Kaedah breakout palsu Trader Vic
Penghormatan
Victor Sperandeo adalah pedagang terkenal yang mencadangkan satu metodologi untuk mengenal pasti penyongsangan trend berdasarkan breakout palsu. Kita akan mengkaji tentang metodologi ini di bawah dan memberikan beberapa contoh untuk menunjukkan penggunaannya.
Teori
Metodologi ini mencadangkan bahawa anda boleh menggunakan mana-mana trend (bullish atau bearish) pada mana-mana rangkamasa. Secara asasnya, anda akan mencari kawasan di mana harga terlepas sedikit dari paras tertinggi atau terendah yang terbentuk tidak lama sebelum itu. Jika itu berlaku dan kemudian harga dengan cepat menyongsang arah, ini dianggap sebagai petanda bahawa pembetulan yang lebih besar akan berlaku – inilah yang anda akan gunakan untuk mengaut keuntungan.
Logik dalaman pendekatan ini adalah hipotesis bahawa sekiranya pasaran tidak mempunyai momentum untuk melawan paras tertinggi atau terendah yang baru terbentuk (newly formed high or low) dan hanya melepasinya sedikit sahaja, ia berkemungkinan akan membuat pembetulan melawan trend ketika ia membentuk paras tertinggi atau terendah tersebut. Berikut adalah prosedur kerjanya.
- Anda menantikan untuk suatu paras tertinggi atau terendah taktikal terbentuk. Itu ditakrifkan sebagai paras tertinggi atau terendah di dalam julat 20 bar. Nantikan kemunculannya.
- Selepas itu, anda nantikan sehingga anda melihat jika harga mengundur beberapa bar, melantun dari paras tertinggi taktikal yang baru terbentuk itu.
- Kemudian periksa jika harga kembali mengikuti trend yang berkuat kuasa ketika ia membentuk paras tertinggi atau terendah taktikal tadi.
- Sekarang, jika harga melepasi hanya beberapa "inci" melepasi paras tertinggi dan terendah yang terbentuk tadi dan kemudian melantun semula ke arah berlawanan, itu harus menjadi petunjuk akan berlakunya pembetulan yang lebih besar.
- Buka urusniaga anda sebaik selepas pengunduran menjadi sahih.
Contoh 1: jual
- Anda dapat melihat harga tertinggi baru terbentuk di titik A.
- Anda melihat pengunduran yang signifikan menurun ke titik B.
- Anda lihat harga naik ke atas semula mencapai titik C, melepasi titik A hanya sedikit.
- Anda lihat bar D berpatah balik ke bawah dan ambil maklum paras terendahnya.
- Anda lihat harga ditutup di bawah harga terendah bar D – anda jual di sini dan sasarkan untuk tutup di titik F.
Contoh 2: beli
- Anda dapat melihat harga terendah baru terbentuk di titik A.
- Anda melihat pengunduran yang signifikan meningkat ke titik B.
- Anda lihat harga turun ke bawah semula mencapai titik C, hanya rendah sedikit dari titik A.
- Anda lihat bar D berpatah balik ke atas dan ambil maklum paras tertingginya.
- Anda lihat harga ditutup di di atas harga tertinggi bar D – anda beli di sini dan sasarkan untuk tutup di titik F.