Cara Berdagang Dengan Pola Candlestick Three Black Crows

Cara Berdagang Dengan Pola Candlestick Three Black Crows

2022-12-28 • Dikemaskini

Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza. Walaupun sesetengah daripadanya boleh dikira dan ditakrifkan dengan formula matematik yang ketat, ada juga yang tidak begitu mudah. Anda harus memberi sepenuh perhatian untuk mengesannya dan merebut habuan anda. Pola Three Black Crows (tiga gagak hitam) adalah salah satu daripadanya, jadi mari kita lihat dan kaji satu persatu bagaimana ia berfungsi serta melihat cara menggunakan pola ini dengan betul.

Apa itu Pola Three Black Crows?

Seperti yang anda ketahui, jenis carta yang paling popular ialah candlestick Jepun. Ia mudah dibaca, bermaklumat dan digunakan oleh kebanyakan pedagang untuk meramalkan pergerakan pasaran masa hadapan. Sampai pada satu ketika, pedagang mendapat idea untuk mengenal pasti pola candlestick. Biasanya pola candlestick kelihatan seperti satu siri batang lilin dan selepas itu harga akan bergerak ke arah tertentu. Three Black Crows adalah salah satu pola yang digunakan oleh pedagang untuk mencari pola candlestick penyongsangan pada carta.

Perhatikan apabila pedagang mengatakan lilin hitam, apa yang mereka maksudkan ialah candlestick yang bearish. Secara amnya, kebanyakan pedagang menyebut lilin merah bagi menggambarkan pergerakan yang bearish. Sebaliknya, lilin putih biasanya merujuk kepada lilin yang bullish, namun kebanyakan pedagang menggunakan ungkapan lilin hijau dan bukannya lilin putih. Nama itu digunakan pada masa lalu semasa carta candlestick berwarna hitam dan putih.

Sekarang, apabila kita sudah tahu tentang definisi pola, mari kita belajar mengenai pola itu sendiri pula. Pola Three Black Crows kelihatan seperti tiga sesi perdagangan bearish yang berturut-turut. Biasanya, sumbu yang pendek atau tiada langsung pada lilin membawa maksud bears mengawal situasi hampir secara total. Contohnya, sesi perdagangan selepas hari yang bullish bermula dengan pergerakan yang sedikit menaik. Kemudian pada penghujung hari itu, bears menguasai situasi dan menekan harga lebih rendah, ke kawasan rendah hari sebelumnya. Dua hari berikutnya juga adalah sama, bearish mendorong harga ke paras lebih rendah setiap kali. Akhirnya pada penghujung pola, ia biasanya kelihatan seperti di dalam rajah di bawah.

Three_Black_Crows_pattern_1000x600-1.png

Apakah Maksud Pola Three Black Crows?

Sebagai permulaan, kami perlu menerangkan bagaimana pendapat pasaran tentang fungsinya dan kemudiannya bagaimana ia berfungsi secara realiti. Majoriti pedagang mengandaikan bahawa Three Black Crows akan muncul hampir dengan penghujung uptrend dan menunjukkan tanda bahawa penyongsangan mungkin terjadi. Pola ini sepatutnya menunjukkan bahawa bears sedang mengawal harga. Biasanya, tutorial perdagangan mengajar orang ramai untuk mencari titik kemasukan bagi urusniaga beli selepas pola muncul.

Malah, sesetengah aset cenderung mengikut jangkaan ini dan akan menurun selepas beberapa siri lilin merah. Sebagai contoh, emas sukakan Three Black Crows dan biasanya bergerak lebih rendah selepas pola tamat. Anda boleh melihatnya di dalam rajah ini.

gold moves lower after the three black crows pattern is finished 2.png

Contoh di atas tidak sempurna kerana sesetengah pola mempunyai lilin pertama yang kecil dan ini tidak bagus. Walaupun begitu, terdapat sekurang-kurangnya tiga lilin merah dalam setiap situasi, dan pola itu berfungsi dengan sempurna sebanyak empat kali berturut-turut. Jika anda memasuki perdagangan pada setiap kali dan menetapkan Renti Rugi di atas permulaan pola, anda akan memperoleh keuntungan. Perhatikan bahawa carta di atas menunjukkan Three Black Crows pada rangka masa harian. Rangka masa yang lebih kecil cenderung bersifat lebih huru-hara, tetapi kecenderungan keseluruhannya lebih berkemungkinan untuk kekal.

Walau bagaimanapun, tidak semua aset berfungsi dengan pola 3BC (Three Black Crows). Sesetengah daripadanya boleh terus berada di dalam uptrend selama bertahun-tahun, dan ini mengurangkan peluang untuk mengalami penyongsangan selepas beberapa sesi perdagangan merah. Sebagai contoh, carta US500 naik selepas menunjukkan petanda penurunan dengan pola ini.

US500 chart is going up after three black crows 3.png

Berdagang berdasarkan pola ini untuk indeks US500 akan memberikan pengalaman yang berbeza sama sekali. Setiap kali anda mendapat isyarat untuk Jual, carta akan menaik. Trend ini kekal sepanjang tahun dan menyukarkan pedagang untuk memperoleh pendapatan dengan hanya menjual.

Dalam situasi ini, anda perlu mengambil sikap yang berbeza sama sekali berbanding tafsiran klasik pola. Dalam erti kata lain, anda perlu membeli aset setiap kali ia membentuk 3BC. Dengan cara ini, anda akan mempunyai banyak urusniaga yang menguntungkan dengan memasuki bahagian paling bawah ayunan harga. Kami akan memberitahu anda bagaimana untuk mengenal pasti cara yang betul untuk berdagang pola 3BC dalam artikel ini nanti.

Kebaikan dan Keburukan Pola Three Black Crows

Seperti mana-mana pola harga, indikator teknikal atau pembentukan candlestick yang lain, Three Black Crows mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri bergantung kepada rangka masa yang anda gunakan, toleransi risiko dan yang paling penting, aset yang anda suka perdagangkan. Selain itu, anda juga perlu memahami struktur pasaran untuk mengenal pasti apakah tindakan yang harus diambil bagi setiap senario.

Kebaikan

  • Mudah dicari dan didagangkan. Three Black Crows hanyalah satu siri lilin merah pada penghujung aliran menaik (uptrend). Oleh itu, semua orang boleh menemui pola ini dengan mudah dan menangkap pergerakannya selepas itu. Selain itu, anda boleh menetapkan Renti Rugi dengan mudah, kerana sepatutnya ia berada di atas lilin pertama pola tersebut.
  • Agak kerap muncul pada carta, tanpa mengira rangka masa yang anda suka gunakan. Setiap pedagang, daripada scalper sehingga pedagang posisi, boleh menggunakan pola ini dalam strategi perdagangan mereka.
  • Sangat sesuai untuk perdagangan penyongsangan dan untuk membuka urusniaga baharu. Namun, membaca tentang keburukan pola mungkin langkah terbaik bagi anda untuk memahami bagaimana caranya untuk mencari penyongsangan.

Keburukan

  • Sukar untuk diautomasikan. Sesetengah pola candlestick, seperti hammer (tukul), boleh diautomasikan dengan skrip dan Expert Advisor (EA). Bagi 3BC, ia mungkin kelihatan seperti sejujuk lilin merah dan bukannya tiga sesi perdagangan bearish yang rawak. Oleh itu, agak mencabar bagi pedagang yang berpengalaman untuk membangunkan automasi yang menggunakan pola ini.
  • Struktur pasaran mentakrifkan arah trend yang berlaku dalam aset tertentu, dan pedagang harus menanganinya. Pedagang mesti memerhatikan pasaran dengan teliti sebelum berdagang dengan pola ini, kerana pola ini sangat bergantung pada arah trend. Seperti yang kami nyatakan di atas, beberapa instrumen seperti XAUUSD, berfungsi sebagaimana yang sepatutnya dengan 3BC. Ini bermakna bahawa instrumen biasanya akan terus menurun selepas pola ini muncul. Yang lain, seperti indeks US500 pula sebaliknya.
  • Renti Rugi boleh diletakkan jauh dari titik kemasukan. Biasanya, Renti Rugi dalam perdagangan pola Three Black Crows perlu diletakkan di atas permulaan formasi ini (lebih atas daripada lilin merah pertama). Kadangkala, pasaran boleh menjadi sangat tidak menentu, jadi tiga batang lilin ini mampu membawa harga pergi sangat jauh. Oleh itu, untuk mengekalkan nisbah risiko-ganjaran yang baik, Ambilan Untung anda harus ditetapkan lebih jauh daripada Renti Rugi, dan ini akan menjadikan perdagangan lebih lama dan sukar dikawal.
  • Pola ini bagus untuk perdagangan melawan trend, bukan untuk pasaran yang menjajar (ranging markets). Ia mungkin menghasilkan isyarat palsu apabila pasaran sedang mengukuh. Oleh itu, perdagangan dalam pergerakan mendatar boleh mencipta banyak isyarat yang salah seterusnya mengakibatkan kerugian.
  • Ia boleh menyebabkan kemasukan ke pasaran yang lewat. Pedagang boleh menggunakan indikator-indikator teknikal dan formasi harga lain untuk mengesan penyongsangan. Three Black Crows bukanlah pola yang sangat responsif, dan anda akan sering melihat isyarat ini ketika ia sudah terlalu hampir dengan penghujung pergerakan.

Seperti yang anda boleh lihat, terdapat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan semasa berdagang pola 3BC. Walau bagaimanapun, anda boleh menerapkan pola ini dalam strategi perdagangan anda, menjadikannya lebih dipercayai dan kurang berisiko jika anda tahu caranya.

Cara Berdagang Forex Menggunakan Pola Candlestick Three Black Crows

Terdapat dua cara untuk berdagang dengan pola ini. Mula-mula, kami akan memberitahu anda cara klasik untuk berdagang dengan pola ini dan kemudiannya akan beralih kepada cara yang luar biasa.

Perdagangan trend dengan Pola Three Black Crows

Anda perlu mencari uptrend dan menunggu lilin merah besar untuk muncul. Lilin ini hendaklah sekurang-kurangnya separuh daripada lilin sebelumnya, yang menandakan bahawa penjual telah memasuki permainan.

Trend trading of the Three Black Crows Pattern 4.png

Anda tidak perlu membuka urusniaga dengan serta-merta tetapi perlu melihat pada lilin yang seterusnya. Selepas anda melihat dua lagi lilin bearish, carta sepatutnya kelihatan seperti di dalam rajah di bawah.

chart 5.png

Sekarang, anda boleh membuka urusniaga jual sebaik sahaja selepas lilin ketiga ditutup. Renti Rugi anda hendaklah ditetapkan di atas permulaan pergerakan, dan Ambilan Untung anda hendaklah ditetapkan sekurang-kurangnya hampir sama dengan Renti Rugi. Peraturan pengurusan risiko menyatakan bahawa jarak Ambilan Untung sepatutnya ditetapkan sebanyak dua kali ganda, tetapi kami mencadangkan anda agar menutup separuh daripada perdagangan anda di pertengahan jalan dan itu akan menjadikannya perdagangan yang kurang berisiko.

entry point three black crows pattern 6.png

Perdagangan melawan trend dengan pola Three Black Crows

Contoh di atas menerangkan secara ringkas cara perdagangan klasik pola Three Black Crows. Walau bagaimanapun, cara lain untuk menggunakan pola ini adalah dengan membuka urusniaga Beli pada penghujung lilin ketiga. Sebab untuk anda berdagang melawan trend adalah kerana terdapat beberapa instrumen yang lebih totok trendnya berbanding yang lain. Emas, sebagai contoh, boleh bergerak dalam suatu trend (cth. uptrend) selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan tetapi akan menyongsang juga pada akhirnya. Sebaliknya, indeks US500 boleh kekal dalam trend menaik selama bertahun-tahun serta melakukan beberapa pullback yang singkat semasa menaik.

Seperti yang kita tahu, trend adalah rakan anda, dan anda harus cuba berdagang mengikut arah trend, bukan menentangnya. Oleh itu, pullback dalam trend menaik adalah masa yang terbaik untuk anda membuka urusniaga beli. Inilah cara untuk berdagang pola Three Black Crows dalam pasaran yang semakin berkembang:

Seperti dalam contoh sebelum ini, anda perlu mencari trend menaik dan menunggu tiga lilin merah terbentuk.

uptrend 7.png

Seterusnya, anda perlu menganalisis instrumen dan memahami struktur pasaran yang berlaku di dalamnya. Ia biasanya trending atau mendatar? Seberapa besarkah pullbacknya? Soalan-soalan ini akan membantu anda untuk memahami perkara terbaik yang boleh anda lakukan selepas pola tersedia. Dalam senario kami, kami telah memilih untuk berdagang indeks US500, pasaran yang biasanya trending dengan pullback-pullback yang kecil dan singkat (3-5 sesi perdagangan). Itulah sebabnya kami membuka urusniaga beli.

Menetapkan Renti Rugi adalah mudah apabila berdagang mengikut arah pergerakan, tetapi bagaimana pula bila berdagang dengan penyongsangan? Adalah lebih baik jika anda menetapkan Ambilan Untung anda dahulu. Letakkannya di sempadan atas badan lilin tertinggi. Jarak Renti Rugi boleh ditetapkan sebanyak separuh daripada Ambilan Untung. Hasil akhir mungkin kelihatan seperti ini.

trading reversals with three black crows pattern 8.png

Jangan lupa untuk menganalisis instrumen sebelum membuat sebarang keputusan. Pola ini bukan semudah yang anda sangka. Oleh itu, analisis pasaran yang komprehensif adalah satu kemestian bagi semua pedagang pola Three Black Crows. Anda boleh perhatikan bahawa MT4 dan MT5 (antara platform perdagangan lain yang kami sokong) menyokong carta candlestick, jadi anda boleh menemui pola ini di sini.

Kesimpulan

Pola Three Black Crows bukanlah formasi candlestick yang biasa. Ia mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kami mengesyorkan pola ini untuk pedagang yang sudah biasa dengan struktur pasaran, pengurusan risiko dan perbezaan antara pasaran yang trending dan mendatar. Ini kerana, jika digunakan dengan betul, pola Three Black Crows dapat memberikan isyarat masuk yang mudah dikesan.

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Adakah pola Three Black Crows itu sama dengan pola Harami?

    Sudah tentu tidak, ia berbeza. Pola harami bearish ialah lilin merah kecil di dalam lilin hijau yang lebih besar. Manakala, pola Three Black Crows ialah satu siri lilin merah yang terletak di penghujung trend menaik.

  • Adakah pola Three Black Crows layak diandalkan 100%?

    Tiada pola dalam analisis teknikal yang 100% andal. Jika tidak, pedagang akan menggunakan pola itu sahaja untuk berdagang. Walau bagaimanapun, pola Three Black Crows cukup andal apabila digunakan dengan analisis struktur pasaran dan akal yang munasabah.

  • Apakah rangka masa yang terbaik untuk berdagang pola Three Black Crows?

    Secara amnya, rangka masa yang lebih besar akan menjana isyarat masuk yang lebih tepat dan kurang hingar bingar. Pola Three Black Crows juga tidak terkecuali. Cuba gunakan sekurang-kurangnya rangka masa 15M atau lebih tinggi jika anda ingin mengurangkan bilangan urusniaga yang buruk.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera