yang diserlahkan oleh perkakas teknikal ini boleh digunakan untuk pembukaan posisi yang berjaya. Inilah asas bagi strategi momentum kita.

,tp.png

Matematik di sebalik indikator ini

Momentum boleh diterjemah secara langsung sebagai saiz pergerakan. Ia dikira sebagai nisbah harga semasa pasaran berbanding harga bagi beberapa tempoh lalu. Kaedah pengiraan berikut menganggap garis tengah osilator terletak pada aras 100. Lebih besar parameter (tempoh) indikator, lebih perlahan turun naik garisan, semakin kurang ia bertindak balas kepada pelbagai perubahan harga.

Indikator momentum: teknik kunci perdagangan

Kemunculan nilai-nilai extrim di carta yang terdiri dari 100 atau lebih kandil adalah satu signal bahawa kecenderungan semasa akan berlanjutan. Walau begitu, sebelum membuka sebarang posisi, anda perlu mencari pengesahan dari indikator-indikator lain.
Taktik-taktik berdagang dengan indikator Momentum berikut adalah berdasarkan kepada signal yang diterima oleh pedagang bila garisan menyilang aras 100.
Untuk menentukan waktu perubahan yang paling relevan, adalah disyorkan untuk melakarkan purata bergerak yang pantas (fast moving average) dengan tempoh 5-10 kandil. Signal untuk membeli terbentuk bila purata bergerak menyilang aras 100 dari bawah ke atas. Signal untuk menjual terbentuk bila purata bergerak menyilang aras 100 dari atas ke bawah.
Indikator momentum biasanya digunakan untuk mengesan breakout pada terusan perdagangan (trading channels). Jika ada momentum tinggi (positif) dan harga semasa lebih tinggi dari yang sebelumnya dan trend yang menaik mula kelihatan, maka ia adalah masa yang betul untuk membeli. Keadaan untuk membeli adalah seperti yang berikut: harus ada momentum yang rendah (negatif) dan harga semasa haruslah sedang menurun (harus ada trend bearish).
Kelemahan utama indikator momentum – reaksi serta merta indikator sewaktu breakout palsu – lantunan harga berlaku sebagai kesan dari dagangan spekulatif.
Untuk mengelakkan signal-signal palsu yang mungkin dihantar oleh indikator momentum, anda harus gunakan indikator lain untuk pengesahan.

Sistem perdagangan trend momentum forex + purata bergerak eksponensial

“Ramuan utama”:

2 purata pergerak — EMA 9 tempoh (garisan merah), EMA 30 tempoh (garisan biru).
Indikator momentum (14) dengan aras 100
Rangka masa: H1 – untuk menentukan titik kemasukan dan memegang posisi
Garisan DeMark yang menyambungkan swing-swing tinggi dan swing-swing rendah alunan turun naik harga
Pasangan matawang: sebarang pasangan yang sedang di dalam tempoh kemeruwapan yang stabil (yang paling efektif - GBP/USD, EUR/USD, AUD/USD)

Signal BELI

Harga harus menembus garisan DeMark ke atas;

Garisan momentum harus bergerak di atas garisan 100;

EMA (9) harus menyilang EMA (30) dari bawah ke atas.

GBPUSDH.png

Signal JUAL:

Breakout ke bawah garisan DeMark;

Garisan momentum harus bergerak di bawah garisan 100;

EMA (9) harus menyilang EMA (30) dari atas ke bawah.  

GBPUSDH1.png

Anda harus tekan butang "Open Order" di pembukaan kandil baru. Letakkan renti rugi berdekatan titik tingi/rendah tempatan: signal jual - lebih tinggi dari harga tertinggi yang anda telah kenal pasti; signal beli - lebih rendah dari titik terendah. Tutup transaksi selepas garisan momentum menyilang garisan 100 di arah berlawanan.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.