Scaling In dan Scaling Out posisi

Baca artikel ini di laman web FBS

Bayangkan, anda telah membuka posisi anda, dan telah memasang renti rugi serta ambilan untung. Apakah langkah anda yang berikutnya? Anda boleh duduk dan tunggu untuk peluang membuat gerakan di pasaran yang seterusnya. Para pedagang profesional pula cuba untuk lebih fleksibel dengan keputusan perdagangan mereka dengan "scaling in" dan "scaling out" posisi aktif mereka. Jika anda mahu berdagang seperti seorang pro, maka artikel ini untuk anda! Mari kita pelajari apakah itu "scaling" dan bagaimana anda boleh menggunakkannya dengan betul untuk menguruskan risiko anda.

Apakah itu Scaling?

Istilah scaling tiada kena mengena dengan timbangan. Ingat, kita tidak hidup di zaman barter!Secara asasnya, ia bermaksud menokok atau mengurangkan unit dari posisi yang telah anda buka. Jika anda menggunakan Scaling (penskalaan), anda mempunyai kawalan terhadap risiko dan memaksimumkan keuntungan anda. Seperti mana-mana strategi tahap lanjutan, Scaling ada pro dan kontranya.

Bagaimana Scaling boleh berguna untuk seorang pedagang?

• Pertama sekali, ia membolehkan anda tidak takut untuk membuka atau menutup posisi anda. Ini manfaat psikologi yang bagus. Ingat, tiada manusia yang sempurna! Sukar untuk kita menantikan titik masuk yang sempurna setiap masa. Daripada menunggu, anda juga boleh mengenal pasti kawasan-kawasan yang mungkin untuk aras sokongan, rintangan, penyongsangan, penembusan dan masuk ke pasaran di kawasan tersebut. Jika anda tidak menentukan di mana tempat yang tepat untuk membuka atau menutup posisi anda terlebih dahulu, anda akan merasa lega dari tekanan psikologi.

• Ia memelihara keuntungan anda. Scaling Out pada posisi yang menguntungkan dengan Trailing Stop boleh melindungi anda dari penyongsangan yang tiba-tiba.

• Ia membolehkan anda memperoleh lebih keuntungan. Jika pasaran terus bergerak selari arah anda, anda boleh besarkan saiz posisi anda, yang akan meningkatkan amaun keuntungan anda.

Pada masa yang sama, Scaling juga mempunyai beberapa sisi negatif.

• Jika anda menokok kepada posisi anda, anda meningkatkan risiko keseluruhan anda.

• Seandainya anda scale out, pengurangan sebahagian dari posisi aktif anda mengurangkan potensi keuntungan maksimum anda.

Sekarang kami akan jelaskan kepada anda bagaimana caranya untuk scale in dan scale out dengan betul supaya anda tidak merisikokan terlalu banyak dan kehilangan keuntungan anda.

Cara untuk Scale Out

Scale Out merujuk kepada tindakan menutup sebahagian dari posisi aktif anda. Secara asasnya, ia membantu mengecilkan risiko anda. Jika anda menggunakannya dengan Trailing Stop, dagangan anda berpotensi untuk "hampir" bebas dari risiko.

Mari kita pelajari bagaimana cara menggunakannya secara efektif dari contoh di bawah.

Bayangkan anda ingin dagangkan USD/NZD. Anda ada $10,000 di akaun anda. Anda perhatikan ADX mulai bergerak ke atas dengan +DI pergi ke bawah -DI. Situasi ini memberi isyarat bahawa tekanan bearish sedang meningkat. Dalam masa yang sama, MACD menurun semakin hampir dengan garisan sifarnya, yang menunjukkan kemungkinan berlaku penyongsangan. Anda memutuskan untuk masuk ke pasaran bila berlaku penembusan aras sokongan pada 0.6872. Saiz posisi yang anda buka adalah 1.Bila candlestick bearish terbentuk dan menyebabkan penembusan anda buka posisi short pada 0.6866. Anda letakkan renti rugi pada 0.6880 dan ambilan untung pada 0.6832. Dengan saiz yang dipilih untuk posisi anda (nilai pip posisi ini adalah $1) dan renti rugi 14 pip, risiko anda adalah $14 atau 0.14% dari akaun anda. Pasaran bergerak dalam arah yang anda jangka dan anda beroleh beberapa pip. Beberapa jam kemudian, para pedagang menjangkakan pengumuman data perburuhan untuk New Zealand. Unjuran positif membuatkan anda risau tentang posisi anda. Kesannya, anda memutuskan untuk menutup separuh posisi anda dengan membeli 5,000 unit USD/NZD pada kadar tukaran semasa iaitu 0.6848. Bila anda sudah memperolehi 18 pip, keuntungan anda adalah $9. Ini meninggalkan anda dengan posisi aktif 5,000 unit dengan ambilan untung pada 0.6832.Jika pasangan ini menyongsang dan memicu renti rugi anda pada 0.6880, anda akan masih ada keuntungan $9.

1-(2).jpg

Keputusan untuk mengurangkan separuh keuntungan anda terserah kepada anda, tetapi anda perlu timbangkan semua pro dan kontra.Anda perlu putuskan sama ada anda mahu dapatkan sekurang-kurangnya sebahagian dari keuntungan tersebut atau terus risau tentang kerugian yang mungkin berlaku.Sekarang mari kita pelajari bagaimana cara untuk memaksimum keuntungan anda dengan "scale in" posisi anda.

Ada dua senario berbeza di mana anda boleh memutuskan untuk scale in. Senario pertama adalah situasi di mana dagangan anda melawan anda. Ini situasi berbahaya dan anda harus pastikan risiko anda dikawal berada dalam zon selesa anda. Berikut adalah peraturannya:

• Anda perlu selalu gerakkan renti rugi anda (trail your stop loss);

• Aras harga posisi masuk sudah dirancang sebelum kemasukan;

• Anda perlu tentukan terlebih dahulu saiz posisi anda.

Mari pertimbangkan contoh di bawah.

3-(2).jpg

Pada carta harian EUR/USD, pasangan ini bergerak secara downtrend. Pasangan ini mula mengukuh antara 1.1529 dan 1.1794 sebelum turun lagi lebih rendah. Selepas mencapai kawasan sekitar paras 1.1529 pasangan ini bergerak ke atas di zon pengukuhan tadi. Jika anda pasti harga akan meneruskan downtrend, anda boleh sama ada masuk posisi short pada 1.1529 atau di rintangan 1.1794. Jika anda jenis yang berhati-hati, anda boleh menunggu sehingga pasangan ini menguji sempadan atas julat pengukuhan di 1.1794 dan kemudian kemudian bergerak ke bawah aras 1.1529. Mungkin selepas itu anda berasa lebih selesa untuk membuka posisi short. Seandainya anda mahu memaksimumkan keuntungan anda, anda boleh masuk pada 1.1529 dan juga 1.1794. Katakanlah anda ada $5,000 di akaun anda dan anda mahu merisikokan 3%. Ini bererti anda selesa merisikokan $150 (baki $5,000 dikali dengan risiko 0.03) menerusi dagangan anda.Katakanlah, anda letakkan renti rugi anda pada 1.1888 (di atas kawasan pengukuhan). Langkah pertama anda adalah untuk membuka posisi short di 1.1529 dengan 2500 unit. 2,500 unit EUR/USD bererti nilai pip anda adalah $0.25. Dengan renti rugi pada 1.1888, anda akan risikokan 359 pip, dan jika itu dicapai anda akan mendapat kerugian $90 ($0.25*359 pip).Kemudian, jika harga tidak melantun semula dari aras 1.1529, anda memutuskan untuk menambah lagi unit pada 1.1794. Anda membuka posisi short dengan 5,000 unit di paras 1.1794. Dengan 5,000 unit EUR/USD, nilai setiap pip menjadi lebih besar dan mencapai $0.5. Dengan renti rugi terletak di 1.1888, anda akan risikokan 94 pip atau $47 ($0.50 * 94).Secara amnya, ini adalah kerugian $137, jika renti rugi anda dipicu.Ini bukanlah pendekatan yang mudah, anda harus pasti semua risiko sudah ditentukan terlebih dahulu.

Sekarang, mari kita pelajari pula tentang Scaling In bila pasaran bergerak selari dengan anda. Dalam kes sebegini, anda boleh scale in untuk tingkatkan keuntungan anda. Anda perlu ikuti langkah-langkah berikut untuk melakukannya dengan betul:

• Tentukan terlebih dahulu di mana anda akan tambahkan unit tambahan anda.

• Kira risiko anda dengan unit tambahan tersebut.

• Gerakkan renti rugi anda agar anda boleh kembangkan saiz posisi anda namun masih di dalam kekangan parameter risiko yang sudah dipilih.

Mari kaji contoh di bawah untuk memahami logik Scaling In.

2-(2).jpg

 Bayangkan anda sedang dagangkan EUR/USD. Anda putuskan untuk beli (buy) selepas aras rintangan dibobos. Anda buka posisi anda di 1.2940 dan pasang renti rugi di 1.28. Saiz posisi anda adalah 1 dan anda berdagang dengan $10,000 di akaun anda. Anda putuskan untuk letakkan ambilan untung anda di rintangan utama berikutnya iaitu 1.3282.Anda risikokan 140 pip ($140) untuk ganjaran 342 pip ($342). Justeru, nisbah risiko-ganjaran anda adalah 1:3.

Sekarang, katakanlah anda sangat yakin dengan setup dagangan anda dan memutuskan anda akan menambah lebih jika pasaran bergerak mengikut telahan anda.Anda memutuskan untuk menambah lebih banyak selepas pasangan itu berjaya mengatasi aras 1.3112, di mana pasangan ini jatuh pada 30 Julai dan akan menggerakkan (trail stop) renti rugi anda. Oleh kerana baki akaun anda adalah $10,000, risiko permulaan anda adalah $100 ($10,000 * 0.01).Jika anda buka posisi anda pada 1.2940 tambahan $10,000 pada 1.3112 akan meningkatkan kemungkinan untuk beroleh bukan 342 tetapi 512 pips! Bagaimanakah mungkin?Bila anda scale in posisi anda di 1.3112, anda perlu mengira semula saiz ganjaran anda di aras ambilan untung. Jadi kita kirakan bilangan pip dari aras anda scale in sehingga ke aras ambilan untung iaitu 1.3282. Saiz keuntungan yang dijangkakan di sini bersamaan dengan $170. Jika anda jumlahkan ganjaran selepas kemasukan anda ($342) dengan yang baru ($170) anda akan mendapat keuntungan +$512. Tetapi jangan lupa untuk gerakkan renti rugi anda (trailing stop)!Awas, scaling in mungkin tidak sesuai untuk setiap situasi pasaran. Harus dinyatakan di sini, perkakas ini lebih baik digunakan di pasaran yang trending atau sewaktu gerakan kuat intrahari. Scaling in sewaktu pasaran terkepung di dalam julat boleh memicu renti rugi anda dengan sangat pantas.

Kesimpulan

Scaling in atau scaling out boleh menjadikan perdagangan anda lebih fleksibel. Ia meningkatkan saiz ganjaran anda, tetapi dalam masa yang sama membesarkan risiko anda. Anda perlu berhati-hati bila melakukan scaling dan gunakannya hanya selepas pengiraan dan analisis yang menyeluruh dilakukan.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.