Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Bagaimana cara menggunakan EMA dalam Perdagangan
2024-06-11 • Dikemaskini
Sekiranya anda tertanya-tanya, Purata Bergerak bukan sekadar garis berwarna-warni pada carta anda. Ia alat yang hebat yang boleh digunakan di dalam strategi perdagangan anda. Hari ini, kita akan mempelajari sesuatu yang baharu tentang salah satu jenis Purata Bergerak yang ada, yang dipanggil Purata Bergerak Eksponen (EMA).
Apakah Itu Purata Bergerak Eksponen (EMA) dalam perdagangan?
Seperti yang anda ketahui, terdapat empat jenis Purata Bergerak: ringkas (simple), eksponen (exponential), terlicin (smoothed) dan berwajaran linear (linear weighted). Perbezaan utama mereka terletak pada sensitiviti terhadap perubahan dalam data yang digunakan dalam pengiraan mereka.
Purata Bergerak Eksponen (EMA) memberikan pemberat yang lebih tinggi kepada harga terkini, manakala Purata Bergerak Ringkas (SMA) memberikan pemberat yang sama kepada semua nilai. Memandangkan EMA memberikan lebih pemberat kepada data terkini berbanding data lama, mereka lebih reaktif terhadap perubahan harga terkini berbanding SMA. Itulah sebabnya sesetengah peniaga lebih suka Purata Bergerak jenis ini.
MA Ringkas vs MA Eksponen
Purata Bergerak Eksponen (EMA) dan Purata Bergerak Mudah (SMA) kedua-duanya indikator teknikal yang menggunakan data silam untuk menjana garisan trend yang licin bagi harga sekuriti. Perbezaan antara dua Purata Bergerak ini ialah betapa EMA meletakkan pemberat yang lebih besar pada harga terkini, manakala SMA meletakkan pemberat yang sama pada semua titik data, itulah sebabnya garisan EMA bertukar lebih pantas berbanding garisan SMA.
Purata Bergerak yang optimum untuk digunakan untuk analisis bergantung pada strategi perdagangan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diberikan perhatian bahawa tiada Purata Bergerak yang lebih baik daripada yang lain. Sebagai contoh, walaupun EMA ialah representasi yang lebih tepat bagi pergerakan harga terkini dan membantu mengenal pasti arah trend dengan lebih cepat, ia juga mengalami lebih banyak turun naik jangka pendek berbanding SMA.
Bagaimana cara Mengira Purata Bergerak Eksponen (EMA)?
Pengiraan EMA adalah lebih rumit sedikit berbanding pengiraan MA ringkas. Pada mulanya, anda perlu mengira Purata Bergerak Ringkas.
SMA = jumlah harga penutupan untuk bilangan tempoh masa / bilangan tempoh
Kemudian anda perlu mengira pengganda untuk faktor pelicinan/pemberat untuk EMA sebelumnya.
Pengganda = 2 / (bilangan tempoh + 1)
Akhir sekali, anda akan mendapat Purata Bergerak Eksponen untuk tempoh semasa.
EMA untuk tempoh semasa = (harga penutupan - EMA untuk tempoh sebelumnya) * pengganda + EMA (tempoh sebelumnya)
Anda boleh menggunakan SMA sebagai EMA untuk tempoh sebelumnya jika anda mengira EMA buat kali pertama.
Terima kasih kepada era teknologi, kita tidak perlu mengira sendiri Purata Bergerak. Komputer boleh melakukannya untuk kita.
Bagaimana untuk menata EMA?
Untuk menggunakan Purata Bergerak Eksponen pada carta anda di kedua-dua MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, anda perlu memilih Insert – Indicators – Trend. Kemudian anda perlu mengklik pada butang "Moving Average" dan tukar kaedah MA kepada Eksponen.
Anda juga boleh memilih tempoh (period), kaedah (method), dan juga warna EMA.
Pedagang yang berpengalaman biasanya mengira EMA berdasarkan harga penutupan.
EMA 8 dan 20 hari cenderung menjadi tempoh yang paling popular untuk pedagang harian, manakala EMA 50 dan 200 hari lebih sesuai untuk pelabur jangka panjang.
Berdagang dengan EMA
Strategi Reben EMA (EMA Ribbons)
Pedagang kadangkala memantau Reben Purata Bergerak, yang memplot banyak Purata Bergerak pada carta harga dan bukannya satu purata bergerak. Walaupun kelihatan kompleks, reben EMA mudah dilihat pada aplikasi carta dan menawarkan cara yang mudah untuk menggambarkan hubungan dinamik antara arah trend dalam jangka pendek, pertengahan dan panjang.
Pedagang dan penganalisis bergantung pada Purata Bergerak dan Reben untuk mengenal pasti titik pusingan arah, kesinambungan dan keadaan terlebih beli/terlebih jual, mentakrifkan kawasan sokongan dan rintangan serta mengukur kekuatan trend harga.
Untuk membina reben purata bergerak, plotkan banyak Purata Bergerak dengan tempoh masa yang berbeza-beza pada carta harga. Parameter biasa termasuk lapan atau lebih purata bergerak dan selang masa yang berjulat daripada purata bergerak 2 hingga 400 tempoh. Reben EMA yang paling popular terdiri daripada lapan baris daripada EMA 20 hingga 55 tempoh.
Apabila semua Purata Bergerak bertumpu kepada satu titik di carta, kekuatan arah trend berkemungkinan menjadi lemah dan menunjuk kepada penyongsangan. Perkara sebaliknya adalah benar jika Purata Bergerak mencapah dan semakin renggang, menunjukkan bahawa julat harga dan arah trend adalah kuat atau menguat.
Dalam trend menurun, Purata Bergerak yang lebih pendek bersilang di bawah Purata Bergerak yang lebih panjang. Dalam trend menaik, sebaliknya, Purata Bergerak yang lebih pendek bersilang di atas Purata Bergerak yang lebih panjang.
Reben Purata Bergerak mudah ditafsirkan. Indikator ini mencetuskan signal beli dan jual apabila garis Purata Bergerak semuanya bersilang pada satu titik. Pedagang mempertimbangkan untuk membeli apabila Purata Bergerak jangka pendek menyilang ke atas Purata Bergerak jangka panjang dari bawah dan menjual apabila Purata Bergerak yang lebih pendek melintasi semua garisan lain dari atas.
Selain itu, peniaga menggunakan Reben EMA sebagai aras sokongan dan rintangan:
- Jika semasa trend menaik harga membuat penembusan dan lilin ditutup (terbentuk lengkap) di bawah Reben EMA, itu adalah signal jual.
- Sebaliknya, jika semasa trend menurun harga membuat penembusan dan lilin tutup di atas reben EMA, ia adalah signal beli.
Penting: Untuk memudahkan analisis, pastikan jenis Purata Bergerak konsisten merentas Reben. Gunakan hanya Purata Bergerak Eksponen atau Purata Bergerak Ringkas.
Dua strategi EMA
Strategi yang disenaraikan di bawah adalah sesuai untuk pedagang swing. Kami mencadangkan agar anda menggunakan rangka masa H1 kerana ia yang paling sesuai dengan strategi kerana menggunakan dua EMA pada rangka masa yang lebih rendah boleh menghasilkan banyak hingar (noise) yang mengganggu.
Strategi untuk membuka posisi long:
- Tunggu EMA pendek melintasi EMA panjang dari bawah ke atas.
- Tunggu pengesahan lain (penembusan aras penting).
- Letakkan Renti Rugi (Stop Loss) anda di belakang harga tinggi atau rendah terakhir.
- Jejaki arah Purata Bergerak.
- Tutup posisi anda selepas EMA pendek melintasi EMA panjang ke bahagian bawah atau setelah harga mencapai sasaran anda.
Di dalam gambar, kami telah menggunakan EMA 13-tempoh berwarna coklat dan EMA 21-tempoh berwarna oren pada carta H1 AUDUSD pada 15 Jun. Pasangan itu mula naik apabila garisan oren melintasi garisan coklat ke atas. Pedagang masuk posisi beli selepas penembusan aras tertinggi baru-baru ini, yang bertindak sebagai aras rintangan. Kemudian dia menutup posisi apabila EMA oren melintasi EMA coklat dari atas ke bawah.
Sebaliknya, jika garis oren (EMA pendek) melintasi garis coklat (EMA panjang) ke bahagian bawah, ini mungkin memberi isyarat peluang untuk membuka posisi jual. Anda perlu menutup posisi anda apabila EMA pendek melintasi EMA panjang ke atas.
EMA boleh digunakan sebagai sokongan dan rintangan yang dinamik
Purata Bergerak juga boleh menunjukkan kawasan sokongan dan rintangan. EMA yang meningkat cenderung untuk menyokong aksi harga, manakala EMA yang menurun cenderung memberikan rintangan kepada aksi harga. Seorang pedagang harus membuka urusniaga beli apabila harga menghampiri EMA yang meningkat dan menjual apabila harga menghampiri EMA yang menurun. Untuk strategi ini, 25 EMA pada H1 adalah yang paling sesuai.
Kesimpulan
Bilangan dan jenis Purata Bergerak yang digemari berbeza-beza bagi setiap pedagang, berdasarkan strategi pelaburan dan sekuriti atau indeks pendasar. Namun EMA sangat popular kerana ia memberikan lebih pemberat kepada harga yang terkini, kurang lamban (kurang lagging) berbanding purata yang lain. Ada banyak strategi hebat yang menerapkan penggunaan EMA, dan Reben EMA salah satu alat yang paling berguna untuk mencari titik masuk dan mengesan penyongsangan arah gerakan pasaran.
Baca lebih lanjut
- Tingkatkan keuntungan di waktu kemeruwapan tinggi
- Coinbase: panduan muktamad anda untuk berdagang dengan IPO kripto terbesar
- Bagaimana sentimen pasaran boleh memberi kesan ke atas keputusan perdagangan anda
- Mengekalkan posisi merentasi hujung minggu: peluang baik atau menempah nahas?
- Tips dari Alexander Elder: takluk emosi anda
Serupa
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.