Perdagangan Trend vs Perdagangan Melawan Trend
Salah satu prinsip bagi analisis teknikal adalah harga bergerak dalam trend. Setiap trend terdiri daripada tempoh-tempoh apabila harga bergerak mengikut arah trend ini dan tempoh-tempoh pembetulan melawan trend yang lebih kecil.
Strategi-strategi mengikut trend memberi tanggapan bahawa seseorang pedagang membuka kedudukan mengikut arah trend utama. Dalam erti kata lain, mereka membeli dalam trend menaik dan menjual dalam trend menurun. Masa terbaik untuk memasuki pasaran menggunakan pendekatan ini adalah apabila pembetulan berakhir dan trend utama bersambung semula. “Beli rendah dan jual tinggi” adalah mantera yang disukai oleh para pedagang.
Para pedagang yang melawan trend tidak mahu menunggu suatu pembetulan berlalu. Jika pasaran berada dalam trend menaik, mereka boleh menjual apabila harga menyonsang daripada rintangan dan menetapkan sasaran berhampiran sokongan. Pendorong mereka ialah harga tersebut sudah pun terlalu tinggi, jadi ia pasti akan menurun, sekurang-kurangnya untuk beberapa waktu.
Adakah pendekatan-pendekatan ini mempunyai risiko-risiko yang sama atau tidak? Yang mana satu yang boleh menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada para pedagang? Mari kita lihat.
Perdagangan trend
Perdagangan trend ialah satu percubaan untuk mendapatkan keuntungan dengan menganalisis momentum suatu aset dalam arah tertentu. Apabila harga bergerak dalam satu arah yang umum, seperti naik atau turun, ia dipanggil trend.
Para pedagang trend mengambil posisi long apabila aset sedang dalam trend menaik. Swing lebih tinggi harga terendah dan swing lebih tinggi harga tertinggi memperincikan trend menaik. Para pedagang trend juga boleh memasuki posisi short apabila aset bergerak menurun. Swing lebih rendah harga terendah dan swing lebih rendah harga tertinggi memperincikan trend menaik.
Strategi-strategi perdagangan trend mengandaikan bahawa aset akan terus bergerak ke arah yang sama pada ketika itu. Strategi sedemikian selalunya mengandungi peruntukan Ambilan Untung atau Renti Rugi untuk mengunci keuntungan atau mengelakkan kerugian besar jika berlaku penyonsangan trend. Perdagangan trend digunakan oleh pedagang-pedagang jangka pendek, sederhana dan panjang.
Kebanyakan pedagang boleh mengandaikan trend semasa. Kesukarannya ialah untuk memutuskan bagaimana untuk bertindak. Mari kita teruskan dengan contoh trend menaik. Perdagangan trend mengandaikan bahawa anda akan membeli pada sokongan atau pada penembusan rintangan. Dalam kes pertama, anda akan menggunakan instrumen seperti garis trend dan pengunduran Fibonacci. Dalam kes kedua, anda boleh menggunakan pola carta penerusan seperti segi tiga, bendera dan baji.
Sesetengah pedagang akan membeli di poin 1 (aras sokongan garisan trend dan pengunduran Fibonacci) atau 2 (penerobosan pola “Flag”), sesetengahnya akan menantikan poin 3 (penembusan ke atas harga tinggi sebelumnya). Sudah tentu, lebih rendah aras di mana anda membeli, lebih besar potensi keuntungan anda.
Ambilan Untung
Anda boleh menetapkan sasaran keuntungan anda pada paras tertinggi trend menaik sebelumnya (paras terendah trend menurun) atau tahap melebihinya jika anda lebih yakin terhadap dagangan anda.
Renti Rugi
Perhatikan bahawa apabila anda menunggang trend, anda boleh menggunakan rentian mengekor yang mengikuti trend tersebut. Walau bagaimanapun, anda perlu berjaga-jaga sebab mungkin tidak mudah untuk menentukan di mana suatu Renti rugi itu hendak dipindahkan. Risikonya ialah pembetulan biduk akan membuatkan pasaran melanggar hentian anda dan menutup pesanan anda.
Penambahan Posisi (Scaling in)
Anda boleh menambah posisi ketika anda mengikuti trend jika pasaran telah bergerak memihak kepada anda dan perdagangan anda menguntungkan. Dengan cara ini potensi keuntungan anda akan meningkat. Jangan lupa untuk melaraskan pengurusan risiko anda jika anda berbuat demikian. Anda juga boleh merancang untuk memulakan dengan dagangan yang lebih kecil daripada biasa (contohnya, beli pada poin 1) dan kemudian menaikkannya apabila harga melebihi poin 2. Taktik ini akan mengurangkan risiko anda.
Perdagangan Melawan Trend
Perdagangan lawan trend ialah pembetulan harga aset terhadap arah aliran utama. Secara mudahnya, apabila pasaran berada dalam trend menaik dan mengundur, pullback ke bawah adalah melawan trend kerana ia bertentangan dengan arah trend asal pasaran.
Strategi perdagangan melawan trend adalah percubaan untuk membuat keuntungan kecil dengan membuka perdagangan terhadap trend utama. Perdagangan lawan trend ialah satu bentuk perdagangan swing yang menganggap bahawa trend pasaran semasa akan mengalami penyongsangan atau pullback dan kemudian cuba untuk mendapatkan keuntungan daripada pullback apabila trend pendasar berterusan. Strategi ini adalah jangka sederhana, di mana posisi dipegang selama beberapa hari atau beberapa minggu.
Sesetengah pedagang yang menggunakan strategi ini untuk keuntungan menggunakan pullback sambil mengekalkan posisi utama mereka dalam arah trend tersebut. Strategi-strategi lawan trend menggunakan indikator-indikator momentum, tahap-tahap sokongan dan rintangan serta pola-pola candlestick untuk mengenal pasti poin yang bermemungkinan untuk memasuki pasaran. Walau bagaimanapun, para pedagang yang menggunakan kaedah ini perlu berhati-hati untuk menyambung semula trend semasa pada bila-bila masa tanpa amaran. Oleh itu, apabila berdagang dengan strategi ini, teknik pengurusan risiko yang betul seperti pesanan Renti Rugi dan saiz posisi minimum harus digunakan untuk mengehadkan kerugian.
Para pedagang yang menggunakan pendekatan ini mengambil petunjuk daripada penyongsangan pola candlestick (bar pin, permulaan petang/pagi, dsb.). Mereka juga menggunakan osilator-osilator seperti MACD atau RSI untuk melihat sama ada pasaran telah terlebih beli/terlebih jual dan sama ada terdapat capahan antara harga dan indikator. Jika tanda-tanda ini ada, para pedagang membuka pesanan melawan trend sebelumnya.
Seseorang pedagang boleh sahaja memutuskan untuk menjual di poin 1 bila harga telah membentuk candlestick dengan bayang/jambul yang panjang (petunjuk negatif) dan indikator MACD tidak mengesahkan harga tinggi.
Ambilan Untung
Adalah lebih sukar untuk mencari tempat untuk membetulkan keuntungan apabila anda berdagang melawan trend. Cabarannya ialah jangan terlalu tamak. Ingatlah bahawa anda bertaruh melawan pasaran. Sesetengah trend boleh bertukar menjadi pasaran mendatar yang mengehadkan keuntungan bagi posisi melawan trend. Trend awal juga boleh bersambung semula dengan pantas dan tidak membiarkan harga membetul terlalu banyak. Oleh itu, berhati-hati dan urus risikonya.
Renti Rugi
Lokasi untuk pesanan Renti Rugi dalam dagangan sedemikian adalah semula jadi. Para pedagang meletakkan Renti Rugi mereka di belakang poin melampau harga di mana pembetulan telah bermula. Renti Rugi mungkin akan lebih kecil daripada yang anda akan gunakan jika anda berdagang trend tersebut.
Penambahan Posisi (Scaling in)
Ia bukan idea yang baik untuk mengusik saiz posisi anda apabila anda berdagang melawan trend. Dagangan tersebut boleh menjadi sangat jangka pendek, oleh itu anda berisiko untuk berada dalam situasi yang tidak selesa jika anda cuba menambah dagangan. Dan jangan tambah posisi yang rugi kerana ia mungkin menyebabkan kerugian yang lebih besar.
Dalam video baharu kami, kami akan membincangkan tentang perdagangan trend dan perdagangan melawan trend dengan lebih tepat.
Kesimpulan
Seperti yang anda lihat, kedua-dua pendekatan perdagangan mempunyai ciri-ciri yang khusus. Kedua-duanya boleh menjana signal-signal perdagangan yang baik, tetapi masing-masing memerlukan strategi pengurusan risikonya yang tersendiri. Hikmah bagi para pedagang ialah perdagangan melawan trend memerlukan lebih banyak pengalaman dan pemula harus bermula dengan mengikut arah aliran. Praktikkan dan lihat kaedah mana yang sesuai untuk anda!