Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Strategi Perdagangan Base-150
2023-04-03 • Dikemaskini
Intipati
Ini ialah sebuah strategi perdagangan trend. Ia membolehkan anda menentukan trend dan memilih titik masuk. Purata Bergerak (MA, Moving Average) jangka panjang digunakan untuk mengesahkan arah gerakan pasaran secara am, dan purata bergerak jangka pendek digunakan untuk menunjukkan di mana posisi boleh dibuka.
Perkakas
Untuk mengenal pasti trend
Purata Bergerak Jangka Panjang: 365 tempoh dan 150 tempoh, kedua-duanya jenis eksponen.
Untuk mengenal pasti titik masuk
Purata Bergerak Jangka Pendek: 26 tempoh dan 6 tempoh, kedua-duanya jenis eksponen.
Tetapan untuk Purata Bergerak
Di bawah anda boleh lihat di mana anda boleh memilih indikator Purata Bergerak di menu MetaTrader.
Klik kanan pada garisan Purata Bergerak dan pilih menu "Properties", anda akan ditawarkan untuk memilih kaedah eksponen seperti di bawah.
Rangka masa
Harian, H4, dan H1 adalah yang paling sesuai untuk strategi ini.
Instrumen dagangan
Anda boleh dagangkan mana-mana matawang, saham, atau komoditi menggunakan strategi ini. Namun, untuk membuat keuntungan secara kerap, adalah lebih efisien untuk mendagangkan pasangan matawang atau instrumen lain yang menunjukkan pola pergerakan yang lebih kerap. Justeru itu, kami mencadangkan EUR/USD, GBP/USD, GBP/CHF, dan USD/JPY untuk strategi ini.
Langkah -langkah
Mengenal pasti trend
Secara amnya, kita tidak akan menyimpang jauh dari peraturan biasa perdagangan trend: beli ketika pasaran menaik, jual ketika ia menurun. Justeru, pertama sekali, anda perlu memahami jika pasaran sedang menaik atau menurun. Untuk melakukan itu dengna lebih mudah, plotkan Purata Bergerak 365 tempoh dan 150 tempoh ke carta.
Sekarang, jika anda lihat harga berada di atas MA 365 dan MA 150 (atau MA 150 menyilang MA 365 dari bawah ke atas) ia menandakan trend menaik. Justeru itu anda akan membeli. Sebaliknya, jika harga bergerak di bawah kedua-dua MA (atau MA 150 menyilang MA 365 dari atas ke bawah) maka ia adalah downtrend. Justeru, anda akan menjual.
Mengenal pasti titik kemasukan
Sekarang, cari titik masuk. Untuk melakukannya, anda plotkan MA 26 tempoh dan MA 6 tempoh ke carta.
Uptrend/membeli
Dalam suatu uptrend, tunggu sehingga harga (atau MA 6) menyilang MA 26 dari bawah ke atas – itu akan menjadi signal untuk membuka posisi long.
Downtrend/menjual
Di dalam suatu downtrend, bila anda lihat harga (atau MA 6) menyilang MA 26 dari atas ke bawah – anda jual.
Renti rugi
Adalah disyorkan untuk memasang renti rugi di atas MA 365 untuk dagangan jual, dan di bawah MA 365 untuk dagangan beli.
Kesimpulan
Ada maklumat yang tersebar di media bagaimana strategi ini membolehkan sekumpulan pedagang meraih keuntungan yang signifikan menerusi 80 urusniaga berturut-turut. Walaupun itu mungkin benar (kami tidak boleh nafikan kemungkinan penggunaan strategi yang efektif) kami syorkan agar anda tidak obses dengan mana-mana satu strategi untuk melihat jika anda benar-benar boleh mendapat 80, atau 100, atau apa jua bilangan lain urusniaga yang berjaya berdasarkan strategi ini
Pengurusan risiko yang waras dan jangkaan yang munasabah dari perdagangan harian adalah praktis yang terbaik di setiap masa. Lihat jika strategi ini berkesan untuk anda, ambil sedikit masa untuk membuat "semakan realiti". Jika ia berjaya – tahniah; teruskan dengan berhati-hati. Jika tidak – teruskan pembelajaran anda dan cuba strategi lain.
Baca lebih lanjut
- Strategi Pola Penyongsangan 1-2-3
- Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari
- Strategi scalping yang anda dambakan
- Bina strategi anda dengan RSI
- Strategi 'Carry Trade'
- Kesan gelombang dengan strategi swing trading
- Strategi trading Cherry-blossom
- Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)
- Strategi scalping yang mudah
- STRATEGI PERDAGANGAN FIFTH ELEMENT DAN POWER RANGER
- Strategi perdagangan Forex Archer
Serupa
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.