Strategi perdagangan ‘HHLL’: hanya ikuti aksi harga

Baca artikel ini di laman web FBS

Artikel ini akan menerangkan tentang suatu strategi yang dinamakan ‘HHLL’. Mungkin anda sudah pernah menemui strategi seperti ini yang dipanggil dengan nama-nama lain kerana strategi ini berasaskan kepada prinsip-prinsip klasik Forex. Antara yang paling bagus mengenai strategi ini, anda tidak perlu menggunakan sebarang indikator. Yang penting anda harus mengikuti aksi harga. Bagaimana pun, sesetengah indikator masih boleh membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih baik. Selain dari itu, jangan ragu-ragu untuk menambahkan apa-apa yang anda rasakan perlu kepada strategi ini, suaikannya dengan selera anda! Nanti mungkin anda akan menghasilkan strategi baru anda sendiri yang sesuai dengan pendekatan dan visi perdagangan anda.

Mentakrifkan trend

Sebagai permulaan, mari kita himbau semula takrifan untuk trend. Trend adalah arah gerakan secara umum harga suatu aset di pasaran. Uptrend (trend bullish) terdiri dari serangkaian harga tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan harga rendah yang lebih tinggi (higher lows) – harga sedang meningkat naik. Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai rentetan harga rendah yang lebih rendah (lower lows) dan harga tinggi yang lebih rendah (lower highs) – harga sedang menurun. Masa terbaik untuk masuk ke pasaran adalah ketika trend menyongsang arah.

Uptrend

Katakanlah ada uptrend terbentuk di carta. Harga tinggi pertama (H) disusuli dengan harga rendah pertama (L), dan kemudian ia disusuli lagi oleh harga tinggi kedua (HH – higher high, harga tinggi yang lebih tinggi lagi). Selepas itu, jika harga terkeluar dari struktur trend dan membentuk harga rendah yang lebih rendah lagi (LL – lower low), pedagang harus bersiap-siap untuk menjual bila harga tiba di aras tertentu, yang akan kita bincangkan kemudian.

str1.png

Downtrend

Mari kita lihat kes sebaliknya: downtrend. Harga rendah yang pertama (L) diikuti oleh harga tinggi pertama (H), yang seterusnya diikuti oleh harga rendah yang kedua (LL). Selepas itu, jika harga keluar dari struktur trend dan membentuk harga tinggi yang lebih tinggi (HH -higher high), pedagang harus bersiap-siap untuk membeli bila harga tiba di suatu aras harga tertentu, dan ini juga kita akan bincangkan kemudian.

str2.png

Pra-syarat masuk posisi JUAL

Mari kita bincangkan di mana dan bagaimana kita akan buka pesanan jual. Momen yang paling tepat untuk masuk adalah ketika pengunduran ke harga tinggi pertama (rujuk gambar di bawah). Struktur ini berkesan kerana ada satu golongan yang dinamakan 'gerombolan jerung' ("big players"). Untuk menjual dalam volum yang besar, mereka perlukan satu jumlah pesanan beli yang besar untuk menjadikan urusniaga mereka lebih menguntungkan. Kawasan di antara H dan HH mewakili zon di mana kecairan meningkat. Oleh itu, terdapat banyak pembeli kerana mereka percaya bahawa trend akan terus berlanjutan.

Cara yang lebih baik untuk masuk posisi adalah dengan menggunakan pesanan tertangguh (pending order). Mula-mula, anda harus nantikan pembentukan harga rendah yang lebih rendah (LL). Kemudian, anda harus pasang Sell Limit pada aras harga tinggi yang pertama (H). 

str3.png

Pra-syarat masuk posisi BELI

Dengan logik yang sama, sekiranya hendak membeli, zon peningkatan kecairan terletak di antara aras harga rendah yang pertama dan yang kedua (L dan LL di gambar di bawah). Ada ramai penjual, yang percaya trend menurun akan terus berlanjutan. Ada pedagang yang membeli terlalu awal, ada yang panik dan menutup pesanan mereka, dan ada ramai yang mempunyai Renti Rugi (Stop Loss) di kawasan ini. Jadi, pemain-pemain besar melihat peluang yang amat baik untuk membeli pada masa ini. Lalu apa yang harus kita lakukan? Masuk posisi bersama dengan 'pemain-pemain besar'! Tunggu pembentukan harga tinggi yang lebih tinggi (HH) dan pasangan Buy Limit pada aras harga rendah yang pertama (L).

str4.png

Minimumkan risiko

Gunakan Renti Rugi

Seandainya anda belum tahu, Renti Rugi (SL, Stop Loss) adalah pesanan keluar posisi, yang berguna untuk menghadkan amaun kerugian yang mungkin ditanggung oleh pedagang sekiranya harga bergerak melawan aspirasi beliau.

Sekiranya anda menjual, adalah satu idea yang baik untuk letakkan Renti Rugi sedikit lebih atas dari titik HH. Sebaliknya pula, sekiranya membeli, letakkan Renti Rugi sedikit lebih rendah dari titik LL.

Gunakan Ambilan Untung

Sama seperti Renti Rugi, Ambilan Untung (TP) juga salah satu pesanan untuk keluar posisi. Namun, tidak seperti Renti Rugi yang membataskan kerugian pedagang pada perdagangan, TP menandakan harga tertentu di mana posisi yang menguntungkan akan ditutup secara automatik. Dengan kata lain, TP adalah sasaran keuntungan anda. Anda perlu meletakkan TP pada aras yang anda jangka dapat dicapai.

Setiap senario ada dua sasaran. Bagi senario penjualan, Ambilan Untung pertama harus dipasang pada aras harga rendah pertama (L) dan Ambilan Untung kedua - pada harga rendah kedua (LL).

str6.png

Bagi senario pembelian, Ambilan Untung pertama harus dipasang pada aras harga tinggi pertama (H) dan Ambilan Untung kedua - pada harga tinggi kedua (HH).

str5.png

Itu sahaja! Cuba strategi ini dalam perdagangan anda!

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.