Strategi penembusan julat pembukaan
Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan. Hari ini kami mahu mendedahkan kepada anda tentang salah satu pola penyongsangan dan penerusan yang paling penting untuk pasaran saham – penembusan julat pembukaan. Kami akan memberitahu anda sejarah strategi perdagangan berdasarkan pola ini, beberapa contoh dan beberapa petua yang berguna. Jom!
Apakah itu Penembusan Julat Pembukaan?
Julat pembukaan (opening range) ialah ruang di antara harga tinggi dan harga rendah untuk satu tempoh tertentu selepas pasaran dibuka. Biasanya, tempoh ini kurang daripada satu jam, dan strategi penembusan julat pembukaan (ORB, opening range breakout) menggunakan aras-aras ini sebagai titik masuk. Secara amnya, pedagang menggunakan rangka masa 5-, 15, dan 30 minit untuk berdagang berlandaskan ORB.
Contohnya, jika anda mentakrifkan tempoh julat pembukaan selama 15 minit dan berdagang saham Apple, maka anda menilai julat tinggi-rendah saham APPLE mulai dari saat loceng pembukaan dibunyikan hingga 15 minit selepas itu. Dalam julat pembukaan ini, dua aras paling penting yang akan anda pantau ialah harga tinggi dan rendah dalam tempoh 15 minit pertama. Lihat rajah untuk memahami idea ini dengan lebih jelas.
Di sini anda boleh melihat bahawa sesi perdagangan bermula dengan senggang (gap) pada harga. Kami menggunakan julat pembukaan 15 minit untuk saham SPCE, jadi kami perlu memantau carta M5. Selepas harga telah membentuk dan melewati julat pembukaan, kita boleh mencari kesempatan untuk membuat entri bila penembusan berlaku.
Analisis ORB cenderung berfungsi dengan paling baik di pasaran yang mempunyai masa pembukaan dan penutupan yang jelas, seperti di pasaran saham. Pasaran saham AS dibuka pada 16:30 GMT+3, lima hari seminggu, jadi anda boleh bersedia untuk berdagang dan tidak perlu risau terlepas peluang.
Sejarah ORB
Strategi ini telah dicipta pada tahun 1960-an oleh pedagang dan pelaburterkenal Amerika Arthur Merrill, yang menggunakannya selama hampir 20 tahun berdagang di indeks Dow Jones Industrial Average. Walaupun terdapat beberapa variasi untuk strategi ini, asasnya tetap sama. Untuk mencari julat pembukaan sesetengah pedagang menggunakan purata bergerak jangka pendek, biasanya purata tiga hari.
Seorang lagi pedagang yang terkenal, Sheldon Knight, menggunakan peratusan perbezaan antara harga tertinggi N hari dan harga terendah N hari untuk mencari julat. Kami berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk memastikan semuanya seringkas yang boleh. Oleh itu, menggunakan purata jangka pendek atau tinggi dan rendah pada hari tertentu adalah kurang berkesan berbanding menggunakan aksi harga pada permulaan sesi dagangan.
Saiz Penembusan Julat Pembukaan
Ada dua cara untuk mengukur saiz ORB. Ini cara yang pertama: candlestick yang pertama adalah candlestick terakhir dari sesi perdagangan hari sebelumnya. Candlestick kedua adalah candlestick yang pertama terbentuk apabila pasaran dibuka. Untuk mendapatkan saiz julat, anda perlu mendapatkan harga tinggi/rendah penutupan sebelumnya dan tinggi/rendah lilin pembukaan hari ini. Jarak antara dua harga ini adalah saiz julat pembukaan. Sekarang lihat bagaimana kami mengukur saiz julat:
Cara lain untuk mengukur ORB ialah dengan menggunakan harga tinggi dan rendah tempoh tertentu selepas pasaran dibuka. Tempoh ini biasanya 30 minit pertama atau jam pertama sesi perdagangan.
Dalam tempoh ini, anda perlu mengenal pasti harga tinggi dan harga rendah hari tersebut. Di samping itu, anda juga ingin mengambil kira paras tinggi dan rendah pra-pasaran, kerana tahap ini selalunya berkelakuan seperti magnet untuk aksi harga selepas loceng berbunyi. Mari kita lihat angka yang sama dengan ukuran yang berbeza.
Kalkulator Penembusan Julat Pembukaan
Bahagian yang paling penting dalam perdagangan julat pembukaan ialah penembusan. Anda pasti sudah mengetahui akan hal ini. Perkara yang anda mungkin belum tahu ialah anda boleh menggunakan kalkulator ORB untuk membantu anda mencari peluang berurusniaga dan menggunakannya untuk meraih manfaat. Anda boleh Google "Opening Range Breakout Calculator" untuk mencari contoh laman yang sedemikian.
Laman web seperti ini mengira harga tinggi dan rendah julat pembukaan untuk anda, jadi lebih mudah untuk anda memulakan perdagangan. Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan anda menonton video Gap and Go kami kerana di dalamnya anda akan menemui beberapa alat yang boleh digunakan untuk mencari senggang (gap) pada harga. Oleh itu, akan lebih mudah untuk anda menetapkan tahap ORB.
Strategi Perdagangan ORB
Strategi ini terdiri daripada beberapa langkah:
- Cari senggang pada harga saham. Pengimbas senggang tersedia di dalam talian secara percuma, jadi bahagian ini tidak seharusnya sukar. Selain itu, anda boleh menonton video Gap and Go kami. Ia akan memberikan lebih banyak maklumat tentang pencarian senggang.
- Selepas anda menemui senggang yang sesuai, buka carta saham, dan tunggu sehingga sesi perdagangan dimulakan. Untuk saham-saham AS, aksi bermula pada 16:30 GMT+2 dari September hingga Mac dan pada 16:30 GMT+3 dari Mac hingga September.
- Bergantung pada rangka masa yang telah anda pilih, tunggu sehingga 4-6 lilin pertama ditutup. Biasanya, pedagang memilih candlestick lima minit. Kemudian, anda perlu menentukan paras tertinggi dan terendah julat, seperti yang kami lakukan sebelum ini dalam tutorial ini.
- Bila julat ditembusi, anda masuk posisi searah dengan pergerakan harga. Renti rugi anda hendaklah berada di dalam julat (di bawah paras maksimum julat untuk posisi long dan di atas paras minimum julat untuk posisi short). Untuk menjaga pengurusan risiko, jarak ambilan untung biasanya dua kali lebih jauh daripada jarak renti rugi.
Petua untuk perdagangan yang lebih baik:
- Tutup sebahagian daripada urusniaga anda tatkala sudah separuh jalan untuk tiba di Ambilan Untung. Dengan cara ini, perdagangan anda akan menjadi perdagangan yang bebas dari risiko. Ini akan membantu anda untuk bertahan apabila keadaan berubah dan tidak menyebelahi anda.
- Jangan masuk posisi bila anda tidak pasti, jika tidak, anda akan menjadi gementar dan kurang fokus.
- Tunggu sehingga candlestick ditutup di atas julat pembukaan untuk mengelakkan penembusan palsu.
Baca lebih lanjut
- Strategi Gambit: mengimbangi risiko dan laba
- Strategi-strategi berdagang emas
- Strategi Perdagangan MacFibo
- Strategi Perdagangan Martingale dan Anti-Martingale
- STRATEGI MOMENTUM FOREX
- Strategi Perdagangan Money Flow Index
- Strategi perdagangan "Multi Major"
- Strategi Perdagangan Pin Bar
- Strategi "Position Trading"