Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.
STRATEGI MOMENTUM FOREX
2023-05-11 • Dikemaskini
Indikator momentum diklasifikasikan sebagai sebuah osilator. Ia direka untuk mengenal pasti kekuatan pergerakan harga; ia membantu para pedagang untuk menilai setakat mana harga akan naik dan turun bagi suatu tempoh, serta dijadikan syarat penentu sama ada posisi akan dibuka. Indikator momentum menampilkan satu lingkungan tunggal yang berayun di antara sempadan atas dan bawah tetingkap tambahan. |
Sebarang lencongan ekstrim yang diserlahkan oleh perkakas teknikal ini boleh digunakan untuk pembukaan posisi yang berjaya. Inilah asas bagi strategi momentum kita. |
Matematik di sebalik indikator ini
Momentum boleh diterjemah secara langsung sebagai saiz pergerakan. Ia dikira sebagai nisbah harga semasa pasaran berbanding harga bagi beberapa tempoh lalu. Kaedah pengiraan berikut menganggap garis tengah osilator terletak pada aras 100. Lebih besar parameter (tempoh) indikator, lebih perlahan turun naik garisan, semakin kurang ia bertindak balas kepada pelbagai perubahan harga. |
Indikator momentum: teknik kunci perdagangan
Kemunculan nilai-nilai extrim di carta yang terdiri dari 100 atau lebih kandil adalah satu signal bahawa kecenderungan semasa akan berlanjutan. Walau begitu, sebelum membuka sebarang posisi, anda perlu mencari pengesahan dari indikator-indikator lain. |
Taktik-taktik berdagang dengan indikator Momentum berikut adalah berdasarkan kepada signal yang diterima oleh pedagang bila garisan menyilang aras 100. |
Untuk menentukan waktu perubahan yang paling relevan, adalah disyorkan untuk melakarkan purata bergerak yang pantas (fast moving average) dengan tempoh 5-10 kandil. Signal untuk membeli terbentuk bila purata bergerak menyilang aras 100 dari bawah ke atas. Signal untuk menjual terbentuk bila purata bergerak menyilang aras 100 dari atas ke bawah. |
Indikator momentum biasanya digunakan untuk mengesan breakout pada terusan perdagangan (trading channels). Jika ada momentum tinggi (positif) dan harga semasa lebih tinggi dari yang sebelumnya dan trend yang menaik mula kelihatan, maka ia adalah masa yang betul untuk membeli. Keadaan untuk membeli adalah seperti yang berikut: harus ada momentum yang rendah (negatif) dan harga semasa haruslah sedang menurun (harus ada trend bearish). |
Kelemahan utama indikator momentum – reaksi serta merta indikator sewaktu breakout palsu – lantunan harga berlaku sebagai kesan dari dagangan spekulatif. |
Untuk mengelakkan signal-signal palsu yang mungkin dihantar oleh indikator momentum, anda harus gunakan indikator lain untuk pengesahan. |
Sistem perdagangan trend momentum forex + purata bergerak eksponensial
“Ramuan utama”:
2 purata pergerak — EMA 9 tempoh (garisan merah), EMA 30 tempoh (garisan biru). |
Indikator momentum (14) dengan aras 100 |
Rangka masa: H1 – untuk menentukan titik kemasukan dan memegang posisi |
Garisan DeMark yang menyambungkan swing-swing tinggi dan swing-swing rendah alunan turun naik harga |
Pasangan matawang: sebarang pasangan yang sedang di dalam tempoh kemeruwapan yang stabil (yang paling efektif - GBP/USD, EUR/USD, AUD/USD) |
Signal BELI
Harga harus menembus garisan DeMark ke atas; |
Garisan momentum harus bergerak di atas garisan 100; |
EMA (9) harus menyilang EMA (30) dari bawah ke atas. |
Signal JUAL:
Breakout ke bawah garisan DeMark; |
Garisan momentum harus bergerak di bawah garisan 100; |
EMA (9) harus menyilang EMA (30) dari atas ke bawah. |
Anda harus tekan butang "Open Order" di pembukaan kandil baru. Letakkan renti rugi berdekatan titik tingi/rendah tempatan: signal jual - lebih tinggi dari harga tertinggi yang anda telah kenal pasti; signal beli - lebih rendah dari titik terendah. Tutup transaksi selepas garisan momentum menyilang garisan 100 di arah berlawanan. |
Baca lebih lanjut
- Strategi Gambit: mengimbangi risiko dan laba
- Strategi-strategi berdagang emas
- Strategi Perdagangan MacFibo
- Strategi Perdagangan Martingale dan Anti-Martingale
- Strategi Perdagangan Money Flow Index
- Strategi perdagangan "Multi Major"
- Strategi penembusan julat pembukaan
- Strategi Perdagangan Pin Bar
- Strategi "Position Trading"
Serupa
Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.
Terdapat banyak strategi berharga yang memerlukan pengetahuan tentang pola candlestick dan osilator. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi tersebut menguntungkan. Apabila anda mula berdagang dengannya, anda boleh berhadapan dengan situasi di mana strategi tidak berfungsi mengikut jangkaan anda.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.