Cara-cara untuk berjaya di pasaran minyak

Cara-cara untuk berjaya di pasaran minyak

2024-06-06 • Dikemaskini

Jika anda tidak tahu di mana wang anda harus dilaburkan, pasaran minyak adalah pilihan yang baik untuk anda. Minyak menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia. Di dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda mengapa ia begitu dan bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan anda di pasaran minyak.

Perkataan sakti: CFD

Bila anda menceburi dunia pasaran minyak, anda akan menemui tiga huruf sakti, CFD.

CFD adalah singkatan bagi Contract For Difference. Kita tahu minyak dihitung dalam unit tong (Inggeris: barrels). Tetapi anda harus mengerti bahawa bila memasuki pasaran minyak, anda tidak akan menerima minyak sebenar di dalam tong. Kalau begitu, apa yang anda akan dapat? Ideanya di sini adalah untuk meramalkan harga aset dan menang bila ramalan anda betul. Hasilnya, bila anda datang ke pasaran, anda mendapatkan wang, bukannya membeli barangan.

Bagaimana harga pada CFD terbentuk? Harga sama dengan harga-harga bagi niaga hadapan di Intercontinental and New York Mercantile Exchanges.

Brent dan WTI

Tahukah anda bahawa anda akan menemui lebih dari satu carta di pasaran minyak? Ada dua tanda aras utama minyak yang memberikan anda peluang pelaburan. Ia adalah Brent dan WTI.

Brent adalah standard untuk pasaran Eropah dan Asia. Tanda aras ini terdiri dari 15 gred minyak yang dihasilkan di blok pentas Norway dan Scotland yang bernama Brent, Ekofisk, Oseberg, dan Forties.

WTI adalah tanda aras untuk Hemisfera Barat. Ia dihasilkan di lapangan-lapangan minyak AS, terutamanya di Texas, Lousiana, dan Dakota Utara.

Ada dua perbezaan antara dua tanda aras ini. Yang pertama adalah lokasi, yang kedua adalah komposisi kimia. Kerana itulah harganya berbeza. WTI lebih murah dari WTI. Namun, jika anda lihat cartanya, anda tidak akan melihat perbezaan ketara pada pergerakan kedua-duanya.

Pemacu pasaran

Permintaan/bekalan

Faktor yang mempengaruhi setiap pasaran adalah permintaan dan bekalan. Ingat sahaja satu peraturan mudah: bila bekalan menyusut – harga meningkat, bila bekalan meningkat – harga turun. Begitu juga sebaliknya, bila permintaan menyusut – harga turun, bila permintaan naik – harga naik.

Mengapa bekalan/permintaan boleh berubah? Penurunan pada permintaan disebabkan oleh kelemahan-kelemahan ekonomi para pengimimport terbesar minyak.

Penurunan pada bekalan disebabkan oleh konflik, sekatan ekonomi, dan masalah dengan pelantar minyak. Peningkatan permintaan sentiasa bergantung kepada keputusan pengeksport minyak untuk meningkatkan pengeluaran.

Permintaan dan bekalan adalah faktor-faktor fundamental dan semua pendorong lain diasaskan berdasarkannya.

Peristiwa politik

Ketidak tentuan, konflik, sekatan berkaitan dengan para pengeluar terbesar minyak sentiasa memberikan kesan yang positif pada harga minyak. Ideanya jelas: konflik mengakibatkan terputusnya bekalan, penurunan bekalan menaikkan harga minyak. Apa yang anda perlu lakukan adalah ikuti berita dan sentiasa mengetahui yang terkini.

Sentimen pasaran

Sentimen pasaran adalah faktor yang berpunca dari peristiwa politik. Satu sifat pasaran minyak adalah betapa harganya berubah berdasarkan berita, bukan fakta. Contohnya, sebaik sahaja muncul berita tentang masalah yang mungkin menimpa bekalan di masa hadapan, harga terus naik. Malahan pasaran mempedulikan data pengesahan penurunan bekalan.

Oleh kerana pasaran minyak terkesan oleh sentimen pasaran, para pengeluar minyak menggunakannya untuk kepentingan mereka.Anda harus sentiasa ingat faktor ini bila melabur pada minyak. Mengikuti sentimen pasaran adalah strategi terbaik untuk pelabur minyak.

Таблица с новыми цветами-01 (2).jpg

Bagaimana cara meramalkan pergerakan pasaran

Berita. Seperti yang telah disebutkan di atas, harga bergantung kepada sentimen pasaran. Untuk menangkap sentimen ini, anda perlu membaca berita dan mengikuti komen-komen tentang AS, OPEC dan dan sekutu bukan OPEC mereka seperti Rusia.

Laporan. Untuk mempelajari lebih lagi tentang isu permintaan/bekalan, anda harus ikuti laporan US Energy Information Administration. Di sini anda harus mengambil kira data inventori minyak mentah yang diterbitkan setiap minggu (semak kalendar ekonomi) dan pelbagai jenis unjuran bekalan dan permintaan yang boleh anda temui di laman web mereka. Tentu sekali, anda juga pasti ingat tentang OPEC. Organisasi ini juga ada menerbitkan laporan.

Apakah peluang-peluang yang pasaran minyak berikan kepada anda

Kemeruwapan adalah faktor utama yang menarik perhatian para pelabur. Dengan pergerakan harian yang besar, pasaran memberikan peluang besar untuk meningkatkan pendapatan. Namun, dalam masa yang sama anda harus ingat bahawa kemeruwapan tinggi boleh menjerumuskan kepada kerugian. Untuk mengelakkan natijah yang negatif, anda harus ingat tentang pengurusan risiko. Tambahan lagi, pasaran sangat menarik bagi para penjudi. Anda tidak akan bosan melabur di pasaran minyak. Berita dan laporan muncul setiap hari dan harga melompat dan terjun. Jika anda berminat dengan sukan, melabur di pasaran minyak sesuai untuk anda.

Rumusan

• Brent dan WTI adalah antara penanda aras yang paling didagangkan di dunia

• Permintaan dan bekalan adalah faktor-faktor fundamental yang menentukan arah gerakan pasaran

• Ingat tentang laporan dari US Energy Information Administration dan OPEC.

• Pemantauan sentimen pasaran adalah kunci kepada keuntungan yang besar.

• Pelajari cara-cara berdagang di kemeruwapan yang tinggi.

 

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera