Ada ribuan, jika bukan jutaan, aset di dunia. Yang paling terkenal adalah euro, dolar, emas, bitcoin, dan lain-lain.
Bagaimana cara berdagang dengan pola Cypher?
2023-05-04 • Dikemaskini
Pola Cypher bukanlah formasi carta perdagangan yang paling terkenal. Namun begitu, instrumen perdagangan ini boleh membantu anda memahami dan meramalkan pergerakan harga dengan lebih baik. Pelajari bagaimana ia berfungsi dan tambahkannya pada toolkit perdagangan anda.
Pola Harmonik Cypher
Pola Cypher ialah formasi penyongsangan dalam kelas pola-pola harmonik. Ia terbentuk di pelbagai pasaran kewangan termasuk Forex, niaga hadapan, saham dan kripto. Pola cypher terdiri daripada empat segmen harga yang berasingan, yang saling terhubung dengan nisbah Fibonacci tertentu.
Di dalam uptrend, pola Cypher membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras terendah yang lebih tinggi (lower highs). Sebaliknya, di dalam downtrend, pola Cypher membentuk paras terendah yang lebih rendah (lower lows) dan paras tertinggi yang lebih rendah (lower highs).
Satu lagi ciri yang menarik pada pola Cypher ialah tiga kaki pertama dalam formasi itu menyerupai corak zigzag atau panahan kilat.
Di bawah anda boleh melihat contoh pola Cypher yang bullish.
Anda boleh lihat bagaimana pola ini ialah suatu struktur XABCD lima titik, yang terdiri daripada empat segmen individu. Dalam pembentukan bullish, titik A dan titik C membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi, dan titik B membentuk paras rendah yang lebih tinggi.
Peraturan Pola Cypher
Terdapat beberapa peraturan untuk mengklasifikasikan pola Cypher yang sah. Segmen XA hendaklah sentiasa impulsif. Segmen AB, pergerakan pembetulan, menjejak semula sebahagian daripada segmen XA. Segmen BC meneruskan pergerakan segmen pertama (XA) dan membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi. Akhir sekali, segmen CD mengundur semula sebahagian besar dari pergerakan keseluruhan antara titik X dan C.
Pedagang menggunakan dua alat Fibonacci yang utama untuk menentukan pola Cypher. Yang pertama ialah pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement), dan yang kedua ialah unjuran Fibonacci (Fibonacci projection).
Segmen AB mesti mengundur semula (retrace) segmen XA sekurang-kurangnya 38.2%, dan ia tidak boleh melepasi 61.8%.
Titik C dalam struktur ini hendaklah sekurang-kurangnya unjuran 127% segmen XA, diukur dari titik B. Pada masa yang sama, titik C tidak boleh diunjur lebih dari 141.4%.
Titik D harus tamat pada atau berhampiran dengan pengunduran Fibonacci 78.6% bagi pergerakan harga seperti yang diukur dari mula dari titik X ke titik C.
Peraturan yang pertama dan terakhir ialah peraturan yang paling penting untuk pola Cypher.
Jika bayang candlestick kelihatan sangat panjang, maka adalah lebih baik untuk menggunakan harga penutupan lilin untuk mengukur. Sebaliknya, jika saiz bayang adalah standard, menggunakan bayang dalam proses pengukuran adalah lebih baik.
Strategi Perdagangan Cypher
Kita boleh bersiap sedia untuk mempertimbangkan untuk membuka urusniaga berhampiran titik terakhir Cypher apabila kita menemui pola carta yang saling terhubung dengan nisbah Fibonacci yang betul.
Pedagang harus mengikut strategi perdagangan berikut untuk membuka posisi beli apabila dapat mengesan pola perdagangan Cypher yang bullish:
- Masukkan pesanan limit untuk membeli di paras pengunduran 78.6% (retracement level) segmen XC, juga dikenali sebagai titik D.
- Letakkan pesanan Renti Rugi di bawah titik X.
Adalah lebih baik untuk gunakan strategi sasaran Ambilan Untung dua peringkat. Seorang pedagang harus menetapkan sasaran pertama di bawah titik A dan sasaran kedua di bawah titik C.
Sebaliknya, pedagang harus mengikuti langkah berikut untuk membuka posisi jual bagi pola perdagangan Cypher yang bearish:
- Masukkan pesanan limit (limit order) untuk menjual di paras pengunduran 78.6% segmen XC. Ia juga dikenali sebagai titik D.
- Letakkan pesanan Renti Rugi di atas titik X.
Pedagang harus menetapkan sasaran pertama tepat di atas titik A dan yang kedua tepat di atas swing titik C.
Pola Cypher Bullish
Imej di bawah menunjukkan pola Cypher bullish yang tipikal.
Segmen XA awalan terbentuk dari titik permulaan di X.
AB bergerak lebih rendah untuk mengundur semula gerakan XA. Pengunduran semula ini harus membawa harga ke zon di antara aras 38.2 hingga 61.8 segmen XA.
Segmen BC membentuk harga tertinggi yang lebih tinggi dan tamat di antara unjuran 127.2 dan 141.4 segmen XA awalan.
Segmen CD bergerak lebih rendah dan berakhir berhampiran paras pengunduran 78.6% pergerakan harga dari titik X ke titik C.
Sebaik sahaja harga mencapai paras pengunduran 78.6% di titik D, pola Cypher yang bullish dianggap sah dan kenaikan harga selanjutnya dijangkakan akan terjadi.
Bagaimana cara untuk melukis pola Cypher?
Anda perlu ikuti beberapa langkah untuk melukis pola Cypher.
- Pertama sekali, muat turun dan pasang indikator pola harmonik custom. Di terminal MT4 dan MT5, anda boleh mencari indikator pola harmonik di dalam koleksi indikator.
- Kenal pasti titik permulaan X di carta, iaitu salah satu dari mana-mana titik swing tinggi atau swing rendah.
- Anda harus mengikuti pergerakan gelombang swing pasaran sebaik sahaja anda menemui titik swing tinggi/rendah pertama anda.
- Anda perlu mempunyai empat titik atau empat swing tinggi/rendah yang saling terhubung dan membentuk pola harmonik Forex. Setiap kaki swing mesti disahkan dan mematuhi nisbah Fibonacci Forex pola Cypher yang diterangkan di atas.
Kesimpulan
Pola Cypher adalah salah satu struktur harmonik yang paling termaju. Walau bagaimanapun, pola ini mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi dan menawarkan nisbah risiko kepada ganjaran yang mantap.
Serta banyak pola lain, pola Cypher berfungsi lebih baik apabila ia muncul di rangka masa yang lebih tinggi seperti empat jam dan ke atas.
Serupa
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.