Strategi Aksi Harga: Kaedah Jarroo

Baca artikel ini di laman web FBS

Artikel ini membincangkan tentang strategi yang bernama ‘Kaedah Jarroo’. Ia berdasarkan konsep aksi harga tetapi dengan beberapa ciri yang unik. Anda berminat? Bagus, mari kita terokai strategi ini!

Tentukan aras-aras penting

  • Kenal pasti swings. Cari paras harga minimum dan maksimum tempatan bagi pergerakan harga. Ia biasanya menonjol.
  • Kemudian, lukiskan garisan horizontal menerusi aras-aras yang terletak di harga maksimum dan minimum tempatan. Harus ada dua candlestick yang buka/tutup berhampiran aras-aras ini.

Aras-aras yang berada di atas harga akan dipanggil aras rintangan, dan yang dibawah adalah aras sokongan.

1.png

Syarat kemasukan

  • Selepas candlestick menembusi aras rintangan dan tutup di atasnya, kita mempertimbangkan untuk membuka pesanan tertangguh untuk membeli.
  • Selepas candlestick menembusi aras sokongan dan tutup di bawahnya, kita mempertimbangkan untuk membuka pesanan tertangguh untuk menjual.

Jika anda sudah terlupa atau tidak mengetahui apakah itu pesanan tertangguh, baca artikel kami yang menjelaskannya berjudul “Senjata rahsia pedagang: pesanan tertangguh”.

1.png

Renti rugi

  • Letakkan Renti Rugi di bawah harga minimum candlestick yang menembusi rintangan.
  • Letakkan Renti Rugi di atas harga maksimum candlestick yang menembusi aras sokongan.

Jika candlestick terlalu besar, anda boleh letakkan Renti Rugi lebih rendah sedikit di bawah rintangan atau lebih tinggi sedikit dari aras sokongan.

2.png

Ambilan Untung

Untuk meletakkan Ambilan Untung, anda perlu mencari aras sokongan dan rintangan yang terdekat juga. Jaraknya haruslah lebih besar dari jarak Renti Rugi sebanyak 2 atau 3 kali ganda. Sebagai contoh, jika anda letakkan Renti Rugi 30 pip lebih tinggi dari aras harga semasa, anda harus pertimbangkan untuk meletakkan Ambilan Untung 90 pip lebih rendah dari harga semasa.

3.png

Pengurusan risiko

Menurut peraturan pengurusan risiko, pedagang tidak seharusnya menggunakan lebih dari 1-2% dari deposit beliau untuk membuka satu-satu pesanan. Selain dari itu, ada cara yang lebih konservatif untuk menggunakan strategi ini. Selepas candlestick signal muncul dan menembuisi aras sokongan/rintangan, pedagang tidak seharusnya terus membuka pesanan tertangguh seperti yang tertulis di atas. Sebaliknya, beliau harus menunggu candlestick seterusnya terbentuk di carta. Kemudian, jika candelstick seterusnya ini tidak menembusi aras kritikal semula, pedagang boleh meletakkan pesanan tertangguh (pending order).

4.png

Bagus! Anda baru sahaja pelajari satu strategi yang agak sukar! Jika anda mahu mencubanya, gunakan akaun Demo!

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.