Apakah Itu Saham Cip Biru?
Apakah itu Cip Biru?
Istilah "saham cip biru" dipinjam dunia pelaburan dari poker, di mana cip berwarna biru mempunyai nilai yang tertinggi. Oleh itu, saham cip biru digunakan untuk menggambarkan syarikat-syarikat yang terkenal dan berkualiti tinggi yang menjadi peneraju dalam industri mereka. Saham ini cenderung menunjukkan pertumbuhan yang kuat sepanjang sejarahnya dan biasanya membayar dividen.
Ciri-ciri Saham Cip Biru
Mari kita takrifkan ciri-ciri utama saham cip biru.
1. Permodalan pasaran yang besar
Permodalan pasaran adalah ukuran yang menunjukkan saiz dan nilai sesebuah syarikat. Saham-saham cip biru umumnya mempunyai permodalan yang besar, yang bermaksud penilaian pasarannya adalah $5 bilion (tanda aras yang diterima umum) atau lebih.
2. Pertumbuhan yang stabil
Saham cip biru sudah terbukti kemantapannya zaman-berzaman. Mereka mempunyai sejarah pertumbuhan yang kuat, asas pendapatan yang stabil, dan masa depan yang cerah. Cip biru tidak berupaya untuk naik sepantas saham teknologi yang berkembang pesat kerana mereka telah mengembangkan perniagaan mereka dan hampir mustahil untuk menyokong pertumbuhan yang pesat sepanjang masa.
3. Komponen indeks pasaran
Saham cip biru adalah komponen indeks pasaran utama seperti S&P 500 (US500), Dow Jones Industrial Average (US30), dan/atau Nasdaq 100 (US100).
4. Dividen
Perlu disebutkan bahawa bukan semua saham blue-chip membayar dividen, tetapi sebahagian besarnya darinya melakukan hal tersebut. Dividen adalah pembayaran yang dibuat oleh syarikat kepada pelabur mereka secara berkala. Syarikat yang membayar dividen sering dipandang sebagai matang kerana mereka tidak perlu melaburkan banyak pendapatan untuk mendanai pertumbuhan mereka lantas mampu memberikan ganjaran kepada pemegang saham.
Kelebihan Utama Melabur dalam Saham Cip Biru
Pempelbagaian
Saham-saham cip biru boleh dijadikan pegangan teras di dalam portfolio pelaburan anda. Namun ingat bahawa portfolio yang seimbang harus terdiri daripada pelbagai kumpulan saham yang berbeza. Kepelbagaian adalah nasihat yang paling universal untuk para pelabur saham. Ideanya di sini adalah untuk tidak meletakkan semua telur anda di dalam satu bakul – untuk mengumpul set yang terdiri dari pelbagai saham yang akan bertindak balas dengan berbeza terhadap peristiwa ekonomi yang sama. Tujuannya adalah untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka pada mana-mana satu aset.
Keandalan
Sebab lain mengapa cip biru begitu popular di kalangan para pelabur adalah keandalan (reliability) mereka. Cip biru tidak kalis dari terkesan dengan kemerosotan di pasaran, tetapi mereka telah menunjukkan rekod silam yang membuktikan keupayaannya mengatasi pelbagai jenis kesukaran dan bangkit kembali.
Keselamatan Saham Cip Biru
Pertama sekali, mari kita takrifkan apakah maksud keselamatan bagi para pelabur. Bagi sebilangan orang, ini bermaksud saham tidak kehilangan nilai sebanyak kumpulan saham lain kita pasaran merudum. Bagi yang lain pula, saham yang selamat adalah saham yang tidak memotong atau menggantung pembayaran dividen mereka walaupun ketika ekonomi dirundung krisis. Saham cip biru mempunyai kedua-dua kelebihan ini, itulah sebabnya ia dianggap sebagai pelaburan yang selamat.
Saham cip biru terbaik untuk dibeli
Walaupun anda seorang pemula dalam pelaburan, anda paasti sudah biasa dengan nama banyak saham blue-chip terkemuka. Mengapa? Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat ini sudah sebati dengan kehidupan seharian kita. Berikut adalah senarai saham cip biru yang terbaik.
1. Apple
Apple adalah salah satu syarikat yang terbesar di dunia dan juga peneraju sektor teknologi. Cuba renung kembali pelbagai peranti mereka dari komputer Macintosh yang inovatif pada tahun 1980-an dan iPod pada tahun 2001 hingga iPhone, iPad, dan Apple Watches yang ada di mana-mana pada masa kini. Apple telah mencipta sebuah ekosistem yang luar biasa: apabila pelanggan sudah berada di dalamnya, kebarangkaliannya tinggi beliau tidak akan keluar dari ekosistem tersebut.
2. Berkshire Hathaway
Berkshire Hathaway, syarikat yang diterajui CEO terkenal Warren Buffett, adalah pemain utama dalam industri insurans. Syarikat ini menawarkan pelbagai insurans komersial dan peribadi melalui anak-anak syarikatnya. Syarikat ini telah mempunyai reputasi sebagai syarikat yang mengatasi pasaran dan stabil.
3. Coca-Cola
Coca-Cola sudah menjadi peneraju utama dalam segmen minuman bertahun-tahun lamanya. Kini, gergasi ini mempunyai pelbagai produk dari minuman sukan hingga air botol dan minuman ringan. Dividen yang semakin meningkat sejak awal 1960-an menjadikan Coca-Cola lebih manis di mata pelabur.
4. Johnson & Johnson
Johnson & Johnson terkenal dengan barang-barang pengguna, tetapi pada tahun 2021 ia juga telah menjadi salah satu pembuat vaksin COVID-19 yang mendapat kelulusan!
5. Walt Disney
Walt Disney mempunyai sejarah yang menarik, bermula dari industri animasi dan taman tema hingga ke perkhidmatan streaming Disney+. Syarikat itu terpukul teruk dengan krisis Covid-19 kerana kedai, taman tema, dan kapal persiaran mereka ditutup lantaran dari sekatan penjarakan sosial. Kini, Disney berkemungkinan besar akan pulih kerana sekatan telah reda justeru dari program vaksinasi.
Bagaimana cara untuk berdagang saham cip biru?
- Muat turun aplikasi FBS Trader ke telefon bimbit anda untuk boleh melihat carta pada bila-bila masa dan MetaTrader 5 di komputer peribadi anda untuk analisis teknikal yang lebih rumit.
- Lakukan analisis teknikal dan fundamental dengan bantuan artikel-artikel dan video kami.
- Buka posisi dan pantau!
Baca lebih lanjut
- Apakah itu short selling di pasaran saham?
- Apakah itu tamat tempoh opsyen dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex?
- Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?
- Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?
- Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?
- Apakah Itu Harga Indeks Pengguna?
- Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?
- Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya?
- Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?