Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze

Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze

2024-06-06 • Dikemaskini

Anda masih ingat pertumbuhan saham Tesla pada tahun 2020? Atau bagaimana GameStop melambung 10 kali ganda dalam beberapa minggu? Ini bukan "pertumbuhan organik" atau manipulasi pasaran. Peristiwa seperti ini dipanggil "Short Squeeze" dan saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk mencari dan meraih wang dengannya!

Apakah itu short squeeze?

Short squeeze adalah suatu fenomena di pasaran saham, sesuatu yang berlaku kepada para pelabur dan pedagang yang bertindak dengan anggapan bahawa suatu aset (lazimnya saham) akan jatuh – dan sebaliknya ia meningkat naik. Berikut bagaimana ia semua berlaku.

Bagaimana short squeeze boleh berlaku?

  1. Pedagang (baik runcit mahupun institusi) menjual saham tersebut dengan jangkaan harganya akan jatuh.
  2. Minat untuk membuka posisi short (short interest) bagi saham berkenaan mula meningkat dengan luar biasa. "Short Interest" adalah bilangan saham yang didagangkan dengan posisi short.
  3. Saham tidak turun-turun. Malahan, ia mula melonjak dengan pantas.
  4. Para pedagang mengalami kerugian dan mula menutup urusniaga mereka, dan seraya membeli saham tersebut.
  5. Harga melonjak dan memaksa lebih ramai pedagang menutup urusniaga (dan kini membeli pula).
  6. Pergerakan ini berterusan sehingga ia sudah kehabisan minyak (hampir tidak ada short interest lagi)

Tekanan tambahan ke atas penjual short boleh muncul dari pemilik asal (broker) saham yang boleh memaksa pedagang untuk memulangkan saham berkenaan pada bila-bila masa, terutamanya jika pedagang tidak mempunyai margin yang mencukupi untuk menjamin posisinya. Kelemahan short squeeze suatu yang signifikan, menjadikan short satu strategi yang sangat berisiko untuk semua, kecuali bagi para pedagang yang paling berpengalaman.

Seberapa parah ini boleh berlaku?

Ia boleh menjadi sangat parah! Kami akan memberitahu yang paling menarik.

2008: Volkswagen vs Porsche.

Untuk seketika pada bulan Oktober 2008, Volkswagen adalah syarikat paling berharga di dunia, dengan nilai lebih dari €1000 sesaham. Dan semuanya bermula dengan satu pengumuman yang mengejutkan dari pesaingnya, Porsche. Porsche dan Volkswagen mempunyai sejarah kerjasama yang panjang, dan Porsche secara konsisten mengekalkan kepentingan minoritinya di dalam Volkswagen. Tetapi pada 26 Oktober 2008, Porsche mendedahkan bahawa ia telah menguasai 74% saham berundi Volkswagen dengan membeli hampir semua saham syarikat itu yang ada dalam edaran.

Sudah tentu, menjelang Oktober 2008 dunia dicengkam oleh krisis kewangan global, dan penjualan short sedang berleluasa. Short squeeze Volkswagen Porsche berjaya dilakukan hanya kerana banyak saham Volkswagen (kira-kira 12.5%) dipinjamkan kepada penjual short ketika Porsche membuat pengumuman. Bila pasaran dibuka pada keesokan harinya, para penjual short berkenaan berlumba-lumba keluar dari posisi mereka untuk meminimumkan kerugian mereka, membeli lebih banyak saham dan menaikkan harga saham lebih tinggi lagi.

Pada 27 Oktober 2008, saham Volkswagen dibuka pada harga €348 dan ditutup €517 - kenaikan hampir 150%. Menjelang hari Selasa, saham ini sudah mencapai €999 sesaham, sementara kos penjualan short dianggarkan bernilai berpuluh-puluh bilion.

imgonline-com-ua-Resize-HabiNk1UZn.jpg

2021: Game Stop

Salah satu hort squeeze terbesar dalam sejarah bermula di SubReddit, di mana beratus-ratus ribu pelabur runcit bersatu untuk menaikkan harga saham GameStop ke paras tertinggi sepanjang masa, hampir $500. Sebelum lonjakan tersebut terjadi, saham GameStop bernilai $17.25.

Pada masa itu, kira-kira 140% apungan awam GameStop telah dijual secara short, sehingga ketika kenaikan harga mulai pesat, para penjual short ini terpaksa melindungi diri mereka dengan membeli saham sebanyak yang mungkin, sehingga menyumbang kepada lonjakan harga itu sendiri.

Aplikasi pelaburan kos rendah dan ringan seperti Robinhood membolehkan para pelabur runcit membeli saham dalam jumlah yang kecil, bermakna sesiapa sahaja boleh menyertai gerakan GameStop ini. Sementara itu, pengguna Reddit berkongsi tip dan strategi pelaburan dalam bahasa yang mudah, memperkenalkan ramai orang awam dengan dunia pelaburan untuk pertama kalinya.

Pada 28 Januari 2021, Robinhood mulai campur tangan dan menghentikan pembelian saham GameStop dan sekuriti lain, dengan mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengadakan kolateral yang diperlukan untuk melaksanakan urusniaga. Keputusan ini telah mencetuskan beberapa penyiasatan dan kritikan berterusan dari para pedagang di Reddit yang enggan berhenti dalam masa terdekat.

Harga saham GameStop telah meningkat naik 2350% dalam masa dua minggu.

imgonline-com-ua-Resize-vGXHEiBt8HVoDD.jpg

Bagaimana cara mencari short squeeze?

Anda boleh memeriksa berita secara berkala dalam usaha untuk mencari short squeeze, atau anda boleh menggunakan alat yang melakukan kerja-kerja berkaitan untuk anda. Salah satu alat tersebut ialah Indikator TTM Squeeze . Ia indikator kemeruapan dan momentum, yang memanfaatkan kecenderungan harga untuk meledak dengan kuat setelah melalui fasa pengukuhan dalam julat yang sempit. Ia menggunakan Bollinger Bands dan salur Keltner (Keltner channels) untuk mengesan kebarangkalian pergerakan bullish yang besar.

Anda boleh memuat turun dan memasangnya sendiri, dan ini pautannya. Buka fail zip yang anda muat turun, dan kemudian pergi ke MT4 atau MT5 anda, klik "File"; "Open data folder", "MQL4 (MQL5)", "Indicators", dan pindahkan fail indikator berkenaan ke sini.

 {E1690CF0-5715-4D67-8CD3-9B386C2E7FC4}.png

imgonline-com-ua-Resize-DPBGy1weBILV6I.jpg

Kemudian tutup dan buka semula MetaTrader anda, dan pergi ke folder "Insert", pilih "Indicators", "Custom" dan klik pada "TTM Squeeze". Tahniah, anda kini selangkah lebih hampir untuk menghasilkan wang dengan short squeeze!

Indikator TTM Squeeze juga menggunakan osilator momentum untuk menunjukkan arah pergerakan yang dijangka bila squeeze berlaku. Histogram ini berayun di sekitar garis sifar, peningkatan momentum di atas garis sifar menandakan peluang untuk long, sementara momentum yang jatuh di bawah garis sifar menunjukkan peluang untuk short.

XAUUSDDaily.png

Seperti yang anda boleh lihat di carta, indikator ini memberikan banyak isyarat palsu, jadi kita perlu menyaringnya. Anda boleh meninjau short interest untuk saham di internet atau menyemak berita secara manual. Kedua-dua cara itu sesuai kerana anda sudah menyelesaikan langkah yang pertama, dan sekarang anda tahu apa yang harus dicari.

imgonline-com-ua-Resize-JOk1RW8NVdlJG.jpg

Sumber: https://www.highshortinterest.com/

Tips untuk pedagang

  • Jangan sesekali short short squeeze.
  • Sentiasa gunakan Renti Rugi. Short squeeze adalah proses yang berbahaya tetapi ganjarannya muai, dan ia lebih tinggi risikonya berbanding strategi perdagangan lain.
  • Sentiasa semak berita sebelum masuk posisi untuk memahami sebab-sebab di sebalik pergerakan tersebut. Berita-berita yang terpenting sentiasa boleh anda temui di seksyen Berita Forex kami

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?

Kandil doji adalah jarang dilihat, tetapi jika anda berjaya memanfaatkannya, ia boleh menjadi waktu terbaik untuk melakukan urusniaga. Artikel ini akan membincangkan apakah itu kandil Doji. Anda juga akan mempelajari strategi Doji yang boleh memberikan keuntungan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera