Strategi Perdagangan Money Flow Index

Baca artikel ini di laman web FBS

Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat. Ia dinamakan Money Flow Index (MFI) atau di dalam bahasa Melayunya Indeks Aliran Wang, dan anda perlu tahu mengenainya kerana indeks ini boleh membawa perdagangan anda ke tahap yang lebih tinggi dan menyediakan banyak titik masuk dan keluar yang berharga.

Apa Itu Money Flow Index?

Money Flow Index (MFI) adalah suatu indikator teknikal yang memberikan anda kadar keluar dan masuk wang dari satu-satu sekuriti. Perbezaan utamanya dengan RSI ia pada bagaimana MFI menggunakan volum sebagai sebahagian daripada pengiraan, suatu pendekatan yang sangat membantu kerana volum memberikan pandangan yang lebih baik tentang sentimen pasaran. Secara umumnya, MFI adalah instrumen jangka masa sederhana yang berfungsi paling baik pada H4 dan rangka masa yang lebih tinggi, tetapi pedagang yang mahir juga boleh menggunakannya untuk perdagangan jangka pendek.

Untuk perdagangan yang berjaya, adalah penting untuk diingat bahawa MetaTrader tidak memberikan anda volum pasaran yang tepat. Ia menggunakan “volum tick,” dan ini boleh berbeza dengan “volum sebenar”. Walaupun kami akan menggunakan MT5 untuk menunjukkan indikator ini kepada anda, beberapa tangkapan skrin dari TradingView (TV) juga akan dipaparkan di dalam artikel ini kerana TV menyediakan volum yang tepat dari bursa-bursa terbesar seperti NASDAQ, NYSE, CME, dll.

tesla tv.jpg

Sumber: tradingview.com

MetaTrader memberikan bacaan yang telah dilicinkan sedikit dan lebih dekat dengan garis 50 serta lebih tajam di puncak. Anda boleh menggunakan apa sahaja yang anda rasa lebih sesuai; kami hanya ingin memaklumkan anda tentang cara-cara lain yang ada untuk menggunakan osilator ini.

TESLADaily.png

Kembali ke Money Flow Index. Persamaannya dengan Relative Strength Index (RSI, Indeks Kekuatan Relatif) tidak berakhir setakat kaedah pengiraan sahaja. MFI juga indikator momentum yang membantu mengenal pasti pullback atau perubahan trend yang akan berlaku pada suatu aset. Seperti RSI, MFI mempunyai capahan (divergence) bullish dan bearish, zon terlebih beli dan terlebih jual, dan berayun di sekitar garis sifar. Anda boleh menggunakan Money Flow Index untuk mengenal pasti permulaan fasa pengumpulan (accumulation) atau pengagihan (distribution) jika anda tahu cara menggunakan konsep wang pintar.

Pengiraan & Tetapan Money Flow Index (MFI)

Pengiraan MFI mengikuti empat langkah seperti di bawah:

  1. Tentukan Harga Tipikal (TP, Typical Price) bagi tempoh yang berkaitan

TP = (HIGH + LOW + CLOSE)/3

  1. Tentukan Aliran Wang (MF, Money Flow)

MF = TP * VOLUM

Jika harga tipikal semasa lebih besar daripada harga tipikal sebelumnya, maka aliran wang adalah positif, dan begitu juga sebaliknya. Aliran wang positif menunjukkan bahawa pelabur membesarkan posisi pada aset pendasar, manakala aliran wang negatif menunjukkan bahawa pelabur keluar dari posisi di aset pendasar.

  1. Tentukan Nisbah Wang (MR, Money Ratio)

MR = Aliran Wang Positif (PMF, Positive Money Flow) / Aliran Wang Negatif (NMF, Negative Money Flow)

  1. Kira Indeks Aliran Wang (MFI, Money Flow Index)

MFI = 100 - (100 / (1 + MR))

Tempoh masa default MFI adalah 14, dengan nilai minimumnya adalah 0 dan maksimumnya 100. Ini bermakna nilai MFI akan berayun di antara 0 dan 100.

Untuk menjadikannya berfungsi sebagai osilator, anda mesti mengulangi pengiraan di atas untuk 14 tempoh terakhir. Jelas sekali tiada siapa yang akan mengira sendiri nilai indeks ini berulang-ulang kali. Walaupun pengiraannya tidak terlalu rumit, kami memaparkannya di sini hanya untuk memberikan pemahaman yang lebih baik. Sekarang, mari kita beralih kepada bahagian membaca indeks dan memahaminya.

Bagaimana Untuk Membaca Money Flow Index?

Money Flow Index menunjukkan peratusan aliran wang yang positif berbanding dengan jumlah aliran wang keseluruhan. Apabila harga tipikal semasa lebih tinggi daripada yang sebelumnya, ia dianggap sebagai aliran wang yang positif, dan begitulah sebaliknya.

MFI adalah sebuah osilator; kita harus membacanya seperti indikator lain yang seumpama dengannya. Bacaan di atas paras 80 mewakili zon terlebih beli dan memberikan signal tentang kemungkinan penyongsangan ke bawah. Begitu juga dengan aras 20 ke bawah. Ia zon terlebih jual dengan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk swing ke atas.

#BARCDaily.png

Pencipta MFI pada mulanya mengesyorkan aras 10 dan 90 sebagai indikator tahap terlebih jual dan terlebih beli. Walaupun harga jarang mencapai aras-aras ini, ia lebih boleh dipercayai kerana keadaan terlebih beli dan terlebih jual yang melampau (>90 dan <10) menunjukkan kebarangkalian penyongsangan arah yang lebih tinggi.

Di samping itu, anda boleh menandakan aras 50 pada MFI untuk mentakrifkan daya tekanan antara pembeli dan penjual. Bacaan di atas 50 menunjukkan tekanan membeli dan begitu juga sebaliknya.

Isyarat Perdagangan MFI

Oleh kerana Money Flow Index agak serupa dengan RSI, indikator ini boleh digunakan dengan cara yang sama. MFI boleh menawarkan beberapa signal kepada pedagang, termasuk terlebih beli, terlebih jual, dan capahan (divergences). Apabila MFI melebihi 80 (atau 90 dalam sesetengah strategi), anda boleh menganggap ini sebagai satu signal jual.

TESLADaily - Copy.png

Begitu juga halnya untuk arah yang bertentangan. Apabila MFI tergelincir melepasi 20 (10 dalam sesetengah strategi), kami menganggap ini sebagai kemasukan ke dalam zon terlebih jual. Oleh itu, anda mungkin boleh mula mencari peluang untuk perdagangan beli.

USDJPYDaily.png

Walau bagaimanapun, kadang-kadang, mencari zon terlebih beli dan terlebih jual tidak mencukupi untuk anda. Dalam kes ini, cuba terapkan strategi klasik capahan RSI pada MFI. Carilah harga tinggi baru yang lebih tinggi (higher highs) di carta dan harga tinggi yang lebih rendah di MFI untuk capahan bearish (bearish divergence). Kemudian, anda boleh menambah strategi perdagangan anda untuk mencari titik masuk.

NVIDIADaily.png

Begitulah juga dengan capahan bullish. Cari harga rendah yang lebih rendah pada carta dan harga rendah yang lebih tinggi pada MFI untuk mencari titik masuk bagi perdagangan beli. Sila maklum bahawa capahan bearish turun muncul pada akhir suatu uptrend, dan capahan bullish boleh ditemui di lekuk terendah (pengakhiran downtrend).

Strategi Perdagangan MFI

Kami fikir strategi perdagangan capahan adalah antara yang terbaik untuk Money Flow Index. Mari kita lihat carta untuk mencari titik masuk dan keluar. Sebaik sahaja kita melihat munculnya capahan (divergence), pertimbangkan untuk menjual aset (dalam kes kami, ia saham NVIDIA). Kita harus menjual instrumen berkenaan hanya selepas lilin ditutup. Kami bertuah, ia adalah bearish engulfing, dan sekarang kami lebih pasti kami berada di dalam senario bearish.

NVIDIADaily1.png

Sekarang kami sudah masuk posisi dan perlu menunggu signal untuk menutup posisi. Cara yang paling mudah adalah dengan menunggu MFI meleset lebih rendah dari 20 dan menunjukkan berakhirnya aktiviti penjualan. Saham itu kemudian turun lebih rendah, tetapi itu tidak penting kerana urusniaga kami masih lagi menguntungkan dan ia satu keputusan yang andal. Jika kita dapat memanfaatkan seluruh pergerakan itu lebih baik, tetapi kita harus bersyukur dengan apa yang kita dapat.

NVIDIADaily2.png

Jangan teragak-agak untuk menutup sebahagian daripada perdagangan anda separuh jalan menuju Ambilan Untung dan gerakkan Renti Rugi anda ke titik pulang modal. Dengan cara ini, anda menjadikan perdagangan anda bebas risiko dan mampu terus mengekalkan posisi lebih lama, berpotensi membuka laluan kepada pulangan yang lebih besar.

Kesimpulan

Money Flow Index adalah cara yang baik untuk meningkatkan kualiti perdagangan anda, terutamanya jika anda sudah biasa dengan strategi perdagangan RSI. MFI menjana lebih sedikit signal daripada RSI, tetapi strategi MFI yang diuji berfungsi dengan baik. Sebagai indikator yang melibatkan volum, kami sangat berharap untuk mengujinya pada sebanyak mungkin aset. Berikut beberapa tips untuk anda ingati:

  • Indeks di atas 80 atau di bawah 20 dianggap sebagai terlebih beli atau terlebih jual. Cari penyongsangan di kawasan-kawasan ini.
  • Capahan harus muncul pada akhir trend untuk ia dianggap andal.
  • Kadang-kala menggunakan TradingView adalah lebih baik jika mahu mendapatkan isyarat MFI yang lebih tepat.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.