Strategi perdagangan Three Ducks

Baca artikel ini di laman web FBS

Hari ini kami akan menjelaskan sebuah sistem yang memerlukan penggunaan purata bergerak (Ma, moving averages). ia sebuah strategi yang dibangunkan oleh para pedagang profesional. Ia dinamakan "Three Ducks". Nama strategi ini mungkin kedengaran ganjil, tetapi ia diilhamkan dari kata pepatah Inggeris “get your ducks in a row” ("pastikan itik-itikmu sudah masuk dalam barisan"), yang bererti bersiap awal-awal sebelum melakukan tugas tertentu atau melakukan persiapan agar kerja jadi lebih efisien. Pernahkah anda lihat itik berenang sekeluarga di tasik? Biasanya mereka cenderung berenang dalam satu barisan. Begitulah keadaannya dengan cara kerja sistem ini. Ia membantu pedagang memastikan semuanya tindakan dilakukan "dalam satu barisan" untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Seperti kebanyakan setup, ia diimplementasikan ketika sedang di dalam trend.

Jadi, apakah yang kita perlukan untuk mula menggunakan sistem ini?

Sistem perdagangan Three Ducks mudah, semudah kacang. Ia membantu anda mencari pergerakan ke atas dan ke bawah di pasaran. Anda tidak perlu muat turun osilator yang rumit atau mencari pola tertentu. Apa yang anda perlukan adalah untuk mempertimbangkan tiga rangka masa: M5, H1, and H4. Satu-satunya indikator yang anda perlukan adalah purata bergerak ringkas (simple moving average, SMA) 60 tempoh yang anda boleh temui di mana-mana platform.Para penganalisis mengesyorkan agar sistem ini digunakan ketika berdagang EUR/USD atau GBP/USD.Mari lihat "itik" apakah yang membentuk strategi ini. Kita akan menggunakan pasangan EUR/USD sebagai contoh.

Itik pertama

Mula-mula sekali, kita lihat pada rangka masa terbesar (H4). Kita lihat jika harga semasa berada di atas atau di bawah SMA 60 tempoh.

  • Jika harga semasa berada di atas SMA 60 tempoh, kita pertimbangkan untuk membuka posisi long;
  • Jika harga semasa berada di bawah SMA 60 tempoh, kita pertimbangkan untuk membuka posisi short.

Pada 29 Mei, kita boleh lihat MA 60 tempoh bergerak di atas harga di carta M4. Ini bermakna kita akan melihat jika kita akan mencari peluang untuk menjual.

1 (6).jpg

Okey, kita sudah dapat itik yang pertama! Mari lihat jika kita boleh cari lebih banyak bukti di rangka masa yang lebih kecil.

Itik kedua

Di langkah yang kedua, kita lihat pada carta H1.

  • Jika itik pertama memberikan kita petunjuk bullish, kita perlu lihat jika harga berada di atas SMA-60 juga;
  • Jika itik pertama memberikan kita isyarat untuk posisi short, harga semasa perlu berada di bawah SMA-60.

Notis penting! Jika syarat-syarat di atas tidak dipenuhi dan tindak-tanduk harga bercanggah dengan keadaan di langkah pertama, kita tidak boleh maju ke langkah ke-3.

Di H1, EUR/USD terletak di bawah SMA 60 tempoh. Jadi kita berasa cukup yakin untuk mempertimbangkan langkah ketiga.

2 (4).jpg

Itik ketiga

Sekarang, di carta M5, kita menantikan berlakunya penyilangan (crossover).

  • Jika kita mencari peluang untuk membeli, kita tunggu harga menyilang SMA-60 dari bawah ke atas.
  • Jika mahu menjual, kita tunggu harga menyilang SMA-60 dari atas ke bawah.
  • Jika anda mahu kepastian 100%, anda perlu tunggu bila harga menembusi minimum/maksimum tempatan yang terdekat.

Situasi ini bererti harga di semua carta (semua 'itik') bergerak dalam arah yang sama.

Di manakah anda akan ambil untung?

Anda boleh pasang ambilan untung anda berhampiran dengan maksimum atau minimum sebelum ini, atau rentet renti rugi anda (trail your stop) dan ikut arah harga.

Mari lihat pada contoh terakhir.Di M5, kita nantikan harga menyilang purata bergerak dari atas ke bawah dan tunggu sehingga ia menembusi aras minimum tempatan sebelum ini. Kita buka posisi short pada 1.1161. Renti rugi kita dipasang pada 1.1170 (di atas harga tertinggi sebelum ini) dan kita ambi untung lebih tinggi dari aras sokongan sebelum ini iaitu di 1.1149.

3 (4).jpg

Kesimpulan

Strategi ini membantu anda mempertimbangkan pergerakan harga dan menggunakannya untuk mencari peluang-peluang yang lebih mengutungkan.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.