Top 3 strategi yang mudah dikuasai walaupun untuk novis

Baca artikel ini di laman web FBS

Di peringkat ini, anda pasti sudah mempelajari tentang beberapa perkara asas. Kini tibalah masanya untuk belajar strategi perdagangan! Hari ini kita akan membincangkan tentang tiga perkara yang paling popular dan berguna. Setelah membaca artikel ini, cubalah sendiri di akaun demo. Strategi-strategi ini akan membantu anda memahami bagaimana perdagangan berfungsi dan memberi anda satu kerangka pelan tindakan.

Strategi #1. Hammer dan Shooting Star

Anda pasti terkejut mengetahui betapa banyaknya maklumat tentang pasaran yang sebatang candlestick boleh beritahu kepada anda. Sila ambil maklum bahawa strategi ini merujuk kepada Candlestick Jepun.

Hammer (Tukul).

Contoh yang terbaik adalah apa yang dikenali sebagai pola ‘hammer’. Ia boleh ditafsir sebagai isyarat kemungkinan berakhirnya suatu downtrend, dasar (bottom), atau aras sokongan. Pola ini benar-benar mudah dikesan di carta kerana ia tampak seperti tukul besi: batang pemegang yang kurus dan panjang dan kepalanya yang setongkol. Batang pemegang atau bayang candlestick haruslah sekurang-kurangnya dua kali panjang tubuh sebenar. Cari candlestick seperti ini selepas penurunan harga di carta – ini syarat yang penting. Nantikan sehingga candlestick hammer tutup (selesai terbentuk): selagi itu belum berlaku, bentuk candlestick tersebut masih berubah-ubah dan bentuk akhirnya mungkin bukan hammer pun.

p1.png

Beli ketika candlstick berikutnya sudah mulai terbentuk atau, jika anda mahukan pengesahan lebih lanjut, apabila candlestick ini ditutup di atas harga pembukaan candlestick di sebelah kiri tukul. Warna tukul tidak penting, namun jika ia berwarna hijau, isyarat untuk membeli dianggap lebih kuat lagi.

Ini contoh bagaimana rupa hammer di carta sebenar:

p2.png

Shooting star

‘Shooting Star’ (Tahi Bintang) agak sama seperti hammer. Ia juga pola yang terdiri dari hanya sebatang candlestick. Tubuh candlestick ini juga pendek dan panjang bayangnya mengatasi panjang tubuh sekurang-kurangnya dua kali ganda. Bagaimana pun, tidak seperti hammer, bayang Shooting Star berada di atas tubuh dan ia adalah signal untuk menjual. Candlestick ini boleh mempunyai apa-apa warna yang ia mahu, namun jika ia berwarna merah, signal jual yang ia berikan dianggap lebih kuat.

p3.png

Ini contoh bagaimana rupa shooting star di carta sebenar:

p4.png

Strategi #2. Pola Head and Shoulders & Double Top

Strategi sebelum ini berkisar mengenai pola-pola candlestick. Sekarang mari kita teruskan dengan pola carta (chart pattern) yang ringkas, tetapi efisien.

Head and Shoulders

Pola ‘Head and Shoulders’ biasanya terbentuk di penghujung sebuah uptrend. Pola ini terdiri daripada "kepala" (puncak kedua yang juga merupakan puncak tertinggi) dan dua "bahu" (puncak pertama dan ketiga yang lebih rendah) serta satu "garis leher" (satu garisan yang menyambungkan titik terendah 2 jurang dan berfungsi sebagai aras sokongan). Garis leher (neckline) ini boleh jadi ianya melintang (horizontal) atau boleh juga condong (sloping up/down). Signal adalah lebih mantap bila ia condong ke bawah, berbanding jika ia ke atas.

Pola ini dikira sahih bila harga menerobos ke bawah garisan leher setelah membentuk bahu kedua. Kebarangkaliannya besar selepas ini berlaku, harga akan memulakan downtrend. Maka, pesanan jual dibuat di bawah garis leher. Untuk menentukan sasaran, ukur jarak di antara titik tertinggi kepala dan garis leher. Jarak ini adalah anggaran seberapa jauh harga akan turun setelah ia membolos ke bawah garis leher.

Sila maklum bahawa harga cenderung untuk kembali ke garisan leher ini selepas penembusan. Dalam kes seperti ini, garisan leher berkenaan, yang digunakan sebagai sokongan, sering bertindak sebagai garisan rintangan juga.

p5.png

Inverse Head and Shoulders

Pola ‘Inverse Head and Shoulders’ adalah songsangan kepada pola Head and Shoulders. Ia terjadi di penghujung suatu downtrend, dan menandakan penyongsangan bullish (berpatah balik ke atas).

Double Top

‘Double Top’ biasanya terbentuk di penghujung sebuah uptrend. Para pedagang sering menggunakannya. Pola ini terbentuk dari dua puncak yang berturutan dengan ketinggian yang (hampir) sama, dengan satu jurang yang sederhana di antara keduanya. Garis lehernya dilukiskan secara melintang melintasi titik terendah jurang.

Pola ini dikira sah bila harga menerobos ke bawah garisan leher setelah membentuk bahu kedua. Apabila ini sudah berlaku, downtrend seharusnya bermula bagi pasangan matawang itu. Buat pesanan jual di bawah garis leher. Ukur jarak di antara puncak dan garis leher - jarak ini anggaran sejauh mana harga akan bergerak setelah ia membolosi garis leher. Selepas breakout, harga mungkin kembali ke garis leher untuk satu waktu yang singkat sebelum ia kembali meleset turun – ini adalah peluang yang baik untuk membuka pesanan jual pada harga yang lebih tinggi.

p6.png

Double Bottom

Pola ‘Double Bottom’ adalah songsangan kepada pola Double Top. Ia terjadi di penghujung suatu downtrend, dan menandakan penyongsangan bullish (berpatah balik ke atas).

Pola yang serupa tetapi dengan 3 puncak/jurang dipanggil ‘Tripple Top/Bottom’. Kaedah dan logik berdagangnya sama.

 

Strategi #3. Persilangan Purata Bergerak (Moving Averages Crossover)

Di dalam strategi-strategi di atas, kita tidak menggunakan apa-apa melainkan hanya carta harga itu sendiri. Sekarang masanya untuk menggunakan indikator teknikal yang dipanggil ‘Purata Bergerak’ (Moving Average), juga dikenali dengan singkatannya iaitu MA.

Purata Bergerak adalah satu indikator trend. MA menunjukkan purata harga untuk suatu tempoh, jadi turun naiknya lebih lembut dan lunak berbanding garisan carta harga itu sendiri. Sebagai contoh, jika kita ada MA 10 hari, kita campurkan total harga 10 hari terakhir dan bahagikan dengan 10. Bila ada candlestick baru muncul di carta, candlestick yang paling lama tidak akan dikira lagi.

Ada empat jenis MA: biasa (simple), eksponen (exponential), berwajaran linear (linear weighted), dan licin (smoothed). Kami cadangkan agar anda bermula dengan yang biasa dahulu.

Bagaimana cara menambahkan MA ke carta di MetaTrader?

Di menu utama di sebelah atas, pergi ke Insert – cari Indicators – pergi ke Trend – dan pilih Moving Average. Adalah penting untuk memasukkan tetapan yang betul.

Tempoh (Period)

Tempoh adalah bilangan candlestick yang akan termasuk dalam pengiraan. Lebih besar angka tempoh ini, MA lebih lembut dan licin. Lebih kecil angka Tempoh, MA akan lebih mirip dengan harga.

Para pedagang lebih menggemari MA 50, 100 dan 200 tempoh untuk rangka masa besar (big timeframes) dan 9, 12, dan 26 untuk rangka masa yang lebih kecil.

Harga (Price)

Ada beberapa pilihan. Anda boleh pilih harga penutupan, pembukaan, tinggi, rendah, median, tipikal dan juga harga penutupan berwajaran. Bagaimana pun, biasanya para pedagang menggunakan harga penutupan.

Anjakan (Shift)

Tetapan ini digunakan untuk menganjak posisi indikator ini maju atau mundur pada skala masa. Kesannya, MA akan bergerak ke kiri atau ke kanan.

Bagaimana cara menggunakan MA dalam perdagangan?

Anda boleh gunakan MA sebagai penunjuk arah trend: jika ia turun, pasaran sedang downtrend; jika naik, pasaran berada dalam uptrend. Tambahan lagi, persilangan Purata Bergerak boleh membantu pedagang memutuskan bila waktu yang sesuai untuk mereka masuk dan keluar dari pasaran. Persilangan purata bergerak terjadi apabila dua MA yang berbeza saling bersilang. Ada dua jenis persilangan: emas (golden crossover) dan mati (dead crossover).

Persilangan Emas (Gold Cross)

Bila MA yang lebih kecil tempohnya menyilang MA yang lebih besar tempohnya, dari bawah ke atas, ia memberi signal beli.

Persilangan Mati (Dead Cross)

Bila suatu MA yang lebih kecil tempohnya menyilang MA dengan tempoh yang lebih besar dari atas ke bawah, ia signal untuk jual.

p7.png      p8.png

Sila maklum bahawa persilangan emas hanya terpakai bila harga berada di atas MA, dan bagi persilangan mati – di bawah MA.

Kesimpulan

Mari rangkumkan apa yang anda telah pelajari hari ini:

  • Candlestick Hammer dan Shooting Star.
  • Head and Shoulders & Double Top.
  • Persilangan Purata Bergerak

Cantik! Kini anda boleh gunakan semua strategi perdagangan ini. Seperti yang semua orang tahu, cara terbaik untuk mencerna maklumat adalah dengan berlatih. Jadi ayuh, cubalah!

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.