Cara-cara Menggunakan MetaTrader 4: Panduan Untuk Pemula

Cara-cara Menggunakan MetaTrader 4: Panduan Untuk Pemula

2024-05-30 • Dikemaskini

MetaTrader 4, juga dikenali sebagai MT4, ialah platform perdagangan yang paling popular di dunia. Ia menawarkan alat-alat analisis dan perdagangan yang sangat baik untuk melaksanakan pelbagai strategi termasuk yang paling kompleks. Di FBS, kami menyediakan platform MT4 untuk para pelanggan kami demi memberikan mereka pengalaman perdagangan yang terbaik.

Di sini kami sediakan satu panduan yang ringkas dan pantas tentang cara-cara memasang MT4, mempersiapkannya dan membuka urusniaga pertama anda. Jom!

Apakah itu MetaTrader 4

MetaTrader 4 (MT4) ialah satu platform perdagangan yang dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp pada tahun 2005. Walaupun MT4 dibina khusus untuk perdagangan Forex, ia juga boleh digunakan untuk memperdagangkan aset-aset lain seperti saham, indeks dan komoditi melalui CFD.

Kedua-dua pedagang pemula dan profesional mempercayai MT4 kerana pelbagai kelebihannya.

  • MT4 boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.
  • MT4 selamat, kerana semua data yang dihantar dan terima disulitkan (encrypted).
  • MT4 mesra pengguna dan mudah digunakan.

1.png

Bagaimana cara memuat turun MT4

Anda boleh memasang MetaTrader 4 di PC anda, memuat turun versi aplikasi peranti mudah alih atau menggunakan platform perdagangan versi web.

Muat turun MT4

Atas Meja

Untuk memasang MetaTrader 4 untuk Windows:

  1. Muat turun fail pemasangan MT4.
  2. Baca dan terima Perjanjian Lesen.
  3. Ikut arahan yang tertera di skrin untuk melengkapkan pemasangan.
  4. Log masuk ke akaun FBS anda.

Walaupun MT4 tidak direka khusus untuk iMac, anda masih boleh memuat turun dan memasangnya untuk mula berdagang.

2.png

Mudah Alih

Untuk memasang MetaTrader 4 untuk Android atau iOS:

  1. Lawati Google Play atau App Store dan cari “MetaTrader 4”.
  2. Klik Pasang (Install).
  3. Buka aplikasi MT4 dan log masuk ke akaun FBS anda.

3.png

WebTrader

Versi ini dioperasikan di dalam pelayar web anda dan tidak memerlukan sebarang muat turun. Hanya buka MT4 WebTrader dan log masuk ke akaun FBS anda.

4.png

Dalam semua kaedah di atas, anda memerlukan akaun perdagangan yang telah dibuka dengan suatu broker tertentu, contohnya, dengan FBS. Broker menyediakan akses ke pasaran, manakala MT4 hanyalah platform yang menyediakan alat pemudah cara yang diperlukan untuk berurusniaga.

Buka akaun FBS

Cara-cara menggunakan MT4

Apabila anda membuka terminal MT4 buat pertama kali, anda akan melihat skrin permulaan yang memaparkan enam tetingkap.

5.png

Menu Utama terletak di bahagian paling atas skrin. Ia digunakan untuk bertukar ke akaun-akaun lain, memilih pilihan bahasa antaramuka MT4, melaras suai toolbar, menambah indikator dan objek grafik ke carta anda, mengakses manual pengguna MT4, dsb.

Tetingkap Toolbar mengandungi butang-butang kecil atau pintasan untuk arahan yang paling sering digunakan untuk mengurus carta dan indikator teknikal. Ada empat jenis toolbar: Standard, Carta (Charts), Kajian Garisan (Line Studies) dan Rangka Masa (Timeframes).

Tetingkap Carta memaparkan harga aset yang dipilih. Ada empat tetingkap carta yang dibuka secara lalai, tetapi anda boleh membuka sehingga 100 carta dalam satu-satu masa. Anda juga boleh berdagang secara terus di carta serta menggunakan sebarang indikator atau alat lukisan padanya.

Tetingkap Market Watch mengandungi senarai instrumen perdagangan yang tersedia dan harga Bid dan Ask instrumen tersebut. Harga Ask ialah harga pada mana penjual bersedia untuk menjual dan harga bida ialah harga pada mana pembeli bersedia untuk membeli.

Tetingkap Navigator menyediakan akses pantas ke akaun Sebenar (Live/Real) dan akaun Demo anda, indikator, Expert Advisor dan skrip-skrip yang ada di MT4.

Akhir sekali, tetingkap Terminal membolehkan anda mengerjakan posisi perdagangan anda – buka, tutup dan mengubah suainya. Berita, sejarah akaun, makluman, dsb. turut diletakkan di tetingkap ini.

Bagaimana cara untuk membuka posisi di dalam MT4

Untuk membuka pesanan, klik New Order pada Toolbar di bahagian atas skrin. Anda akan melihat tetingkap Order (Pesanan). Kini anda perlu melaras tetapan pesanan mengikut budi bicara anda menggunakan pilihan-pilihan berikut.

6.png

  • Simbol: Pilih instrumen yang anda ingin dagangkan.
  • Volume: Pilih volum urusniaga di dalam sebutan lot (bila berdagang Forex, 1.00 lot bersamaan dengan 100 000 unit matawang).
  • Stop Loss and Take Profit: Masukkan aras harga untuk pelaksanaan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung (sebaik harga instrumen mencapai aras ini, urusniaga anda akan ditutup secara automatik). Ini adalah opsyenal (tidak wajib).
  • Comment: Tinggalkan komen berkenaan urusniaga anda. Ini adalah opsyenal (tidak wajib).
  • Type: Pilih Instant Execution jika anda ingin membuka posisi dengan seberapa segera pada harga semasa. Anda juga boleh pilih Pending Order (Pesanan Tertangguh) jika anda ingin membuka urusniaga apabila harga mencapai aras harga tertentu.

Setelah anda selesai dengan tetapan-tetapan ini, buka pesanan untuk arah yang dikehendaki. Jika anda rasa harga akan naik, klik Buy. Jika anda menjangkakan harga akan turun, klik Jual. Urusniaga anda kini sudah berjaya dibuka!

Bagaimana cara untuk memantau dan mengubah suai posisi anda di MT4

Untuk memantau posisi anda yang aktif (active positions) dan pesanan tertangguh (pending orders), buka tab Trade di tetingkap Terminal di bahagian bawah skrin. Semua urusniaga anda akan disenaraikan di sini.

7.png

Anda juga boleh mengubah suai posisi anda dan menambah atau mengedit aras Stop Loss (Renti Rugi) dan Take Profit (Ambilan Untung). Klik kanan pada posisi atau pesanan tertangguh yang anda mahu edit dan pilih Modify or Delete Order. Atau hanya klik dua kali pada pesanan. Kemudian, edit tahap Renti Rugi atau Ambilan Untung anda dalam tetingkap yang muncul. Klik butang Modify berwarna merah untuk mengesahkan perubahan anda.

8.png

Bagaimana cara untuk menutup posisi di dalam MT4

Untuk menutup posisi anda, buka tab Trade di tetingkap Terminal di bahagian bawah skrin. Klik kanan pada posisi yang anda mahu tutup dan pilih Close Order. Anda juga boleh mengklik x kecil di sudut hujung kanan.

9.png

Perhatian: posisi akan ditutup secara automatik jika harga mencapai aras Renti Rugi atau Ambilan Untung.

Cara menggunakan indikator di dalam MT4

Untuk menambah indikator ke carta anda, klik Insert Indicators dan pilih indikator daripada menu drop-down.

10.png

Untuk mengedit atau membuang indikator dari carta, klik kanan pada carta dan pilih Indicators list<. Pilih indikator anda daripada senarai, kemudian klik Edit untuk melaras tetapan indikator atau Delete untuk membuangnya.

11.png

Bagaimana cara untuk menukar rangka masa di MT4

Untuk menukar rangka masa, klik kanan pada carta, pilih Timeframe, dan pilih pilihan yang anda mahu daripada menu drop-down. MT4 menawarkan sembilan rangka masa: minit (M1, M5, M15, M30), jam (H1, H4), hari (D1), mingguan (W1) dan bulanan (MN).

12.png

Bagaimana cara untuk melaras penggera harga (price alert) di dalam MT4

Untuk melaras tetapan penggera harga, buka tetingkap Terminal, klik kanan tab Alerts dan pilih Create.

13.png

Isikan kriteria untuk penggera harga dan klik OK. Anda akan menerima isyarat dari penggera apabila instrumen pilihan anda mencapai harga tertentu.

  • Symbol: Pilih satu aset.
  • Value: Masukkan harga aset.
  • Syarat: Pilih jenis penggera (jika harga Bid kurang daripada harga tertentu, atau jika Ask kurang daripada harga tertentu, dsb.).

FAQ

Adakah MetaTrader 4 percuma?

Ya, MT4 adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Tiada bayaran atau caj dikenakan untuk menggunakan platform perdagangan ini.

Adakah MetaTrader 4 selamat?

Ya, MT4 selamat dan boleh dipercayai. Untuk memastikan hal ini, muat turun platform perdagangan MT4 daripada FBS atau pergi ke laman web rasmi MetaTrader 4.

Bolehkah saya berdagang menggunakan MetaTrader 4 tanpa broker?

Tidak, anda tidak boleh berdagang menggunakan MT4 tanpa broker. MT4 hanyalah platform perdagangan yang menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk berurusniaga. Tetapi anda perlu membuka akaun dengan broker, seperti FBS.

Di mana boleh saya muat turun MetaTrader 4?

Pergi ke laman web FBS, pilih MetaTrader 4 , dan cari format yang sesuai untuk dimuat turun. Anda boleh menemui panduan penuh di dalam video panduan langkah demi langkah ini.

Bolehkah saya dagangkan kripto di MetaTrader 4?

Tidak, anda tidak boleh berdagang kripto di MT4 dengan FBS, tetapi anda boleh mencuba banyak aset lain. Jika anda ingin dagangkan mata wang kripto, sila muat turun platform perdagangan MetaTrader 5.

Baca lebih lanjut

Serupa

Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?

Kandil doji adalah jarang dilihat, tetapi jika anda berjaya memanfaatkannya, ia boleh menjadi waktu terbaik untuk melakukan urusniaga. Artikel ini akan membincangkan apakah itu kandil Doji. Anda juga akan mempelajari strategi Doji yang boleh memberikan keuntungan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera