Soalan-soalan yang akan membawa anda kepada perdagangan yang berhasil

Baca artikel ini di laman web FBS

Bila seseorang hadir ke pasaran, dia mempunyai banyak persoalan: bagaimana cara hendak bermula, bagaimana cara membuka akaun, strategi yang manakah yang harus dipilih, indikator apa yang harus digunakan. Kami pasti, anda juga pernah atau mungkin masih lagi mempunyai soalan yang sama. Anda boleh menemui maklumat asas untuk pedagang pemula di sini.

Namun pernahkan anda terfikir tentang soalan kritikal, tentang jenis pedagang yang bagaimanakah anda, apa rangka masa yang lebih sesuai dengan anda, pasaran mana yang betul untuk anda? Tidak pernah? Tetapi inilah soalan-soalan pertama yang anda sepatutnya tanyakan diri anda sendiri dan cari jawapannya. Tidakkah anda terfikir bahawa anda boleh menanggung kerugian kerana anda tidak mempunyai idea yang jelas tentang personaliti pedagang anda, karakter anda, dan gaya perdagangan anda?

Kami mahu memperkenalkan anda kepada 4 soalan penting yang anda harus jawab kepada diri anda sendiri agar perdagangan jadi memihak kepada anda.

1. Jenis pedagang yang bagaimanakah saya?

Untuk menjawab soalan ini, fikirkan tentang ciri-ciri peribadi anda.

Jika anda sudah biasa mematuhi peraturan, anda tidak kuat menghadapi tekanan psikologi, anda tidak bergantung kepada naluri anda, anda adalah seorang pedagang sistem.

Perdagangan sistem adalah perdagangan berasaskan peraturan. Pedagang seperti ini mempunyai strategi yang tepat. Jika semua kriteria dipenuhi, maka tibalah masanya untuk membuka posisi. Pedagang ini tidak mempertimbangkan sentimen pasaran atau situasi semasa di pasaran. Ji sistem memberikannya signal untuk beli, dia akan membeli tanpa rasa ragu.

Kelebihan utama seorang pedagang sistem adalah mereka mampu meluangkan hanya sedikit masa di hadapan skrin. Anda boleh cipta sistem yang diautomasikan yang akan membuka dan menutup posisi untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk menetapkan kriteria perdagangan anda. Tambahan lagi, sistem seperti ini mengurangkan keterlibatan emosi dan menjadikan perdagangan jadi lebih tenang dan tidak begitu memberikan tekanan.

Bagaimana pun, ada kelemahan yang tersembunyi di sini. Sama ada sistem mahu pun pedagang sistem, kedua-duanya tidak bertindakbalas terhadap sentimen pasaran. Namun, berita-berita yang penting boleh menyebabkan kemeruapan yang kuat dan strategi tersebut tidak akan berkesan dalam keadaan ini. 

Jika anda bergantung kepada naluri anda, jika anda lebih gemar mempertimbangkan situasi semasa, jika anda boleh beradaptasi dengan mudah dengan perubahan pasaran, anda tergolong dalam jenis pedagang yang satu lagi – pedagang budi bicara.

Perdagangan atas budi bicara adalah perdagangan berdasarkan keputusan. Pedagang budi bicara juga mempunyai strategi. Namun perbezaannya adalah beliau mengaplikasikan strategi berdasarkan keadaan pasaran. Jika pedagang ini lihat bahawa semua kriteria telah dipenuhi tetapi ada faktor-faktor yang boleh memberikan kesan kepada pergerakan pasaran, pedagang sebegini boleh sahaja memutuskan untuk melaraskan dagangannya atau mungkin menjauhkan diri dari pasaran.

Kelebihan terbesar pada seorang pedagang budi bicara adalah kemampuannya menyesuaikan diri. Dia mengamati sentimen pasaran. Bagaimana pun, anda harus yakin anda tidak akan mengubah keputusan setelah ia diambil dan tidak mudah goyah pegangan. Jika anda kuat keyakinan diri, anda adalah seorang pedagang budi bicara.

shutterstock_1120904123.jpg

2. Rangka masa mana yang sesuai dengan saya?

Ramai pedagang yang menanyakan kepada kami rangka masa yang manakah yang sesuai untuk berdagang. Namun, tiada satu jawapan yang betul untuk semua orang.

Gaya hidup anda memainkan peranan penting.

Jika anda seorang yang dinamik dan suka beraksi, anda harus berdagang pada rangka masa kecil seperti M15, M30 dan H1. Anda akan mampu mendapat keuntungan pantas TETAPI anda harus ingat tentang risiko. Anda perlu berhadapan dengan bilangan swing dan drawdown yang besar. Jika anda tidak kisah dengan swing ketika berdagang rangka masa besar, ia akan menjadi kritikal ketika berdagang rangka masa yang kecil. Jika anda bersedia untuk stres demi mendapatkan pulangan pantas, rangka masa kecil memang sesuai untuk anda.

Bagaimana pun, jika anda lebih gemar berfikir dan membuktikan idea-idea anda dan tidak suka tertekan, rangka masa besar adalah untuk anda. TETAPI di sini anda harus ingat juga kelemahannya. Anda akan mengurangkan tahap stres, tetapi anda perlu menunggu lebih lama sehingga pasaran mencapai sasaran anda. Adakah anda seorang yang sabar? Jika ya, maka pilihlah rangka masa harian, mingguan dan bulanan.

3. Pasaran manakah yang akan memberikan saya keuntungan yang lebih besar?

Ada masa-masanya para pedagang tidak tahu pasaran mana yang memberikan mereka peluang yang lebih baik. Adakah anda tahu bahawa kemeruwapan pasaran berbeza-beza? Adakah anda tahu ada pasaran yang anda boleh berdagang trend jangka panjang dan ada pasaran di mana menangkap momentum trend jangka pendek adalah lebih baik untuk mendapatkan keuntungan?

Jika anda cuma dagangkan EUR/USD kerana anda telah terdengar bahawa ia pasangan yang paling popular dan anda pasti bahawa pasangan ini menawarkan keuntungan yang stabil, anda mungkin telah tertipu.

Jika anda meraih keuntungan yang lumayan memperdagangkan EUR/USD, tidak mengapa, tidak perlu lakukan apa-apa perubahan. Bagaimana pun, jika anda kerugian, mungkin ini masanya untuk fikirkan tentang pasaran-pasaran lain. Mungkin minyak dengan kemeruapannya yang tinggi adalah kunci kejayaan anda atau mungkin peluang anda ada di AUD/JPY dengan trend jangka panjangnya. Tinjau semua instrumen perdagangan yang ditawarkan oleh FBS.

4. Jenis analisis yang bagaimanakah akan memberikan saya maklumat yang lebih boleh diandalkan?

Pasaran menawarkan amaun maklumat yang besar yang akan membantu anda berdagang dengan menguntungkan. Bagaimana pun ia terlalu rumit untuk mengaut semuanya… atau mungkinkah tidak juga?

Di sini personaliti anda akan memainkan peranan lagi.

Adakah anda rasa lebih selesa membaca berita dan mengkaji data ekonomi? Analisis fundamental sesuai untuk anda.

Anda percaya dengan perkakas teknikal? Anda rasa bahawa indikator teknikal lebih layak diandalkan? Anda boleh pilih analisis teknikal.

Adakah anda pasti anda boleh menganalisa jumlah maklumat yang besar? Jika jawapan anda adalah ya, anda boleh gunakan kedua-dua jenis analisis. Tetapi pastikan anda boleh mencerna keseluruhan maklumat dan buat kesimpulan yang betul.

Jika anda masih belum pasti, tinjau analisis pasaran dan ketahui apakah yang lebih sesuai untuk anda.

Sudahkah anda menjawab semua soalan-soalan ini? Jika ya, masanya tiba untuk uji jika anda sudah temui personaliti berdagang anda.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.