Cara-cara melindungi pelaburan asing daripada risiko matawang

Cara-cara melindungi pelaburan asing daripada risiko matawang

2023-04-03 • Dikemaskini

Kewujudan risiko matawang

Tidak dinafikan bahawa kerencaman porffolio adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pasaran-pasaran yang ada di seluruh dunia tidak bergerak dengan cara yang sama, dan mempelbagaikan kelas aset dengan korelasi yang rendah antara satu sama lain dalam perkadaran yang sesuai boleh mengurangkan risiko kehilangan modal. Kombinasi aset-aset asing dan domestik cenderung memberikan kesan yang ajaib pada pulangan jangka panjang dan kemeruapan portfolio. Walau bagaimanapun, semua manfaat dan kelebihan ini juga datang dengan beberapa risiko yang mendasarinya.

Melabur dalam pasaran asing

Para pelabur yang melaburkan wang mereka di luar negara mempertaruhkan untung nasib mereka bukan sahaja pada saham atau bon tetapi juga pada pasaran matawang. Jika pasaran saham asing tempat mereka melabur berkembang sebanyak 5% dan pada masa yang sama matawang negara tersebut jatuh sebanyak 5% berbanding matawang negara pelabur, keuntungan yang diraih lenyap begitu sahaja.

Sebagai contoh, dari Julai 1995 sehingga Mac 2002, total impak matawang lantaran dari kenaikan dolar adalah negatif 57.3 peratus berbanding matawang Eropah, Australia dan Timur Jauh. Dari April 2002 hingga Disember 2011, impak lantaran dari kejatuhan dolar adalah positif 54.4 peratus berbanding lokasi-lokasi yang sama.

Pedagang tidak wajar melupakan tentang risiko matawang bila melabur di pasaran negara asing.

Lindung nilai pertaruhan anda di pasaran saham

Lindung nilai portfolio anda dengan dana amanah yang dilindung nilai dengan matawang, atau melabur dalam dana dagangan bursa (ETF, exchange-traded fund). Dana-dana ini menghapuskan risiko untuk anda, jadi anda hanya perlu bimbang tentang pulangan pasaran saham. Mengambil langkah lindung nilai (hedging) untuk mengimbangi kesan dari pergerakan yen Jepun adalah satu keputusan yang bijak sepanjang tahun setengah yang lalu. Sejak 1 Januari 2013, Indeks Nikkei telah meningkat 45 peratus, tetapi yen turun 13 peratus. Banyak ETF yang melindung nilai matawang telah diperkenalkan pada tahun lalu dan kini jenis dana ini sudah tersedia di seluruh dunia.

Beli matawang yang kuat dan terkurang nilai

Negara yang mempunyai hutang yang tinggi biasanya bakal mengalami peningkatan inflasi. Inflasi adalah faktor utama, yang memberi kesan yang negatif terhadap matawang nasional. Sebaliknya, negara yang mempunyai KDNK yang rendah mempunyai matawang yang kuat, sesuai untuk pelaburan. Pelabur harus mencari negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan tekal dengan keputusan itu.

Selain itu, pelabur harus memberikan perhatian kepada defisit akaun semasa, yang dikira sebagai perbezaan di antara import dan eksport negara berkenaan. Jika ia meningkat secara konsisten, matawang negara ini mungkin menjadi tidak kompetitif.

Bon asing adalah aset yang berisiko tinggi

Bon amat terdedah kepada turun naik matawang kerana keuntungan yang diberikannya terlalu rendah untuk mengimbangi kesan dari penyusutan nilai matawang. Melabur dalam indeks bon asing boleh memberi pelabur keuntungan antara positif 10 dan negatif 10 peratus. Jumlah ini dua kali ganda lebih besar daripada apa yang boleh diberikan oleh bon. Fakta ini menjadikan pasaran bon asing seperti satu medan periuk api, di mana pelabur berisiko kerugian sejumlah besar modalnya.

Turun naik matawang mempunyai kesan yang lebih besar ke atas bon asing berbanding perubahan pada harga bon. Sejak dari dahulu lagi, kebanyakan bon negara asing diterbitkan di dalam matawang dolar. Hari ini, banyak yang dikeluarkan dalam matawang tempatan. Namun, pelabur boleh mencari bon yang dikeluarkan dalam dolar, dan itu mampu menjadi satu pelaburan yang lebih stabil.

Short matawang yang lemah dan sudah terlebih nilai

Satu lagi cara untuk melindung nilai risiko matawang adalah dengan menjual (short) matawang pasaran saham yang anda ceburi. Sebagai contoh, pelabur boleh membeli ETF iShares MSCI Japan dan kemudian short ETF Yen Jepun. Jika yen Jepun jatuh berbanding dolar AS, pelabur akan mendapat manfaat daripada tindakan mengeshort ETF matawang .

Pelabur yang lebih berisiko boleh short matawang yang mereka fikir akan jatuh nilainya tanpa lindung nilai. Setiap matawang didagangkan secara berpasangan, jadi pelabur juga perlu membeli matawang lain untuk transaksi ini.

Secara asasnya, pelabur mengurup satu matawang kepada matawang yang lain. Jika dia percaya euro akan menjadi lebih lemah berbanding dolar AS, pilihan terbaik ialah menjual matawang itu dan membeli, sebagai contoh, dolar AS. Dalam kes ini, anda perlu membuka pasangan matawang EUR/USD dan membuka urusniaga short.

Selepas euro mencapai sasaran, pelabur membelinya semula pada kadar yang lebih rendah, dan perbezaan antara harga jualan dan harga belian adalah keuntungan yang diraih.

Kesimpulan

Pelaburan dalam sebarang jenis aset luar negara perlu dilindungi daripada risiko matawang. Ada beberapa jenis, daripada yang paling berisiko sehinggalah yang paling selamat.

FBS membolehkan pedagang membeli dan menjual matawang dari lebih 15 negara, yang menawarkan bilangan pilihan lindung nilai yang amat pelbagai.

Baca lebih lanjut

Serupa

Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga
Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga

Perang bermula dan berakhir, abad demi abad berlalu, namun logam kekal sebagai aset perlindungan yang terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu dikenali di kalangan para pelabur?

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera