Strategi Perdagangan Momentum

Baca artikel ini di laman web FBS

Dalam dunia perdagangan forex di mana matlamat utamanya adalah untuk meraih keuntungan, pedagang sentiasa mencari strategi yang dapat memberikan mereka kelebihan. Kombinasi indikator Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI) telah menjadi pilihan yang semakin popular antara semua jenis teknik yang ada. Artikel ini akan membentangkan strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang berurusniaga dalam pasaran Forex.

Setup strategi

Instrumen: apa sahaja

Indikator: Relative Strength Index (RSI), Moving Average Convergence Divergence (MACD) dengan tetapan lalai.

MACD ialah osilator momentum yang terdiri daripada garisan signal dan histogram. Histogram menunjukkan perbezaan antara EMA laju dan perlahan, manakala garisan signal pula adalah garisan histogram versi terlicin. Apabila garis signal lebih rendah daripada garis histogram, trend tersebut bullish; jika tidak – ia adalah bearish. Persilangan garis memberikan signal untuk beli atau jual.

Indeks Kekuatan relatif atau Relative Strength Index (RSI) ialah osilator momentum yang menilai kelajuan dan perubahan pergerakan harga. Pengiraan RSI melibatkan perbandingan magnitud keuntungan terbaru dengan kerugian terbaru dan ini memberikan kita suatu nilai di antara 0 dan 100. Aras RSI di atas 70 biasanya menunjukkan keadaan terlebih beli, yang memberi isyarat bahawa mungkin berlaku penyongsangan atau pembetulan harga. Sebaliknya, aras RSI di bawah 30 biasanya menunjukkan keadaan terlebih jual, yang memberi isyarat kemungkinan berlakunya pergerakan harga ke arah lebih tinggi.

Rangka masa: H1 - H4

Peraturan pengurusan risiko: 2-5% sebagai margin daripada baki keseluruhan

Peraturan untuk entri long

  1. Kenal pasti masa apabila RSI berada di bawah aras 30, dan garis signal MACD berada di atas garisan histogram.
  2. Tunggu sehingga aras RSI naik lebih tinggi daripada 30 dan garis signal MACD turun ke bawah melepasi garis histogram.
  3. Buka posisi beli.
  4. Tetapkan ambilan untung (TP) pada aras rintangan atau apabila “signal jual” berlaku.
  5. Tetapkan renti rugi mengikut nisbah risiko-ganjaran anda (nilai disyorkan 1:3 - 1:5) atau di bawah paras terendah terbaru.

long entry.png

Peraturan untuk entri short

  1. Kenal pasti masa apabila RSI berada di atas aras 70, dan garis signal MACD berada di bawah garisan histogram.
  2. Tunggu sehingga aras RSI turun lebih rendah daripada 70 dan garis signal MACD naik melepasi garis histogram.
  3. Buka posisi jual.
  4. Tetapkan ambilan untung pada aras sokongan atau apabila “signal beli” berlaku.
  5. Tetapkan renti rugi mengikut nisbah risiko-ganjaran anda (nilai disyorkan 1:3 - 1:5) atau di atas paras tertinggi terbaru.

Short entry.png

Penting

Seperti strategi lain, menggabungkan MACD dan RSI tidak memberi jaminan hasil 100%. Namun, sangat penting untuk pedagang mematuhi peraturan bagi menambah baik hasil mereka.

  1. Anda disyorkan untuk berurusniaga searah dengan trend. Untuk melakukan ini, anda mesti melanjutkan rangka masa yang lebih panjang dan menentukan arah umum trend.
  2. Anda disyorkan untuk menetapkan nisbah renti rugi dan ambilan untung yang lebih besar daripada 1:2. Nisbah di antara 1:3 dan 1:5 adalah yang paling sesuai.

Berdagang dengan FBS menggunakan MACD dan Osilator RSI dan jadilah seorang profesional sejati!

CUBA BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.